Make your own free website on Tripod.com

Profil

Pengetua

Guru

Pelajar





Karya

Komunis

Broga

Semenyih

Buku tamu

 

Email login:

Password:
Klik sini jika mahu email percuma ?

Hari Guru Menjelang tiba - Isnin 16 Mei 2005

Cikgu Siti Hasmah Mohd Dahlan merupakan seorang ketua guru disiplin yang garang. Kedatangannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain amat dinanti-nantikan bagi menyelesaikan banyak masalah disiplin . Kedatangannya banyak membantu Pengetua meningkatkan tahap displin di sekolah ini sekitar tahun 2000 - 2005.

Cikgu Siti Hasmah mengajar pelajaran perdagangan . Mata pelajaran ini termasuk dalam Bidang Teknik dan Vokasional. Ketua Bidang Tenik dan Vokasional ialah Puan Maimunah.

Sebagai Ketua Guru Disiplin, Cikgu Siti Hasmah selalu memanggil pelajar yang melakukan kesalahan dan pelajar cukup gerun . Cikgu lain mungkin boleh dalih-dalih, tapi tidak Cikgu Siti Hasmah. Dia akan siasat habis dan menyemak latar belakang pelajar, kesalahan lampau, kutip pendapat dari guru mata pelajaran dan guru kelas. Jika layak digantung , terus digantung.

Dalam bidang disiplin, Cikgu Siti Hasmah memang setegas dengan Puan Pengetua.

Lantaran itu beliau diberi kepercayaan menjadi warden asrama. Asrama ini memang tip top , ramai pelajar yang baik-baik hendak duduk di asrama kerana pelajarnya terpilih dan berdisiplin.

Tapi tahun 2005, Cikgu Siti Hasmah menyatakan hasrat untuk bertukar bidang kerjaya dari seorang guru kepada seorang pegawai pendidikan yang bekerja di pejabat. Dia akan mengendalikan hal ehwal disiplin di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran.

Setakat ini Cikgu Siti Hasmah berulang-alik dari rumah bapanya di Sungai Purun , Semenyih ke Putrajaya.

Pelajar-pelajar asrama telah mengadakan majlis jamuan perpisahan untuk beliau. Begitu juga dengan pengawas sekolah. Siapa-siapa pelajar yang mendapat 'sentuhan' daripada Cikgu Siti Hasmah pasti akan terasa kehilangannya. Mereka yang terasa sebatan darinya turut tidak terkecuali . Betapa rotan dan denda yang diberikan semata-mata untuk menjadikan mereka sedar dan lebih insani.

Janganlah ada pelajar yang terfikir 'nak ponteng semula'.

 

malekhanif@yahoo.com  Tarikh update : 7 April 2004 Jam 1.20 am.