KAJIAN GEOGRAFI SEMENYIH

OLEH ABD MALEK BIN ABD HANIF malekhanif@yahoo.com

istilah
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.
Menurut cerita lisa, istilah ini merupakan dialek orang negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. 
Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
Perletakan
Di dalam peta topografi, Semenyih terletak pada kedududukan 101.85 ` Timur dan 2.9 ` Utara.
Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.
Jarak
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut :
Semenyih ke Kajang 8 km
ke Kuala Lumpur 32 km
ke Beranang 8 km
ke Broga 12 km
ke Kuala Klawang km
ke Bangi lama 8 km
ke Bandar baru Bangi 20 km
ke Seremban 32 km
ke KLIA km
Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya. Tidak ada landassan keretapi, jalan air mahupun landasan kapal terbang.

Bentuk mukabumi
Semenyih terletak pada ketinggian 150- 280 meter dari aras laut.
Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan berlaun. Di kawasan Hulu Semenyih diluputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih.
Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaanna semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih.
Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu , iaitu tahun-tahun sebelum 1965 , kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir. 
Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.

Saliran
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut :-
a. Sungai Semenyih b. Sungai Barangsi
c. Sungai Lsalang d. Sungai Saringgit
e. Sungai Kachau f. Sungai Broga
g. Sungai Rinching h. Sungai Purun
i. Sungai Tekala j. Sungai Pening.

Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. . Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja.
Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat.

Tanah Tinggi
Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah :
a. Bukit Arang 1838 kaki b. Bukit Naning 1418 kaki
c. Bukit Tekala 783 kaki d. Bukit Pening 1068 kaki
e. Bukit Berak 331 kaki f. Bukit Ulu Beranang 2654 kaki
g. Bukit Rambai 490 kaki h. Bukit buluh 421 kaki
i. Bukit Tempurung 401 kaki j. Bukit Payung 354 kaki

Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian , sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur , Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang , Kuala Langat dan lain-lain.

Cuaca
Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih.
Suhunya di anara 27 hingga 29 darjah Celcius.
Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan.
Tumbuhan Semulajadi
Tumbuhan semulajadinya adalah jenis Hutan Hujan Khatulistiwa. antaranya ialah pohon meranti, keruing, mahang, balau, cengal dan lain-lain.
Di beberapa kawasan Semenyih terutama kawasan berbukit-bukit terdapatr kawasan hutan :
a. Hutan darat 9 inland forest ) yang masih kekal sebagai hutan simpan.
b. Hutan perlindungan 9 protective forest )
c. Hutan tidak berhasil
d. Hutan lipur ( amenity forest )

Air Terjun Sungai Tekala :
Jaraknya dari Semenyih ialah 15 kilometer. dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air Terjun Sungai Tekala ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya. 
Selain air terjun Sungai Tekala , terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu Air Terjun Sungai Lalang, Air terjun Sungai Gabai dan Sungai Batangsi.
Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai gerai menjual makanan dan minuman. Surau ,bilik persalinan , jambatan dan kerusi dan tempat teduh , tong sampah ada disediakan.. Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang . 
Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah meranti, meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang ) , meranti tembaga ( shorea leprosula ) , penarahan ( myristieaceae ) , keruing mempelas 9 diptrocarpus crinitus ) dan semaian pokok petai, durian dan jering.
Di negeri Selangor terdapat 183, 329 hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan 23 % sahaja dari kawasan tanahnya.

Berikut adalah nama pokok-pokok yang terdapat di Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala

Kasai ( pometia spp) 

kasai daun besar ( pometia pinnata)
terentang ( campnoosperma spp) 
medang
jelawai jaha ( terminalia subspathulata hing ) 
keruing ( diptrocarpus spp )
keledang tampang 
kelat ( syzygium spp)
cempedak ( artocarpus kemando) 
kenanga ( cananga odorata )
kembang semangkok ( serphium spp) 
balek angin ( mallotus spp)
durian kampung ( durio ziberthinus murray ) 
terap nasi ( artocarpus elasticus )
meranti paang ( shorea bracteolata dyer ) 
meranti tembaga ( shorea loprosula )
meranti melantai 
meranti rambai daun ( shorea acuminate dyer )
meranti nemesu ( shorea pauciflora king ) 
meranti kepong ( shorea ovalis )
meranti sarang punai sesenduk
damar hitam ( shorea spp ) 
damar hitam pipit ( shorea multiflora symington )
kedondong ( dacryodes spp) 
kedondong sengkuang ( seutinanthe brunnea)
kedondong kerantai licin ( santiria leevigata )
leban ( vitex spp)
merbau ( linisia palembanica) 
melunak ( pentace spp)
ara ( ficus spp) 
merawan siput jantan ( hopea odorata )
gapis (saraca spp) 
mahang ( makaranga spp)
bayur bukit mempening ( lithocarpus spp)
penarahan (horsfielda spp) 

(Rujukan : Utusan Malaysia )