ANAK
CIKGU SARAS KE UKRAINE Anak Cikgu Sarah yang bersekolah di
sini telah menyambung pelajarannya di negara Ukraine dekat negara
Rusia.
Anaknya bernama Mythely dan merupakan pelajar pintar di sekolah ini sejak
dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Cikgu Sarah mengajar subjek bahasa Inggeris dan ada membuat kelas
tambahan di rumah. Jadi anaknya memang bijak dalam bahasa Inggeris
dan beberapa subjek yang lain.
Mythely akan belajar di Republik Ukraine iaitu di bandar Kiev selama 5 tahun
dalam bidang perubatan. Universiti ini disahkan layak oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam.
Sebagai mana orang India yang lain, Cikgu Sarah juga impikan setiap
anaknya menjadi doktor. Lantran itu beliau telah
memberi perhatian penuh terhadap isu kewangan. Setiap
gaji yang diterima setiap bulan, diperuntukan untuk pendidikan anak-anak.
Lantaran itu beliau tidak terganggu untuk mencari biasiswa. Difahamkan
Cikgu Saras memperuntukan RM100,000 untuk biaya anaknya di sana.
Syabas kepada Cikgu Sarah dalam hal pendidikan anak-anak ini.
Pada tahun 2003, Kelab Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain telah menganjurkan
lawatan ke pulau Langkawi. Cikgu Saras dan dua anaknya twlah turut serta
di sana.
Antara tempat yang telah dilawati ialah Cable Car di Gunung Mat
Chingchang. , Dataran Helang , kilang simen dan lain
-lain lagi.
Lagi gambar di Langkawi.
Cikgu Saras telah menghadiri kursus guru pencen pada April 2005. Ibi bermakna
pada tahun depan ( 2006 ) beliau akan bersama. Antara guru lain yang
akan bersara pada tahun depan ialah Cikgu Lim Kok Tiong dan pengetua
Puan Asnah Harun.
malekhanif@yahoo.com
ROMI BARU SAHAJA
BERKAHWIN
Romi merupakan
warden asrama SMK Engku Husain telah melangsungkan perkahwinan dengan
gadis pilihannya di Kuala Selangor pada Februari 2005 yang lalu.
Pelajar-pelajar asrama
telah menyewa sebuah bas bagi menghadiri majlis perkahwinan tersebut
yang diadakan pada hari Sabtu.
Gadis pilihannya itu merupakan kenalan
yang memberikan ketenangan dan mampu menjana keluarga bahagia.Itulah
hasrat murni Romi ketika menyatakan hasratnya untuk berkahwin..
Semoga Romi berbahagia hingga ke anak cucu , eh .... hingga ke akhir
hayat.
Semua pelajar asrama memanggilnya abang Romi. Isterinya mungkin bernama Juli kut.
CIKGU NORHASHIMAH BELAJAR PHD
Cikgu Norhashimah
Ismail memang tekun dan dedikasi dalam soal pendidikan.Pada tahun 2002
Cikgu Syimah belajar peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia di Serdang
selama dua tahun dan konvokesyennya pada tahun 2004.
Di sekolah , Cikgu Syimah
bertugas sebagai guru perpustakaan . Sebelum ini perpustakaan banyak dikendalikan
oleh Cikgu Zainal Nordin.
Sebelum itu Cikgu Syimah bertugas
sebagai guru penasihat Persatuan Puteri Islam Malaysia. Aktif betul
persatuan tersebut pada ketika itu . Ada pelbagai kegiatan
yang dilakukan sam ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat
daerah.
Kini Cikgu Syimah telah menghadiri
temuduga untuk mendapatkan biasiswa JPA kerana
dia telah mendaftarkan namanya di UPM dibawah penyeliaan Dr Jamaliah Abdul Hamid.
Di sekolah ini ramai guru-guru
yang telah memiliki sarjana sebagaimana seruan Menteri Pelajaran dahulu ,
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Antaranya ialah Cikgu Zainal Nordin,
Cikgu Abd Malek Abd Hanif , Cikgu Norita, Cikgu Murugan. Cikgu Cecilia , Cikgu Fazilah ,
Cikgu Zaida Nor, Cikgu Khuzaimah, Cikgu Teh Fhui Kim dan lain-lain.
malekhanif@yahoo.com
SAHABATKU MOHD TAHA ABU BAKAR
telah ke rahmatullah
Pada hari Isnin 12 April aku dikejutkan dengan berita Cikgu Taha telah meninggal dunia.
Ketika itu aku dalam perjalanan ke SRA Semenyih untuk menghantar anak-anak dan isteri ke
sekolah tersebut. Di simpang lampu isyarat, Cikgu Samsiah Jantan yang kereta Kancilnya di
sebelah memberitahu bahawa Cikgu Taha telah meninggal dunia. Seakan tidak percaya dalam
diriku. Mana mungkin, rasanya baru saja aku berbual-bual dengannya pada dua-tiga hari yang
lepas.Tak kedengaranpun dia masuk ke hospital.
Aku menahan rasa terkejut. Aku buka telefon dan dapati ada SMS dari Rusli Ahmad "
Innalillah, sahabat kita Taha telah meninggal dunia pada jam 2.00 pagi tadi 12 April 2004.
Rupanya aku telah dapat SMS pada jam 5.00 pagi tapi tak perasan pula mesej tersebut.
Mungkin aku sedang lena tidur.
Aku mula telefon beberapa orang sahabat untuk meminta kepastian dan memang sah dan pasti.
Cikgu Mohamad Taha meninggal dunia pada 12 April 2004 Jam 2.30 am. Alamat rumahnya lot 72,
Kg Sentosa, 43500 Semenyih , Selangor Darul Ehsan. Dia meninggal dunia kerana darah tinggi
dan sakit jantung. Lahir pada 07 September 1956. Umurnya sekarang 48 tahun. Kematiannya
dilaporkan ke balai polis oleh adiknya Abdul Razak bin Abu Bakar. S/N : 33/2004 SD:
4753/2004. Dilaporkan pada jam 8.35 pagi.
Begitulah hidup kita di dunia. Tak semena-mena sahaja kita dipanggil untuk menemui Ilahi.
Semalam mungkin kita bergembira dengan keluarga dan rakan-rakan. Tapi entah esok lusa
belum tahu lagi.
Semalamnya beliau pergi ke kelas tuisyen dan dia memang banyak mengajar tuisyen bahasa
Melayu. Dia salah seorang daripada ketua pemeriksa kertas Bahasa Melayu SPM daerah Hulu
Langat. Banyak kali dijemput memberi ceramah dan bengkel bahasa Melayu.
Seorang pelajarnya memberitahu bahawa semalam ( ahad ) , " Saya lihat dia elok sihat
menunggang motosikal. Pada waktu maghrib sembahyang di Surau Kampung Sentosa , berdekatan
dengan rumahnya. Oleh kerana imam Lebai Din tidak ada, maka dia menjadi imam pada waktu
maghrib itu ".
Begitulah sahabat kita Mohamad Taha yang warak , dahinya hitam kerana banyak sujud dan
sembahyang malam. Dia juga ada kumpulan usrah yang melakukan aktiviti seminggu sekali.
Biasanya dia mengambil bahagian dalam al Quran kerana pernah mengaji tajwid al Quran di
Kuala Lumpur. Dia pernah mengajar di Sekolah Menengah Sains Selangor. Sekolah itu menjadi
tempat pelajar USM mengikuti telesidang video conferencing pelajar PJJ sekitar tahun
1991-1997.
Jantung kita memang perlu dijaga dengan rapi. Dalam pemeriksaan kesihatan di Sekolah
Menengah Engku Husain pada tahun 2003, dia ada mengatakan yang dia ada darah tinggi. Tapi
tidak pula menyatakan ada sakit jantung. Namun begitu mungkin dia cuba merahsiakannya
kerana ramai orang lelaki cuba merahsiakan penyakit mereka. Malahan enggan berjumpa dengan
doktor. Itulah yang dilaporkan oleh surat khabar. Mungkin betul begitu. Bapa saudaraku
juga seorang guru besar Ramli bin Mohd Baki jugha meninggal secara megejut di Teluk Intan,
Perak beberapa tahun yang lalu.
Beberapa tahun sebelum ini dia ada mengikuti kelas Taichi Xigong di Sekolah Rendah Kampung
Baharu. Untuk mengikuti kelas tersebut perlu membayar bayaran pendaftaran tertentu. Ketika
guru-guru lelaki tengah bersemangat bermain badminton dia turut bermain badminton beberapa
kali. Di sekolah dia menjadi guru penasihat Persatuan Silat Gayung. Antara yang pernah
mengajar silat ialah Fairul Hafizan Mohd Din dan Encik Mohd Rasul daripada Bukit Aman.
Tekanan hidup dan tekanan kerja perlu diselia dengan rapi. Kita harus berwaspada. Dia ada
menyatakan bahawa dia tak larat menguruskan buku-buku pelajar tingkatan empat dan lima.
Pelajar-pelajar ini tidak menyiapkan buku latihan mereka. Kalau buat latihan tapi tak
memuaskan. Hendak dimarah tak boleh, dah besar . Satu hari dia ada ambil tindakan tertentu
terhadap pelajarnya dan dia yang kena balik. Serba salah dibuatnya. Kebanyakan kelas-kelas
yang hujung ini diberi kepada guru lelaki dengan alasan guru lelaki dapat 'handle' masalah
disiplin pelajar. Pelajar-pelajar ini dinaikkan ke tingkatan empat secara automatik tanpa
sebarang tapisan. Terima ajelah hakikat tersebut.
Pada jam 7.30 pagi aku ke rumahnya untuk menziarahi jenazahnya. Ada beberap orang jiran
telah sedia menunggu dan membaca surah Yassin. Aku ambil sebuah buku Yassin yang ada
lambang UMNO di kulitnya. Ironi sekali.. Beberapa lama kemudian datang ramai guru-guru
dari SMK Engku Husain menziarahinya. Pelajar lelaki dan perempuan terutama yang tingkatan
empat dan lima datang dengan menaiki motosikal dan ada yang menumpang kereta cikgu.
Masing-masing menyatakan kesedihan dan rasa tidak percaya.
Pada jam 10.00 pagi jenazah dimandikan di hadapan rumah. Kemudian sesiap yang menatap
wajah huat kali terakhir dipersilakan. Ada juga cikgu dan pelajar dari Pusat Giat MARA
Beranang dan Sekolah Menengah Kiblah Jalan Sungai Merab. Anak allahyarham pernah
bersekolah di sana. Aku turut sms beberapa orang guru walaupun aku agak mereka dah tahu.
Memang mereka telah tahu kecuali Cikgu Amat Wali yang tinggal di Bandar Rinching.
Kira-kira 11.00 pagi jenazah disembahyangkan di Surau Kampung Sentosa. Ustaz Osman menjadi
imam sembahyang. Kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Jalan Sungai Lalang,
kira-kira 2 km dari Balai Polis Semenyih. Liang lahad sudah siap sedia. Ada dua liang
lahad. Rupa-rupanya ada dua kematian pada hari ini. Sistem menguruskan jenazah di Masjis
Raja Muda Musa Semenyih memang agak sistematik. Setiap akhi kariah boleh menyertai skim
Tabung Khairat Kematian. Yuran sebanyak 24.00 setahun. Jika berlaku kematin akan dibayar
500.00 untuk menguruskan kereta jenaza, kain kafan, mengorewk liang lahat, memandikan
jenazah, sembahyang jenazah dan lain-lain perkara. Memang cukup teratur. Liang lahad pula
tersusun dan telah ditandakan. Jadi nampak lurus dan tidak putus-putus. Jenazah sempurna
dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari.
Bacaan talqin dibacakan . Soal jawab dengan simati dan garis panduan bersemuka dengan
malaikat nanti di alam kubur adalah untuk peringatan yang hidup sebenarnya. Ia amat
menusuk kalbu dan menyebabkan kita berfikir bahawa kita ini hidup sementara sahaja.
Al fatihah untuk allahyarham Cikgu Mohd Taha.
malekhanif@yahoo.com 18
April 2004.Jam 1023 pm |