Unit
beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Engku
Husain akan menganjurkan satu xpdc yang
pasti mencabar semua pelajar sekolah ini.
Ekspedisi
Gunung Nuang akan diadakan pada 29 - 31 Mei 2004
iaitu semasa cuti sekolah. Setiap unit
beruniform diminta mencalonkan 5
pelajar sesi pagi dan lima orang pelajar
sesi petang. Sekiranya sambutan menggalakkan
, penyertaan mungkin akan
terbuka kepada semua.
Pn
Arpah Ali selaku Penolong Kanan Ko
Kurikulum bertindak sebagai penganjur.
Setiap
peserta dikehendaki membayar yuran
penyertaan sebanyak RM30.00 . Jika keadaan
mengizinkan , mungkin akan dapat tajaan daripada
beberapa pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan
Guru.
Sebelum
ini tidak ada XPDC seperti ini dianjurkan . Ini
adalah julung-julung kali xpdc ini dilakukan
ke puncak gunung,. .
Biasanya
perkhemahan hanya dilakukan di pulau-pulau
atau kawasan air terjun. Contohnya ke Pulau
Pangkor dan Pulau Besar. Ini merupakan
cabaran yang cukup menarik. Hanya
beberapa guru sahaja yang pernah mendaki Gunung
Nuang. Antaranya ialah Cikgu Abd Malek.
Jika
rakyat Malaysia sudah sampai ke puncak Gunung
Everest pada tahun 1997, maka kini giliran pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
menjejakkan kakiknya ke puncak Gunung
Nuang,
Gunung
Nuang adalah puncak gunung tertinggi di
Selangor. jika anda sampai di sana,ia cukup
memberi erti kepada anda semua - puncak
gunung tertinggi di negeri Selangor.
Gunung
Nuang terletak di hulu Sungai Langat. Kita
mestilah melalui Ponsun, Empangan Sungai
Langat dan berhenti berehat di
bahagian empangan . anda boleh berkhemah di sana.
Keesokan paginya anda boleh menruskan perjalanan
ke puncak Gunung Nuang.
Dari
puncak Gunung Nuang anda akan dapat melihat Kuala
Lumpur. Jika cuaca baik, Menara tertinggi di
dunia akan jelas kelihatan. anda patut
berbangga dengan ketinggian Menara Kembar
Petronas.
malekhanif@yahoo.com
6 April 2004.Jam 11.03 pm
|