SEJARAH KOMUNIS DI SELANGOR 
KHUSUSNYA DI SEMENYIH , KAJANG DAN BROGA

Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Tahiland, Patani dan Kota Bharu pada 8 disember 1981. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.

Serangan Jepun 1941-1945 merupakan ' rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Komunis dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum tersebut.

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas. 

Rejimen Menuntut Kemerdekaan yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. ( First Independent Regiment ). Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India , walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Melayu , Cina dan India.

Apabila Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945 dan British pula lambat 15 hari mengambilalih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis mengambilaih kuasa.

Pasukan komunis telah keluar dari hutan dan mengambilalih kuasa di kampung , pekan dan bandar di Kajang, Rasa, Kajang , Semenyih dan lain . Pihak komunis merasakan perjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut diberi kuasa memerintah. Mereka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan berundur dari Tanah Melayu kerana tentangan hebat daripada mereka. 

Kekejaman komunis dan tindakan silap  mereka selama 15 hari  itu ialah :
a. mengadakan perbicaraan sendiri
b.melakukan kezaliman
c.membunuh orang Melayu dan Cina
d.mengamcam seluruh penduduk
e.mengutip wang secara kekerasan.
f.merampas bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat.
g.mendakwa komunis telah menewaskan tentera Jepun.
h.Mencari polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.
i.Menggeledah kampung -kampung Melayu yang didakwa bersubahat dengan Jepun.

MPAJA telah membunuh seramai 2542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki mrenjadi tali barut Jepun. 

29 November 1951 Sekolah Menengah Chung Hua di Kelang , Selangor telah ditutup kerana diresapi pengaruhi komunis, menyimpan bendera komunis dan menjalankan kegiatan subversif.

Seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu kerana menjalankan kegiatan bawah tanah. Beliau ialah guru sekolah malam Phing Man di Rasa, Selangor. Kertas-kertas, buku, catatan harian dan surat-surat telah dirampas kerana terbukti dia amat aktif dalam kegiatan menyebar fahaman komunis.

Pada 18 Jun 1948 darurat diisytiharkan di Tanah Melayu kerana perjuangan komunis semakin hebat dan memuncak. Komunis menjalankan pemberontakan bersenjata. 

31 Julai 1960 darurat dibubarkan setelah mendapati pergerakan komunis semakin lemah dan berjaya dipatahkan.

KOMUNIS DI KAJANG DAN SEMENYIH

1948 pihak berkuasa telah menjumpai satu tempat simpanan senjata komunis di Kajang. Senjata ini dipercayai senjata yang dibekalkan oleh British semasa pendudukan Jepun dahulu. Sebenarnya 20 % senjata tidak dipulangkan oleh komunis. Hanya 6800 ahli MPAJA menyerahkan senjata dan rela menyerahkannya kepada pihak berkuasa  di seluruh Tanah Melayu. 

Pada 27 Jun 1948, seorang kepala penoreh getah berangsa Cina di Estet Braemar , Kajang telah ditembak mati di luar sebuah kedai di sebuah kampung kecil di Sungai Kantan pada 10.15 malam. Dalam badannya diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi " to destroy labour thief"

Julai - 2 November 1948 beberapa kejadian subversif berlaku di Kampung Kachau, Semenyih .

Julai 1948 seroang kanak-kanak lelaki British telah dibunuh  di Semenyih.

Jam 2 pagi, 2 november 1948, segerombolan komunis telah membakar rumah asap dan gudang getah di Estet Dominion . Semenyih. Mereka mengancam seluruh penduduk Semenyih .

Berikutan itu , kerajaan telah memusnahkan Kampung Kachau pada 2 November 1948. Rumah-rumah setinggan dan kedai-kedai di Simpang (Kachau, Semenyih ) telah dibakar dan diarahkan pindah ke pekan Semenyih, Seremban dan negeri Johor. Sebahagian yang lain diarahkan pindah ke Kampung Baru, Semenyih. Kampung Kachau ini disyaki menjadi tempat persembunyian komunis . Di belakang Kampung Kachau ada sebuah bukit dan dijadikan sebagai kubu komunis. Kini tempat tersebut dijadikan Tanah Perkuburan Nirwana , Semenyih. 

Seluruh kampung telah hangus dijilat api. Lebih kurang 500 penghuni kehilangan tempat tinggal. Mereka diarahkan pindah dalam tempoh sejam pada malam itu juga . Mereka turut berdepan dengan kekurangan makanan. Sebanyak 61 buah rumah di Kampung Kachau ( berhadapan dengan rumah Cikgu Abdul Aziz di Kampung Pasir/ Kachau ) telah dibakar. Kesan-kesan peninggalan tapak rumah yang terbakar masih ada sehingga sekarang. Contohnya perigi, batu lapik tiang rumah , tapak kedai dan lain-lain. Kebanyakkan ialah rumah setiinggan Cina dan deretan beberapa buah kedai Cina.

Pihak pengganas komunis telah melancarkan serangan hendap ke atas penduduk kampung di Kajang dan Semenyih sehingga menyebabkan seorang pengurus ladang terbunuh.

2 November 1949 polis menangkap 500 orang yang disyaki menjadi talibarut komunis di Semenyih dan Kajang. Polis telah menemui 10 buah khemah dan 13 pondok atap. Kebanyakan mereka ialah orang tua, kanak-kanak dan kaum wanita. Sedangkan kaum lelaki majoritinya telah masuk ke hutan menyertai pengganas komunis. Penahanan dan pembakaran pondok atap setinggan-setinggan Cina ini telah menyebabkan penghuni mencari perlindungan di bandar atau di Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan di bandar.

Seramai 2000 penduduk Balakong diarahkan pindak kerana bersimpati dengan komunis . Mereka turut memberi bantuan ubat, makanan , wang dan pelbagai peralatan lain kepada pengganas komunis. Sebahagian mereka membantu komunis secara paksa atau sukarela.

Pada 1950 seramai 60 penduduk setinggan di Semenyih telah ditahan oleh pihak komunis atas tuduhan kerana memberi bantuan kepada komunis. Mereka tidak merahsiakan  maklumat tentang pergerakan komunis di Semenyih. Sebaliknya mereka memberi pelbagai jenis bantuan secara sukarela kepada pengganas komunis. 

28 Februari 1950 pembunuhan seorang guru di sebuah sekolah Melayu di Semenyih . Tapi kes ini tidak dilaporkan kerana  ketika itu mahu merahsiakan kes pembunuhan tersebut oleh pengganas komunis.

Pada 15 Ogos 1950 pengurus Ladang Glenshield , Kajang Sir Day telah diserang oleh segerombolan pengganas komunis ketika dalam perjalanan ke Sungai Reko.Wang berjumlah RM4042.00 dan sejumlah senjata telah dirampas oleh komunis. Dua orang konstabel polis turut dibunuh.

Pada 12 Mac 1950 kira-kira jam 11 pagi, tiga pengganas Cina bersenjata menembak mati dua orang Melayu di Ladang Kachau, Semenyih , Selangor ketika mangsa sedang memetik buah kelapa.

Sebuah lori yang membawa susu getah dalam perjalanan menuju Estet Sungai Tangkas telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Pemandu lori dibunuh dan lori telah dibakar. Seluruh pekerja ladang diancam bunuh ketika  menoreh getah lagi. 

Pada Disember 1950, seorang Pegawai Daerah Mantin bersama beberapa orang polis telah di serang hendap di Batu 11 , Semenyih. Tempat itu berhampiran dengan Kampung Sungai Pening-Pening  berhampiran dengan Perkuburan Cina Nirwana  dan air terjun Sungai Tekala, Semenyih .
Pada 28 Mac 1951 , jam 9 pagi , Wong Kim Poh yang bertugas sebagai Timbalan Pegawai Penempatan Semula telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap di Balakong . Beliau bertugas bersama dengan kontraktor dan beberapa orang pekerja penempatan semula.

25 Januari 1950 seorang penghulu Hulu Langat telah ditembak . Beliau telah cedera dan keretanya rosak teruk. Beliau dalam perjalanan pulang dari pejabat ke kampungnya.

1950 kerajaan bertindak melaksanakan Peraturan Darurat 17D untuk menjauhkan penduduk Semenyih daripada berhubung dengan pihak komunis. Di bawah peraturan tersebut , seramai 1500 penduduk Semenyih telah dipindahkan dan di hantar ke pusat pemulihan di Kluang, Johor.

Seramai 6 orang penduduk Sungai Long telah ditangkap oleh polis berikutan penemuan enam buah khemah komunis . Mereka telah ditahan di Kajang dan kemudian dihantar pulang ke negara China. Tindakan ini dibawah Peraturan Darurat 17D . Beberapa orang penduduk di Sungai Jelok. Kajang turut dikenakan tindakan yang sama. Terdapat banyak ladang getah dan kawasan bukit-bukit  di Sungai Jelok.  Sebahagian kawasan Sungai Jelok  telah dibina  Penjara Pusat Malaysia dan lebuhraya Seremban - Kajang ( Kajang - Seremban Highway  KASEH ) .

15 Februari 1951 seramai 1500 penduduk melayu Kampung Jenderam, Sepang Selangor telah dipindahkan ke kem tahanan Kluang Johor . Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datangnya dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan  atau berasal  dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka.

Pada 1 Julai 1951, perintah darurat dilaksanakan di Kajang, Semenyih dan Broga akibat pembunuhan enam pegawai polis dalam satu kejadian serang hendap. 

Pada masa yang sama , polis sedang memburu ketua pengganas komunis bernama Liew Kon Kim di Sungai Pelek, Sepang.

Pada 23 Julai 1948, pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan telah diperkenalkan di seluruh Tanah Melayu. Ia bertujuan untuk membezakan penduduk yang mematuhi undang-undang dengan mereka yang berniat untuk menyebarkan unsur subversif. Mereka yang tiada kad pengenalan akan dituduh sebagai komunis.

Menurut W.G.S Cony, terdapat 46 buah kampung baru di Selangor.Antaranya ialah Kampung Baru Semenyih dan Kampung Baru Melayu ( Kampung Sentosa ) Semenyih.

13 Januari 1953, kerajaan mengumumkan catuan dan kawalan makanan di selatan Selangor bagi menghapuskan saki baki gerombolan pengganas komunis di Kajang.

Pada 1954 pengasas pengganas komunis bernama Liew Kon Kim dan Lau Cheng di Kuala Selangor telah dapat dibunuh.

Pada 16 Januari 1956 Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya bernama Yong Kuo telah dapat dibunuh di Semenyih. Pembunuhan ini memberi tamparan hebat kepada pergerakan pengganas komunis. Moral mereka semakin merosot untuk berjuang. Pengganas komunis yang terselamat telah menyerah diri dan keluar dari hutan. Sebahagiannya pula berundur ke kawasan sempadan Thailand. 

Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960 , namun sakibaki komunis masih wujud dan  bertempur dengan tentera Malaysia di Lebuhraya Timur Barat  dalam Operasi Gonzales.

Pada 2 Disember 1989 satu Perjanjian Perletakan Senjata antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya telah dibuat Haadyai, Thailand dibuat . Ini berikutan keruntuhan kerajaan komunis di Rusia dan Kerajaan komunis China tidak berminat lagi membantu Parti Komunis Malaya. Turut serta dalam perjanjian tersebut ialah Chin Peng, Rashid Maidin, Dato Rahim Noor, Dato Megat Junid Megat Ayub dan lain-lain.


Rujukan :
1.Ho Hui Ling , Bintang Tiga dan Darurat di Negeri Selangor , hlm 32,Malawati, jurnal Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan, Bil 4, 2001 Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Selangor
2.Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Noor , bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain yang kini duduk di Kampung Pasir.
3. Raja Alias bin Raja Abdul Rahman , bekas pengetua SMK Engku Husain.
4.Cikgu Alias Toyan - Kampung Pasir.
5.Cikgu chong Tat Keong, SMK Engku Husain.
6.Mohd Amin, Kampung Sungai Lalang, Semenyih.
7.Abdul Rafai Alias, Kampung Sungai Purun, Semenyih.
8.