GEOGRAFI  BANDAR RINCHING

bkanan.gif (1190 bytes)

Bandar Rinching terletak di Semenyih, Selangor iaitu di selatan negeri Selangor .  Bandar yang paling hampir dengan  Bandar Rinching  ialah Bandar Semenyih, Beranang dan Kajang.   Bandar Rinching  terletak  di tepi jalan  antara Semenyih dengan Beranang.  Jika anda dari Kuala Lumpur hendak pergi ke Seremban,  Bandar Rinching terletak di sebelah  kanan , selepas melalui Bandar Semenyih.

 Bandar Rinching dipanggil  bandar dan tidak dikatakan taman kerana saiznya yang besar. Banyak perumahan  di sini.  Bandar Rinching dibangunkan oleh  pemaju perumahan Rhombus Sdn Bhd pada tahun 1994. Rumah-rumah mula diduduki pada tahun 1996 lagi. Ada beratus-ratus  rumah dibina , pelbagai jenis dan saiz dan  harganya juga berbeza-beza. Harga rumah semakin lama semakin mahal.

 Rinching ialah nama sebuah sungai berdekatan. Sungai Rinching mengalir dari   bukitr-bukit berdekatan dengan Banjaran Titiwangsa iaitu Bukit Rinching dan Bukit Ulu Beranang.  Sungai ini  bersambung dengan Sungai Semenyih di bahagian hilirnya.  Kampung-kampung di sepanjang Sungai Rinching ialah Kampung Rinching Ulu, Kampung Rinching Tengah , Kampung Rinching Hilir dan Kampung Sungai Kembung.

 Bandar Rinching merupakan sebuah taman yang cantik dan indah.Penduduknya yang berbilang kaum contohnya orang Melayu,India,Cina,Arab dan lain-lain.Di Bandar Rinching terdapat kedai-kedai contohnya kedai runcit, kedai internet,alat tulis,kedai makan,barang keperluan,dan lain-lain.

 Terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching Kelas-kelasnya terdiri daripada darjah 1-5 sahaja.Sekolah Kebangsaan tak mahu murid-murid menjadi samseng oleh itu tiada darjah 6.Pada hari Sabtu sekolah mengadakan kokurikulum untuk membimbing pelajar yang cemerlang.  Murid sekoilah ini datang dari  sekitar Bandar Rinching . Mereka tidak perlu lagi pergi ke Sekolah Kebangsaan Semenyih.  Oleh itu masa, tenaga dan wang ringgit dapat dijimatkan.

 Rumah-rumah yang didiami oleh penduduk kebanyakannya rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat.Bagi orang yang berada,kebanyakannya membeli Rumah Banglo dan membesarkan mereka. Ada juga rumah murah  yang dibina  untuk orang kebanyakan .  Masing-masing mebeli  rumah mengikut kemampuan  dan cita rasa .  Keseluruhannya rumah-rumah  di sini berpagar untuk mengelak daripada kecurian.

 Bandar Rinching tidaklah sebaik mana .Pada waktu petang ada remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen.Pada waktu pagi banyak orang berjoging bagi menyihatkan badan.Terdapat juga taman permainan .Jumlah keseluruhan taman yang dibuat enam sahaja,sebab penduduknya terlalu ramai.

 Di depan Bandar Rinching terdapat sebuah kawasan perumahan yang belum siap. Taman perumahan ini dijangka siap pada tahun 2005. Taman  perumahan itu bernama Taman Pelangi Semenyih. Banyak  kawasan perumahan telah dibina di kawasan Semenyih  terutama antara bandar Semenyih hingga ke kawasan  Beranang.  Antaranya ialah Taman Tasik Kesuma, Taman Rinching Indah,  Taman Senivasagam

Bandar Rinching tak pernah banjir kerana kediamannya terletak di atas bukit.  Sungai yang berhampiran dengan Bandar Rinching ialah  Sungai Rinching.  Sungai ini kecil sahaja. Air sungainya mengalir dari bukit berdekatan . Air sungai ini agak kotor dan tercemar. Pencemaran dilakukan oleh   kilang-kilang dan  penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai.

 Haiwan-haiwan yang berkeliaran di Bandar Rinching ialah haiwan seperti anjing, kucing, dan burung. Haiwan yang dipelihara seperti kucing, anjing, arnab, angsa, itik , burung,dan lembu.. Anjing–anjing yang berkeliaran telahpun ditangkap kerana tidak memiliki lesen.  Saya rasa anjing tidak begitu  sesuai dipelihara di kawasan perumahan kerana   ia  boleh menggigit  orang ramai terutama kanak-kanak.

 Bandar Rinching juga diambil perhatian oleh Jabatan dan kakitangan yang bertugas seperti pihak polis,Jabatan Bekalan Air,dan lain-lain.Sewaktu musim cuti sekolah ramai yang ambil kesempatan untuk pergi berjalan bersama keluarga. Pada musim perayaan pula, ramai ahli keluarga yang berkunjung di rumah masing-masing. Permainan yang selalu dimainkan oleh orang remaja ialah mercun dan bunga api. Polis juga meronda bagi memastikan tiada sebarang kesan yang berbahaya. Pada bulan puasa bagi orang Islam mereka tidak berkeliaran kerana takut kehausan.

 Kenangan manis saya di  Bandar Rinching ialah sewaktu Yang Berhormat Dato Amat Kuris bersama –sama isterinya . Pelbagai aktiviti diadakan ketika  ADUN Kawasan Beranang datang ke kawasan ini.   Semua pihak mengambil bahagian dalam acara acara yang diadakan .

 Kenangan pahit pula, sewaktu bekalan air putus,hampir 3 bulan kami berjimat bagi tidak membazir air. Ketika tiada bekalan air, keadaan hidup amat menyeksakan.  Kanak-kanak yang  buang air kecil danbesar tidak dapat dibasuh dengan sempurna  . Kami mandi ala kadar sahaja kerana kehabisan air. Ibu bapa terpaksa mengangkut air dari tempat lain . Air hanya cukup  untuk  minum dan makan sahaja.  Tidak boleh mandi lebih-lebih sangat. Kini,masalah bekalan air telah selesai mulai Mac 2004 setelah kehadiran Menteri Besar Selangor  meninjau permasalahan air di  Bandar Rinching dan sekitarnya.

 Untuk ucapan terakhir saya NURUL JANNATUNNAIM BINTI HAMDAN , berterima kasih kepada EN ABDUL MALEK yang sudi meluangkan masa bersama saya,. 

bkanan.gif (1190 bytes) Profail Bandar Rinching, Semenyih

t_bottom.gif (1520 bytes)