PROFAIL BANDAR RINCHING, SEMENYIH

bkanan.gif (1190 bytes)


Bandar Rinching merupakan sebuah bandar yang mempunyai kedai kedai yang banyak antaranya ialah kedai yang menjual barangan runcit , cyber cafe , kedai gunting rambut ,kedai cenderahati ,kedai makan dan minum ,kedai menjual handphone juga ada dijual disini ,kedai menjual alat tulis dan barang barang yang lain lain .Saya hampir terlupa disini juga ada kedai basikal .Kedai ini menjual basikal dan juga membaiki basikal yang rosak. 

Di Bandar Rinching juga mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Bandar Rinching .Disana ada 20 buah kelas terdiri daripada darjah 1,2,3,4 dan 5 ada juga terdapat bilik guru ,kedai buku ,dan juga pejabat .

Di sini mempunyai 5 fasa  kawasan rumah di sini .

Disini juga terdapat pasar malam .Ia diadakan setiap hari isnin .Pasam malam diadakan setiap malam hari isnin  .Di pasar malam ada menjual ayam goreng ,menjual baju ,perhiasan diri ,beg sekolah ,air minuman seperti air soya ,air kelapa ,air sirap ,dan bermacam -macam lagi .Di pasar malam juga terdapat sayur -sayuran seperti cili merah ,cili padi ,sayur bayam ,sayur kangkung ,kacang panjang ,kacang buncis dan lain -lain . 

Saya akan bercakap tentang cyber cafe sekarang .Cyber cafe ini dibuka dari pukul 9.00pagi hingga pukul 10.00malam ,bayaran satu jam ialah RM3.00.[a dibuka setiap hari kecuali hari cuti umum.

Jika hendak pergi ke Bandar Rinching ia menghala ke Seremban .Jika dari S.M.K Engku Husain cuma 5 minit sahaja .

Saya ingin bercakap pasal kawasan rumah yang ada disini disini terdapat banyak anjing anjing liar .Kawasan rumah disini juga mempunyai taman taman permainan dan padang bola sepak .

Di sini juga mempunyai surau bagi orang Islam menunaikan solat .Saya duduk di Fasa 1. Di sini , penduduk yang paling ramai ialah orang India kerana kalau tak salah saya orang yang membuat kawasan rumah ini ialah orang India. Mereka asanyanya datang dari Ladang Rinching, Bandar Rinching  dibina  di kawasan Ladang Rinching. Setelah ladang diratakan dan  rumah-rumah pekerja ladang dipindahkan . 

Orang Melayu ramai juga kerana tiap tiap tahun ada sahaja yang pindah  ke sini tetapi ada juga yang berpindah keluar dari sini .kedai makan dan minum ada 3 buah semuanya [2buah kedai orang Melayu sebuah kedai orang mamak muslim . Kedai mamak muslim ini ada menjual tosse,mee goreng mamak ,nasi lemak ,roti canai dan lain lain.

Kedai orang melayu pun macam itu tapi tak ada tosse . Kedai melayu lagi satu pula hanya menjual nasi goreng alah jenis jenis nasi dan tomyam .Lain lain kedai hanya menjual barang barang runcit .Saya ingin bercerita tentang kedai yang lain .Kedai gunting rambut ada 2 ,satu cina satu lagi india.satu lagi kedai ialah kedai keranda yang pasal ini no komen . 

Saya rasa ini sahajalah untuk cerita mengenai Bandar Rinching,dan keadaan di sekelilingnya 


oleh KHAIRUNNISA BT KHAIRI ELVIN 2G
bkanan.gif (1190 bytes) Bandar Rinching - oleh Jannatunaim 2J

t_bottom.gif (1520 bytes)