PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA
Parti Komunis
Malaya bermula pada tahun 1920-an. Tetapi penubuhan secara rasmi
pada tahun 1930. Sejarah penubuhan PKM banyak berkaitan dengan
sejarah China dan permusuhan China- Jepun. Parti Kuomintang pimpinan
Ching Kai Sek menpunyai banyak cawangan dan ramai penyokong kuatnya
di Tanah Melayu. Parti Komunis China di bawah pimpinan Mou Tse Tung
bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya. Sementara itu Komunis Tanah
Melayu dan Singapura dipengaruhi oleh gerakan Komunis Antarabangsa.
( Komintern) yang diselengarakan oleh komunis Rusia.
Pada zaman
Jepun Parti Komunis Malaya menubuhkan tujuh regiment bebas dan
dikendalikan oleh ahli-ahlinya di pelbagai tempat. British
bekerjasama dengan Forces 136 yang menjalankan kegiatan bawah
tanah bagi membebaskan Tanah Melayu.
PKM
bekerjasama dengan British selepas melihat Rusia bekerjasama dengan
British pada tahun 1945, bagi menentang kemaraan tentera Jerman dan
Itali. Rejimen komunis yang bekerjasama dengan British ialah MPAJA
atau Malayan People Anti Japanese Army. Semasa berasama-sama
menentang Jepun, idelogi yang sangat bebeza tidak dihiraukan sangat.
Gambaran kasar, British seolah-olah memperalatkan komunis dan dari
satu segi lain, komunis memperalatkan senjata yang dibekalkan oleh
tentera British.
Pada zaman
Jepun, MPAJA ini , ahlinya lebih 7000 askar. Tentera British yang
datang semula ke Tanah Melayu segera membubarkan MPAJA ini.
Ahli-ahli MPAJA ini membubarkan beribu-ribu cawangan mereka. Tetapi
mereka enggan menyerahkan senejata yang dibekalkan oleh British
semasa menentang tentera Jepun. Ini termasuklah bom-bom besar,
brengun, sten gun, carbine, raifel dan peluru .
Sebenarnya PKM
sama sekali tidak berniat hendak bekerjasama atau tunduk kepada BMA.
Mereka mengangap British sebagai batu penghalang terbesar dalam
mencapai matlamat PKM hendak menegakkan sebuah Republik Komunis
Malaya.
MPAJA ini
dikatakan mempunyai ahli aktif seramai 10,000 orang. 6,800 setuju
untuk membubarkan MPAJA tetapi hanya 4000 menyerahkan senjata .
Ketika itu Chin Peng sendiri adalah anggota Force 136.
PKM pernah
wujud sebagai parti komunis yang sah dan dan berjaya mempengaruhi
beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi mereka. Antaranya ialah
penibuhan PUERA- AMCJA . Malangnya PKM gagal mencapai matlamatnya
secara damai.
Agen PKM
diseludupkan ke dalam Kesatuan Sekerja Umum ( General Labour Union)
, Persekutuan Kesatuan-Kesatuan Buruh Semalaya ( Pan-Malayan
Federation og Trade Unions) . Kesatuan –kesatuan ini membuat
tuntutan-tuntutan kaum pekerja terhadap majikan-majikan mereka yang
kebanyakannya orang Eropah. Kerapkali tuntutan ini berakhir dengan
rusuhan.
PKM dan
British semakin menuju iepada pergolakan sengit. Pemimpuin-pemimpin
PKM telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat Komunis di Prague pada
tahun 1947 dan di London pada Januari 1948. Februari 1948 pula,
Soviet rusia menganjur satu mesyuarat agung bagi komunis-komunis
Asia , Australia di Culcutta. Dalam mesyuarat ini satu ketetapan
telah dibuat iaitu semua komunis dan anti imperialis bersatu melawan
kekejaman inperialisme. Mereka bercadang melakukan general atrakes,
agitation dan strifes dan armed struggle.
Kerajaan
Persekutuan dan Singapura tidak memberi peluang kepada komunis untuk
bergerak secara damai dan bebas. Kesatuan-kesatuan telah ditutup
pada tahun 1948. Pihak berkuasa di Persekutuan Tanah Melayu dan
Singapura telah menyekat aktiviti-aktiviti GLU , PMFTU dan lain-lain
kesatuan sekerja antara tahun 1947-1948. Beberapa undang- undang
telah diluluskan bagi mebantu majikan-majikan Eropah ini.
PUNCA PARTI
KOMUNIS MALAYA BERTINDA GANAS
- Sekatan terhadap
kesatuan-kesatuan seperti GLU dan PMFTU oleh Kerajaan
Persekutuan dan Singapura antara tahun 1947 – 1948.
- PKM pada awal 1948 semakin
mengalami perpecahan
- Usaha mempengaruhi
gabungan-gabungan sayap kiri telah gagal
- Penyusunan jabatan-jabatan
keajaan supaya mendapatkan rahsia tidak begitu berhasil
- Pemimpin-pemimpin Politburo
( ahli-ahli kanan Jawatankuasa Kerja Pusat telah disyakki
memboroskan wang parti
- Loi Tek, iaitu setiausaha
PKM sebelum Chin Peng telah menghilangkan diri dengan wang
Simpanan parti pada Mac 1947.
- Politburo PKM dalam
mesyuarat rahsia di dalam hutan Pahang pada awal 1948,
memutuskan penentangan bersenjata dengan tiga cara.:
- Askar-askar PKM yang mahir
akan menyerang estet-estet
- Lombong-lombong bijih timah
- Pondok-pondok polis
- Kampung-kampung yang
terpencil
Tujuannya
agar penduduk sekitar kawasan tersebut akan berpibndah ke kawasan
bandar dan kawasan yang kosong ini akan direbut oleh PKM dan
dijadikan kawasan yang dibebaskan.
- Rekrut-rekrut PKM akan
diambil daripada Min Yuen iaitu golongan massa yang sudah
menjadi penyokong atau bersimpati dengan dengan PJKM
- Askar-askar PKM yang
terlatih diarahkan menuju tempat-tempat yang dikuasai oleh
British untuk membinasakan pekan-pekan, kampung, landasan
keretapi dan lain-lain gerakan sabotaj.
- Min Yuen pula akan membantu
PKM membinasakan ekonomi kapitalis dan sistem pertahanan
British.
- Akan memohon bantuan
daripada komunis China dan Rusia apabila diperlukan.
- Apabila British kalah ,
Republik Komunis Malaya akan ditubuhkan.