Novel
:
JUNGLE GREEN
Pengarang : Arthur Campbell
Penerbit : George Allen and
Unwin Ltd
Tahun :
1953
Terjemahan : secara bebas
Lokasi : Arkib
Negara, Kuala Lumpur
-----------------------------------------
Secara ringkas novel ini menceritakan kisah benar seorang tentera
British pada zaman darurat yang beroperasi memburu komunis di
sekitar Selangor dan Negeri Sembilan khususnya di Semenyih dan
Kajang . Novel ini boleh diperolehi di Airkib Negara. Saya
fotostat beberapa mukasurat dan menterjemahnya secara bebas.
-----------------------------------------
Kami berada di
Kajang selama tiga minggu. Beberapa anggota daripada patrol keluar
daripada hutan hampir setiap hari dan memperuntukkan beberapa orang
untuk mengawal serang hendap. Dia daripada platon tinggal secara
tetap di kawasan sekitar Kajang dan satu daripadanya diketuai oleh
Michael di kawasan Sungei Tua , sebuah kawasan di utara Kuala
Lumpur. Tiada sebarang tanda menunjukkan tanda-tanda adanya sebarang
angkara. Semua kami belajar selama tiga minggu tentang sesuatu yang
berkaitan kawasan, peta dan sebagainya.
Pangkalan kami
di sebuah Sekolah Tinggi Komunis yang telah lama didirikan. Bangunan
ini dibina ketika Parti Komunis baru sampai di Malaya. Ia sebuah
bangunan tinggi bercat putih berhadapan dengan kawasan yang lembah
yang kotor. Kelihatan beberapa buah rumah diperbuat daripada kayu
dan tidak teratur. Sebuah bilik untuk kantin lelaki dan ruang tamu
serta bilik untuk rumah pegawai serta asrama.
Ketika pasukan
Beitish pertama kali sampai , bumbung atapnya telah roboh. Oleh itu
mereka telah membaikinya untuk mengelakkan diri daripada hujan
lebat. Khemah didirikan di sekitar padang bola sepak. Jauh dihadapan
Sakai dan Dayak tinggi dalam sebuah kampung, berhampiran dengan
pokok –pokok getah.
Saya bersama
dengan Jonny dan seorang lagi sarjan mejar, ketika telefon
berdering. Ada pembunuhan baru terjadi di Broga , beritahu Jock
MacFadden kepada Arthur. Jock adalah pegawai polis daerah. Kami
bekerja rapat dengan anggota polis. Kami memberi bantuan antara satu
sama lain, terutama bantuan kepada masyarakat umum. Polis tidak
mengambil tindakan terdapat pengganas komunis di hutan. Mereka lebih
meberikan tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang di kawasan
bandar, kampung dan melindungi kawasan-kawasan ini.
Pasukan poilis
tidak ada latihan ketenteraan tetapi selalu memberikan nasihat dan
bantuan yang diperlukan kepada pemerintah tentera di kawasan ini.
Saya dengan Jock ada banyak maklumat bersama. Kami berbincang
bersama dan memberikan pandangan masing-masing.
Kebanyakan
polis biasa serta juga pegawai, termasuk pengwai atasan Eropah,
Melayu dan India, tidak memiliki latihan dan persenjataan yang
diperlukan dalam pasukan hutan. Masalah juga timbul bila tiadanya
orang Cina dalam pasukan ini.Sedangkan kebanyakan pengganas komunis
adalah orang Cina. , Oang-orang Cina ini sama ada menyertai
pertubuhan komunis atau memberi sokongan kepada mereka. Orang Cina
dan Melayu tidak berada dalam kedudukan yang baik.
Saya
memberitahu Jock , bahawa pasukan saya akan pergi dengan kenderaan
askar. Pemandu yang bernama Smith , seorang yang begitu muda ,
siap sedia di luar. Saya membawa rifle dan pergi ke Balai Polis,
kira-kira 200 ela. Balai polis itu dibuat daripada kayu dan
mempunyai beranda. Dalam salah sebuah bilik, terdapat enam orang
Cina, empat lelaki dan dua perempuan. Seorang konstabel polis berada
di kaunter memberi tabik hormat kepada saya. Dia membawa saya ke
bilik Hock Mac Fadden. Ada tiga gambar di dinding iaitu anggota
Kajang Gang. Dikenali sebagai Liew Kim Bok. Terdapat bendera komunis
yang dijumpai dalam khemah komunis dalam satu operasi di hutan.
Beberapa laras senjata api yang turut dirampas dari semasa ke
semasa.
Seorang sarjan
berbangsa Melayu di Broga melaporkan menemui seorang Cina bernama Ah
Chong, isteri dan anak perempuannya telah dibunuh di Broga. Mereka
ditembak. Mereka cuba mendapatan maklumat lanjut tetapi tidak
berjaya. Oleh itu saya terpaksa pergi ie tempat kejadian dan
menyiasat sendiri.
Saya bersama
dengan Jock dalam kenderaan tentera. Trak polis mengiringi kami 50
ela di hadapan. Kami mengambil jalan ke Seremban menyusuri ladang
getah. Di antara ladang getah itu ada beberapa petak sawah padi.
Kemudian membelok ke Broga. Pasukan kami siap sedia menghalakan
senapang sekiranya berlaku serang hendap di dalam perjalanan itu.
Selepas beberapa batu, kami masuk ke dalam sebuah kaopung dan
meletakkan kenderaan di kawasan pasar. Pasar itu dibina daripada
kayu dan beberapa lorong . Beberapa orang pekerja sedang menjalankan
kerja masing-masing. Sebuah balai polis kecil bedekatan kawasan itu
. Bebesapa sarjan polis berbangsa Melayu memakai uniform khaki dan
bersongkok hitam.
Kami menuju
kedalam hutan menuju ke kawasan petempatan haram Broga . Dua puluh
minit kemudian kami pun sampai. Kawasan petempatan haram itu dibina
daripada kayu, disokong dengan batang buluh dan berbumbung atap. Di
sekitar kawasan itu ditanam dengan ubi kayu dan beberapa jenis
sayur-sayuran. Kelihatan juga ternakan babi dan ayam bersebelahan
dengan kebun. Tidak kelihatan sesesiapa sama ada lelaki, mahupun
perempuan.
Sarjan Melayu
mendahului kami menuju ke sebuah pondok . Dari keadaan luarannya
jelas merupakan sebuah rumah Cina. Terdapat beberapa gambar lukisan
Tuhan mereka. Kelihatan beberapa lampu minyak tanah. Bila sarjan itu
datang buat pertama kali ada seorang bayi. Di bahagian hadapan tiada
sebarang perabot.
Tubuh seoran
Cina terbaring di bangku panjang. Darah melimpah dari luka-luka di
perut. Seorang kanak-kanak perempuan juga ditembak di jantung,
terbaring di sebelahnya. Patung bulu kecil masih berada di
tangannya, berhampiran dengan ibunya. Dipercayai ibunya dibunuh
terlebih dahulu, diikuti oleh anaknya.
Saya bertanya
kepada Jock siapakah sanggup melakukan ini semua dan mengapa ? . Sem
ua ini adalah perbuatan Liew Kim Bok , atau kalau tidak dia , ialah
Chen Ping, orang kanannya. Ah Chong menentang kumpulan Liew Kim Bok.
Ah Chong pernah datang berjumpa di Balai Polis empat minggu lalu dan
memberi maklumat tentang tempat perkhemahan komunis. Tindakan
terakhir ketika itu, kami berjaya membunuh tiga pengganas komunis di
atas sebuah bukit di belakang kami. Kejayaan operasi itu berdasarkan
maklumat yang diberikan oleh Ah Chong. Kami cuba melindunginya di
Balai Polis dan berjanji membawa keluarganya bersama serta
memindahnya ke tempat lain tetapi tidak disetujui oleh isterinya.
Sekarang Ah Chong mendapat hukuman daripada komunis. Kami tidak
dapat melindungi mereka yang kembali ke termpat asal, seperti ini.
Pembunuhan ini
dilakukan supaya mereka menutup mulut. Bagi mereka , lebih baik
mereka ditembak mati sahaja. Ini adalah salah satu contoh kekejaman
yang dilakukan oleh Liew Kim Bok. Saya ingin melihat bagaimana dia
merancangnya. Kami menyiasat sekitar kawasan pondok itu , seluruh
kawasan petempatan haram dan di dalam hutan berdekatan.
Kami percaya
Liew Kim Bok datang dari hutan berdekatan dan menanti situasi yang
baik untuk menyerang. Kami jumpa satu tempat kecil di dalam hutan ,
sebuah khemah dengan atapnya rumput-rumput kering. Mereka berada di
situ lebih kurang dua hari . Mereka mahukan senapang . Mereka
melihat Ah Chong berjalan pada satu lorong menuju ke kawasan
setinggan . Dia membawa bakul yang dipenuhi dengan sayur-sayuran.
Kini bakul itu telah kosong. Kami temui bakul itu di luar pondok.
Liew Kim Bok
menanti sehingga keadaan gelap. Isteri Ah Choing memasang lampu
mintyak tanah. Kemudian menggoreng makanan di dapur . Apabila
terlihat Liew Kim Bok datang, segera dia mendapatkan suaminya.
Sebelum mereka
ditembak, Liew Kim Bok cuba menyoal Ah Chong sebagaimana mana kaedah
komunis terhadap mereka yang belot . Selepas itu mereka akan
dihukum.
Ah Chong telah
memberikan maklumat tentang khemah pengganas komunis kepada polis.
Liew Kim Bok tahu tentang itu kerana dia ada ramai kawan di Kajang.
Dia melihat Ah Chong menuju ke Balai Polis Kajang , kemudian seorang
askar kulit putih datang dengan sebuah kereta kecil. Kawan
Liew Kim Bok berada di Balai Polis itu semasa Ah Chong datang.
Selepas
mendapat maklumat daripada Ah Chong, askar British menuju ke kawasan
Broga dan menyerang khemah tersebut. Ketika itu Liew Kim Bok
sempat melarikan diri. Tiga anggotanya terbunuh. Oleh Liew Kim Bok
berpendapat Ah Chong memang patut dibunuh.
Ah Chong
ketakutan. Pelbagai soalan yang diajukan oleh Liew Kim Bok tidak
dijawabnya. Liew cuba mendapatkan maklumat apa yang telah
disampaikannya kepada pihak polis. Akhirnya Liew Kim Bok menembak
mati Ah Chong, isteri dan anak perempuan mereka.
Ah Chong tahu
dia tidak lagi berupaya menentang Lim Kim Bok. Dia tidak lagi boleh
mendapatkan keadilan untuk keluarganya. Tetapi sejak dua tahun lalu,
pengganas komunis datang ke rumahnya , mengambil wang simpanan yang
ada , mengambil makanan dari kebun . Akan ada kuasa yang akan
bertindak nanti. Itulah sebab dia memberitahu polis tentang
kewujudan khemah itu.
Kami
mengumpulkan lebih kurang lapan puluh orang setinggan di kawasan
itu. Jumlah itu amat mengejutkan kerana pondok – pondok itu kecil
dan buruk sahaja. Hanya kanak-kanak yang yang buat bising. Sementara
yang lain hanya mendiamkan diri. Jock MacFadden naik di atas satu
tempat tinggi dan berucap kepada semua penduduk Cina itu.
Dia bertanya
melalui seorang jurubahasa tentang maklumat lanjut pembunuhan itu.
Tiada seorang berani memberikan maklumat. Jock memberikan amaran
kepada sesiapa yang merahsiakan maklumat. Sekiranya ada yang ingin
mmberikan maklumat secara rahsia, mereka boleh berbuat demikian
dengan menulis surat dan letaKkan di pejabat pos Broga. Tetapi
cadangan tidak membawa sebarang erti kerana setinggan itu tidak tahu
menulis . Kebanyakan mereka pula hanya berbual secara lisan sesama
mereka. Kemudian Jock MacFadden memberitahu semua mereka akan
dipindahkan kepadan kawasan baru di Semenyih. Ini bermakna mereka
akan meninggalkan rumah mereka yang mereka telah duduki empat tahun
atau lebih.
Sehingga kini
tujuh orang telah dibunuh.
Kemudian
diberitakan berlaku serang hendap. MacFadden tidak terkejut jika itu
adalah perbuatan Liew Kim Bok. Seorang Melayu , orang awal telah
dipukul ketika dia hendak …. Kemudian separuh platon membuat
rondaan dan pemeriksaan di sana , berhampiran dengan Kanching.
Dipercayai Liew Kim Bok berada di kawasan Broga atau Ulu Langat. Di
kawasan itu , pasukannya lebih mudah mendapatkan makanan. Serang
hendap di Kanching dilakukan oleh orang luar iaitu Liew Kim bok.
Dari semasa ke
semasa tiada pula sebarang tanda adanya pengganas komunis. Pasukan
yang didatangkan dari England ini muda-muda belaka. Ada yang mula
menunjukkan masalah terutama masalah kulit. Seorang daripadanya
bernama Davies - terbaring di katil. Bekalan ubat tidak mencukupi.
Dia hanya mampu berehat .
Tambahan
platun sangat diperlukan. Satu pasukan dibawah jagaan saya dan di
mana stesen tugas saya ialah kilang papan di Semenyih.
Saya membuat
tinjauan dari udara kawasan hutan dan kapal terbang Auster menyerang
sebelum operasi bermula. Serangan dari udara bagaikan juraian air
hujan dari langit. Juruterbang bersama saya serta pengarah pasukan
menaiki kapal terbang itu. Juruterbang itu terbang rendah di atas
pokok-pokok berhampiran bukit . Sambil melihat peta di hadapan kami,
saya mengarahkan juruterbang balik semula ke pangkalan. Ketika saya
keluar dari kapal terbang Auster 1, saya merasakan kawasan itu
adalah kawasan sasaran yang paling tepat.
Khemah komunis
itu terletak berhampiran dengan Sungai Semenyih. Ia terletak di atas
cerun- cerun bukit. Orang Asli membina petempatan mereka tidak jauh
dari situ.
Kami melakukan
tinjauan awal melalui denai . Gajah selalu dilihat melintasi kawasan
ini. Kami c uba mengesak jejak pengganas. Setiap langkah amat
penting. Sekiranya kami kehilangan tanda, ia akan mengambil masa
semula untuk dijejaki dan perlu dimulakan daripada awal. Tetapi saya
yakin komunis jika melintas beberap minggu yang lalu, kami akan
berjaya menjejakinya. Kesan itu diberikan oleh pemberi maklumat kami
yang kami gelar `Silvo’.
Saya berada
rapat di belakangnya dan menuruni satu cenuram. Tiba-tiba seekor
harimau kumbang menerpa di hadapan. Kemudian kami terjumpa kesan
tapak kasut getah yang selalu dipakai oleh orang Cina. Kami perlu
lebih berhati.hati. Dia menunjukkan lain-lain kesan tapak kaki ,
ranting patah , daun diganggu dan lain-lain tanda.
Saya bertanya
kepada `Silvo’ berapa hari ?. Silvo menjawab dua hari yang lalu.
Ada dua orang . Saya berharap lorong itu akan menujui kepada
kumpulan pengganas . Ianya menuju ke kawasan Jelebu dan Broga.
…. Ms 97
Dari gambar
foto udara yang diperolehi, kawasan itu adalah kawasan Min Yuen
duduk. Min Yuen ialah golongan massa yang menyokong komunis.Meneliti
foto udara itu. Sementara saya dan Jim menyiapkan bilik. Foto itu
menunjukkan kawasan ladang getah dengan pokok-pokok yang
bertompok-tompok dari udara. Kamera tidak dapat menunjukan keadaan
dengan lebih jelas. Jelas kelihatan dalam foto itu lorong di tepian
hutan. Bangunan kongsi dibina bersebelahan dengan kebun kecil di
bahagian belakangnya. Pemandangan dihalang oleh batu-batu atau
lalang.
Seorang
perempuan Cina memberikan gambaran tentang tujuh ahli Min Yuen
tinggal di kawasan perkuburan antara Jalan Broga – Setul. Dua
daripada Min Yuen menempatkan isteri mereka dalam rumah kongsi ,
kira-kira dua ratus ela melalui ladang- getah. Kami tidak dapat
melihat semuanya dengan jelas pada foto udara itu. Perempuan
itu meminta kami jangan menyerang sehingga dua hari lagi kerana pada
hari itu dia akan membekalkan ubat-ubat dari Kampung Broga untuk
pengganas komunis sebagaimana dijanjikan.
Kami sangat
gembira dengan maklumat itu. Ini satu-satunya maklumat yang cukup
berharga. Sekiranya perancangan berjalan dengan baik, kami dapat
memutuskan bekalan kepada kumpulan Liew Kim Bok di Broga. Pengarah
operasi memberikan taklimat khas bagaimana kawasan perkuburan di
Broga akan diserang hendap. Beliau mengarahkan Jim dengan pasukannya
bersama dengan Jock MacFadden berserta beberap anggota polis akan
membuat sekatan jalan memerangkap pengganas yang cuba keluar.
Pengganas komunis dipercayai akan melarikan diri melalui
ladang-ladang getah.
Pengarah
memutuskan menggunakan tiga kereta perisai dan beberapa troop askar.
Masa untuk bertindak mestilah betul. Kami akan berpecah kepada empat
arah berlain, menuju arah yang sama.
….ms 103
Kami membawa
tiga granad yang masih boleh digunakan. Dia beritahu Drew supaya
membawa tawanan ke jalan raya. Kami meninggalkan mayat-mayat
pengganas komunis . Saya dan Robin berada di hadapan melintasi
ladang getah. Saya arahkan dua platun menutup jalan dan mengutip
mayat-mayat yang ada. Kami jumpa orang yang Robin mahu bunuh.
Tiga puluh
minit kermudian, kami memungut semua mayat pengganas komunis. Saya
tutup empat mayat dan dua tawanan. Menurut infomer kami, ada seorang
lagi yang terlepas. Tetapi pengarah menjelaskan jangan risau orang
ketujuh kerana Jim telah berjaya menangkapnya.
Semua
pengganas komunis dibawa dengan lori awam. Seorang daripadanya
ditembak di kepala. Sarjan Robin menolak maya-mayat itu ke dalam.
Semua pengganas komunis itu dibawa ke Balai Polis Kajang.
Pasukan yang
diketuai oleh Jim melihat seorang Cina dengan motorsikal dari arah
Broga. Jim menelefon Balai Polis Broga….
Bab 10 :
Bandit Surender
Satu hari
kemudian , seorang lelaki bersama Jonny berjalan ke Port Dickson.
Pegawai
pemerintah menghadiri persidangan di Singapura. Sepatutnya Arthur
tidak boleh melepaskan lelaki itu pergi. Ada tiga orang pengganas
komunis yang menyerah diri bersama Jock MacFadden , pegawai polis
daerah Kajang. Sekatan yang dibuat telah menyusahkan para petani.
Dia mengambil pergi ke kilang papan di Semenyih dan membawanya ke
sini. Petani itu kelihatan seperti seorang lelaki yang baik dan
menceritakan situasi yang berlaku. Dia menceritakan bahawa kumpulan
yang terdiri daripada lapan orang pengganas di belakang Liew Kim Bok
dalam beberapa serang hendap dua bulan yang lalu.
Mereka tinggal
berhampiran dengan Broga , berdekatan dengan Ladang Rengging (
mungkin Lenggeng atau Rinching - penterjemah ). Kemudian
mereka kecewa tinggal lama di dalam hutan. Lalu bergerak di ladang
getah berhampiran dengan kilang papan Semenyih dan tinggal di situ
beberapa minggu. Dia akan membawa kami ke perkhemahan tersebut .
Seorang daripada kami membuat lakaran kasar kawasan yang
diceritakan. Jurubahasa memberi beberapa helai kertas kepada lelaki
tersebut dan melukis pelan kasar. Saya terkejut kerana dia kelihatan
bodoh, tetapi dapat melukis dengan begitu baik. Kemudian saya
diberitahu bahawa dia boleh menulis dan bercakap tiga dialek Cina .
Kami
memutuskan untuk menyerang khemah pengganas komunis itu. Kem itu
hanya hanya tiga ratus ela dari jalan. Seorang daripada yang
menyerah diri itu setuju untuk menunjukkan jalan ke tempat yang
dikatakan.
Tiga pasukan
dibentuk dan setiap pasukan disertai seorang Cina yang telah
menyerah diri. Orang Cina ini bertindak sebagai penunjuk arah.
Saya masuk
dalam trak di hadapan sekali. Bersama saya ialah Lee Cheng ,
pengganas yang telah menyerah diri. Apabila kami membelok dan menuju
ke kilang papan Semenyih, saya bertanya kepada Lee Cheng, adakah
pengganas akan lari jika terdengar bunyi trak di jalan raya. Dia
jawab melalui jurubahasa supaya jangan risau, bergerak pantas,
bergerak pantas. Kemudian Lee Cheng memberi isyarat tangan dan
kenderaan membelok lagi.
Mike meninjau
kedudukan pengganas. Dia bersama seorang lelaki . Ada sebuah kongsi
yang besar berhampiran dengan ladang getah. Anjing mula menyalak.
Biasanya kekacauan binatang begitu, tanda nya ada pengganas di
kawasan berhampiran. Kami tidak bergerak dan tidak membuat sebarang
bunyi.
Philip
mengambil jalan sebelah kanan. Pengganas komunis yang menyerah diri
ada di sebelahnya. Seterusnya kami memanjat bukit . Tiada seorangpun
pengganas yang kelihatan.
Kemudian Lee
Cheng menjelaskan bahawa pengganas komunis nampak kami datang.
Sebentar kemudian bunyi tembakan bermula. Tembakan daripada bren gun
dari bahagian bawah dan percikan api dari muncung rifle . Tembakan
berhenti. Coles dan beberapa orang serta Jonny berada di sebelah
kiri.
Saya melihat
seorang pengganas terbaring di dalam air. Dia membelakangi saya.
Senjatanya ditujukan ke arah hadapan. Saya memuntahkan peluru di
kepalanya dan Churchman mengikuti dengan bren gun . Darah mengalir
dalam air. Beberapa minit kemudian tembakan berhenti. Kami mencari
kalau-kalau ada pengganas yang masih hidup. Kami bimbang kalau-kalau
ada yang cuba menembak kami sebelum mereka mati. Kami benar-benar
bimbang. Tiba-tiba dia menembak dengan bren tepat ke satu arah .
Philip menemui
tiga mayat pengganas , dua Cina dan seorang Orang Asli. Ada senjata
api di sebelah mereka. Saya mengambil baki peluru yang ada dari
rifle dan masih terdapat lima butir peluru. Kemudian Philip menjerit
memberitahu menjumpai satu lagi pengganas yang masih hidup.
Pengganas itu mengangkat tangan menyerah diri. Pengganas itu duduk
di atas semak Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko. Dia masih
bersenjata. Lima orang askar mengepungnya.
Saya arahkan
tembak jika dia buat hal. Saya mula bergerak menghampirinya.
Tiba-tiba tangannya diturunkan ke bawah. Maka lima laras rifle
menembaknya tanpa bertangguh. Kami temui selaras rifle dan dua
granad bersamanya.
Semua mayat
akan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk dikenalpasti. Seorang lelaki
Inggeris setuju membawa pengganas itu ke Kajang. Katanya pengganas
itu telah membunuh abang dan isterinya enam bulan yang lalu.
Kemudian Lee
Cheng memberitahu bahawa dia tahu sebuah kongsi di luar kawasan
Semenyih, di ketuai seorang pengganas. Kumpulan ini melakukan
petempuran tiga minggu yang lalu. Kami memutuskan untuk merisik
pondok yang dikatakan itu. Rancangan sukar dilakukan kerana Lee
Cheng tidak begitu pasti dengan kedudukan tersebut . Kami menaiki
trak dan terus menghala ke hujung kampung dan memasuki ladang getah.
Lee Cheng berada di hadapan kami menuju ke kongsi . Setiap angota
menghampiri tempat tersebut dan mengambil posisi bersedia menembak.
Setiap rifle menuju ke arah kongsi. Saya bersama empat yang lain
masuk ke dalam pondok itu. Di dalamnya ada seorang lelaki Cina
lingkungan umur 80 tahun, tiga wanita tua dan dua orang muda. Kami
tidak temui sebarang makanan dalam pondok itu. Tidak ada dalam dunia
ini, muka judi sebagaimana bangsa Cina.
Kemudian kami
menjumpai satu lubang rahsia di dalam pondok itu. Di dalamnya penuh
dengan beras dan makanan Cina. Saya mengarahkan Lee Cheng membawa
semua makanan itu keluar. Lee Cheng mengambil masa 10 minit untuk
memindahkan semua makanan itu. Ini merupakan satu kesalahan berat
kerana menyimpan makanan lebih daripada yang sepatutnya.
Saya bertanya
kepada Lee Cheng ada berapa orang pengganas semasa dia menyerah
diri. Dia ulangi ada tujuh orang. Kami telah membunuih empat orang
dan ke mana tiga yang lain. Lee Cheng kemudian mengenalpasti salah
seorang komunis yang terbunuh ialah Yong Pin, iaitu orang kanan Liew
Kim Bok.
Johnny
memberitahu tentang perjalanan yang dilaluinya. Mereka merakam
beberapa keping gambar yang dahsyat. Serangga telah memenuhi mayat
yang ditemui.
…. Ms 153
Ladang
Saringgit terletak beberapa batu dari Broga. Tempat ini merupakan
tempat yang baik untuk operasi, di atas bukit yang berhutan di
belakangnya sebuah kampung. Seorang penolong pengurus bekerja di
sana buat beberapa ketika. Rakan saya James pernah tinggal di sana
di sebuah banglo. Tukang masaknya pandai masak makan Madras. Kami
sampai ke Ladang Saringgit pada waktu tengah hari.
Satu serang
hendap berlaku di kawasan Lenggeng. Pengganas komunis telah membakar
bas awam . Radcliffe pergi ke tempat kejadian dan melaporkan apa
yang berlaku dan apa yang patut dilakukan. Kami segera ke tempat
kejadian dengan kereta perisai, mengikut pasukan Radcliffe yang
mendahului kami. Kami melalui jalan Broga dan melalui Kampung
Lenggeng.
Beberapa hari
lalu dua kenderaan hancur berdekatan dengan sempadan Jelebu dan dua
askar Gurkha terbunuh.
Dekat dengan
satu selekoh, Mike memberi isyarat berhenti. Tujuh lelaki dan lapan
perempuan Melayu dan Cina berada di tepi jalan. Seorang leftenan
polis berbangsa Sikh pergi menyiasat dan bertanya di mana bas yang
telah dibakar oleh komunis. Polis berbangsa Melayu memindahkan
beberapa orang mangsa. Kami dapat tahu komunis menyuruh semua
penumpang bas keluar kecuali dua lelaki dan seorang perempuan Cina.
Dari maklumat yang dicari, semua itu adalah angkara Liew Kim Bok.
Kemudian Mike
mendapat beberapa maklumat di Ladang Saringgit. Kami dapat malumat
tentang Liew Kim Bok.
malekhanif@yahoo.com |