PENDUDUK SEMENYIH
Pada zaman darurat iaitu pada tahun 1948, tidak
ada jualan beras di pasaran. Penduduk hanya boleh beli nasi daripada
kerajaan. Nasi itu di masak di Sekolah Kebangsaan Semenyih sekarang
ini. Dekat dengan tapak Pusat Kegiatan Guru sekarang. Di situlah
tempat masak untuk penduduk seluruh Semenyih. Satu hari 2 kali ,
sekali sebelah pagi dan sekali sebelah petang. Pagi lebih kurang
pukul lima dan petang begitu juga iaitu sebelum mereka menoreh
getah.
Makanan dalam tin tak boleh dijual tanpa dibuat
satu lubang. Cucuk satu lubang baru boleh dijual supaya mengelak
penduduk kampung bawa kepada komunis.
Malam tak boleh keluar. Jika ada hendak ke
hospital kena beri signal, askar datang tanya apa hal dan askar atau
polis akan bawa ke hospital. Mereka tak boleh keluar lansung pada
waktu malam. Di sini hingga ke sempadan Ang Giap. Jalan Kachau dekat
dengan JKR itu adalah sempadan Kampung Baru. Bila keluar pergi
menoreh getah mesti masuk dalam dua khemah untuk diperiksa. Khemah
itu didirikan oleh askar. Sama ada bawa makanan untuk komunis.
Pada satu masa, semua penduduk yang masuk khemah
kena buka baju. Hendak periksa sama ada bawa makanan untuk komunis
atau tidak. Sebab wanita senang seludup makanan untuk
komunis. Perempuan boleh simpan dalam baju dalam atau buat macam
mengandung. Itulah sebab askar ambil tindakan buka baju. Tapi itu
jadi hal besar. Guru saya ada beritahu hal ini sudah dibawa ke
Parlimen England kerana sudah melanggar 'human right' . Hak asasi
manusia sudah diganggu.
Sungguhpun semua perempuan diperiksa oleh
askar perempuan juga. Lelaki satu khemah, dan perempuan satu khemah.
Masa itu saya masih kecil , ikut emak saya menoreh getah. Turun dari
lori masuk kem, selepas semak barulah boleh menoreh. Gate itu ada
dekat dengan rumah pekerja JKR Sungai Lalang . Quarters JKR adalah
diluar kawasan Kampung Baru.
Masih ada berapa rumah orang Cina di Jalan
Kachau, itulah sempadan . Selepas itu ialah kampung Melayu.
Yang mengawal ialah polis dan askar British. Satu
jenis askar iaitu askar Gurkha. Masa itu saya kecil lagi. Umur saya
masih kecil lagi, enam atau tujuh. Bila masuk kebun getah, ada satu
orang satu tugas untuk jaga keselamatan komunis, Bila kita nampak
askar, kita mesti beri maklumat kepada komunis. Ambil parang
semata-mata untuk potong kayu. Bunyi potong kayu iaitu bermaksud ada
askar datang. Penoreh pun takut juga kalau-kalau ada tembak-
menembak, keselamatan terancam. Jadi lebih baik beritahu. Itu yang
saya ingat dalam kebun getah.
Kebun getah itu biasanya dipunyai oleh
estet-estet getah. Biasanya , masa dulu penoreh naik lori. Tiada
yang naik motosikal. Tidak ada yang menaiki basikal atau motosikal.
Masa itu memang tidak ada motosikal. Lori yang hantar , sampai ke
Batu 28. Iaitu 7 atau 8 batu dari Semenyih. Di Kampung Pasir pun
masih ada satu estet yang dipunyai oleh orang putih.
Estet di Batu 27 dan Batu 28, semua estet orang
Cina.
Sempadan Kampung Pasir sudah di luar kawasan
Kampung Baru. Jadi mereka mesti balik sebelum lewat petang. Apabila
malam , mesti sudah balik ke kawasan Kampung Baru. Kalau ada saudara
mara yang datang, mesti beritahu pihak polis. Beritahu berapa
kepala, berapa orang yang mesti ada. Jadi jika ada tambah satu atau
dua orang, mesti beritahu pihak polis.
Selepas itu syarat itu dilonggarkan. Tidak ada
lagi masak nasi secara pusat tapi beli beras catuan. Mungkin saya
ada simpan sat u atau dua kad lagi itu. Setiap keluarga yang ada ibu
bapa dan kanak-kanak , akan diberi kad yang layak berapa kati dalam
satu bulan. Kedai-kedai runcit hanya boleh bekal beras berdasarkan
permit itu. Tak boleh lebih daripada yang diluluskan.
Makanan sayur, daging semua ada. Semua kena beli
juga. Yang dibekalkan oleh kerajaan mesti dibeli juga. Dulu tidak
ada susu tepung. Semua minum susu cap junjung. Wan tin. Jadi mereka
tak boleh jual lebih daripada satu tin. Satu tin itu pula mesti
ditebuk.
Rumah masa itu kerajaan bagi tanah kepada
penduduk. Secara percuma pada mulanya. Kerajaan beri lot-lot tapak
perumahan. Sesiapa yang memerlukan lot tanah bolehlah memohon. Tidak
ada syarat. Buat sebuah rumah, hanya perlukan beberapa ratus sahaja.
Rumah daripada papan. Atap daripada nipah. Masa itu banyak juga
rumah yang tidak ada simen. Lantai tanah sahaja. Tidak ada simen.
Sekarang rumah kampung baru sekarang sudah tidak ada lagi contoh.
Semua sudah dibinaa semula buat kali kedua atau kali ketiga. Rumah
asal itu tidak tahan lama. Dahulu, yang boleh guna papan sudah
dikira kaya. Hanya guna kayu yang dibelah sahaja dan dijadikan
dinding.
Rumah-rumah in di panggil rumah kongsi atau rumah
panjang yang didediakan oleh majikan. Satu deret hanya ada bilik
tidur sahaja. Tidak ada dewan atau ruang tamu. Di luar hanya ada
koridor sahaja. Kaki lima dibuat besar sedikit, tempat makan, dapur
itu terletak di luar.
Ada kawalan. Pekerja tidak boleh di luar dari
kawasan Kampung baru.
Penduduk terutama Cina tak boleh duduk di luar
kawasan. Kawasan itu dipagar. Itulah dipanggil kampung baru. Contoh
kampung lama ialah Kampung Pasir sekarang. D situ masih ada
tapak-tapak rumah. Sungai Pening. Orang Cina dahulu tidak duduk
berpusat, mereka merata tempat. Mereka dialihkan dan itulah wujudnya
kampung baru atau 'new village.'
Masa itu tidak ada protes. Ada yang enggan hendak
pindah juga. Tapi selepas dipindah, tapak asal dibakar. Askar
arahkan pindah. Rumah asal di Kampung Pasir sudah dibakar supaya
tidak balik ke tempat asal. Kampung asal sudah lama.
Mereka bekerja menoreh getah, kerja lombong,
tanam sayur dan berniaga juga. Merata tempat.
Nama yang masih saya ingat tidak ada. Di Kajang
ada seperti Eng Koo Thai dan Lau Ti kok . Di Semenyih ada
ketua-ketua yang dipangil datuk. Di Jalan Bangi juga ada,
masing-masing ada pemimpin. Pemimpin ini asalnya bertugas menjaga
pendatang dari negeri China. Bila sampai ke Malaya, mereka akan
cari' Chulai-Chulai' iaitu kawan yang nama keluarga sama, atau dari
kawasan asal yang sama di negeri China. Mereka akan tolong jagalah.
Keluarga Hew adalah keluarga yang paling besar di
Semenyih sebab ada tauke dari keturunan Hew. Contohnya Hew Thai.
Banyak Hew. Warisnya[pun ada yang kaya juga. Contohnya Taman Hew
Thai dan Taman Hew Piow. Mereka ini di lomboing atau dipanggil
kepala atau ketua pekerja.
Lombong banyak di Kampung Pasir. Lombong dekat
Sungai Batangsi itu ada lombong Cina. Satu lagi dekat Jalan
Broga, banyak lombong. Sekarang dinamakan Taman Tasik Semenyih.
Pekerjaan utama di Semenyih pada masa itu ialah melombong dan
menoreh getah.
Lombong dedah yang gunakan pancutan air. Naikkan air . Tidak ada
kapal korek di Semenyih. Kapal korek hanya ada di Sungai Besi. Di
Semenyih, gunakan pancutan air, masuk dalam tangga dan turun dari
sana. Timah lebih berat dan mendap di sana bila air mengalir. Pasir
dan tanah akan di bawa turun.
Sekolah di Sementyih ada 2 buah . Saya lahir pada tahun
1950. Sebuah bernama Sin Min dan sebuah lagi Sekolah Kampung Baru.
Sekolah Kampung Baru khas untuk penduduk kampung Baru.Sekolah
Sin Min khas untuk penduduk Semenyih. Tenaga pengajar datang dari
luar.
Bangi Gate terletak dekat pejabat haiwan sekarang ini. Dulu masih
ada kesan gate dekat dengan Pejabat Haiwan. Sekarang ada
rumah-rumajh baru , itulah sempadan.
Dulu sebenarnya ada sawah padi. Sawah padi di luar kampung baru ,
di sebelah sana kampung baru. Sawah padi jadi sempadan. Di tepi
Jalan Bangi, terus sampai ke Sekolah Menengah Engku Husain adalah
sawah padi.
Sebelah kiri Sungai Semenyih …..
Balai polis masih di tapak yang sama.
Sekolah saya sekolah kampung baru. Rumah papan, atap zink dan
lantainya simen. Muridnya lebih kurang 6 bilik darjah. Nama asalnya
banyak kali bertukar. Mulanya Sekolah Cina kemudian Sekolah Jenis
Kebangsaan .
PUsat Kegiatan Guru tempat masak untuk penduduk yang dipindahkan
. Tukang masak terdiri dari orang Cina dan India. Salah seorang yang
paling tahu ialah jaga sekolah rendah yang dipanggil Sapolu. Sapolu
maknanya makan. Masa Jepun dia jadi tukang masak. Umurnya lebih
kurang 80 tahun. Masih hidup dan boleh naik basikal. Selalu ada di
Sekolah Rendah Kampung Baru. Dia banyak tahu. Saya juga hairan tidak
ada orang India bernama Sapolu. Dia jadi tukang masak sejak masa
Jepun.
Pada masa itu penduduk Semenyih tidaklah ramai . Lebih kurang 100
buah rumah. Tidak ramai. Masa saya masuk sekolah, satu kelas baru
20- 30 orang. Satu tahun hanya 2 bilik darjah.Bangunan asal Sekolah
Sin Min di seberang Jalan Semenyih.
Kedai runcit yang saya tahu ialah kedai…. Sudah terbakar. Kedai
Ah Chun itu lama. Tahun binaan masih boleh dilihat.
Penduduk kampung yang disyakki informer ( pemberi maklumat ) yang
dibunuh oleh komunis. Masa dulu, masalah sosial yang wujud ialah
musuh sengaja tuduh seseorang, supaya komunis ambil tindakan
terhadapnya. Kedua pihak bergaduh . Senang ambil nyawa orang lain.
Masalah orang Cina ialah ada yang jadi komunis , lari masuk hutan .
kita panggil masuk hutan.
Masalah komunis ini berpunca dari masalah Jepun. Sebelum
itu ada Japanese Accupation. Orang Melayu dan orang British bersama
melawan orang Jepun. Bila Jepun serah diri, sebahagian orang Cina
jadi penyokong komunis. Mungkin mereka ada kesatuan. Itu masalah
sejarah kerana hendak hendak lawan orang Jepun, yang berasal dari
sana, lanjutan dari sana.
Kita tak tahu pun siapa jadi komunis. Tak ada beza, Tidak
ada pakaian khas. Hanya yang saya tahu, dari semasa ke semasa , ada
orang tertentu di hantar balik ke China oleh kerajaan British.
Biasanya dihantar balik ke pulau Hainan atau kawasan Kwantung kerana
menyokong aktiviti komunis.
Komunis ini saya agak tidak ada kem lansung. Itu sebab kerajaan
susah cari tempatnya. Kerajan pening kepala dan timbulah perang
gerila. Kita tak tahu siapa dia komunis. Kesan yang kita nampak
ialah kesusahan hidup, darurat.
Masa saya masuk sekolah sudah merdeka.
Perdana Menteri Li peng dikatakan dari Broga. Pemimpin negara
China berasal dari Broga. Mungkin bukan dari situ. Tapi masa itu
orang China tidak duduk secara lama-lama di Malaya, cari kehidupan .
Macam pendatang Indonesia, boleh cari duit, buat rumah dan boleh
kahwin.. Beli tanah tujuan mereka. Masa itu kehidupan di negeri
China susah juga.
Biasanya orang China datang dari kawasan KwanTung, Kwang Si dan
Hokkien iaitu di bahagian bawah negara China. Saya berasal dari
KwanTung, Bahasa Hakka. Hakka bukan berasal dari Kwantung. Hakka
berasal dari tengah-tengah China. Mereka mencari kehidupan
atau jadi pegawai, turun ke selatan China. Hakkan maksudnya pelawat.
Bapa dan emak saya datang dari negeri China. Emak saya masih ada.
Datuk saya pun berasal dari negeri China. Bawa bapa. Emak saya pun
dibawa ke sini juga. Tapi ibu bapa kepada emak saya, bekerja di
lombong , tapi kemudian balik ke negeri China pulak. Bekerja di sini
beberapa puluh tahun pulak. Kalau ikut emak saya, bapa emak saya
datang dulu.Apabila sudah ada tempat tinggal, sudah steady,
emak saya sekeluarga pula datang. Sudah cukup duit balik semula ke
negeri China. Tinggal emak dan bapa saja.
Mereka naik bot dua tiga minggu , naik tongkang dan ikut cuaca.
Kapal layar ikut cuaca. Cuaca baik sampai satu dua minggu. jIka
cuaca tak baik, ada yang tak sampai juga. Sama seperti pelarian
Vietnam, ada yang terkorban juga.
Ada satu humor , orang Cina jika sudah suka makan durian boleh
dikira orang tempatan. Boleh makan durian boleh dikira orang
tempatan. Sebab pendatang dari China tak tahan bau durian. Jadi
apabila sudah suka, sudah dikira orang Malaysia. Maksud durian
dalam bahasa China, maksudnya ialah sudah sayang termpat ini tak
mahu balik lagi. 'Lolien' , Sudah suka sini tak mahu balik lagi.
Asal dari bahasa Melayu. Orang China guna perkataan yang agak mirip
yang agak tepat juga maksudnya.
Masa tembak-menembak itu saya duduk di rumah panjang Jalan Bangi.
Selalunya terdengar tembak menembak pada waktu malam. Kita memang
takut. Kita padam semua api. Tidak ada api lansung. Lilin pun tidak
ada juga. Bekalan elektrik memang tidak ada. Guna lampu minyak
tanah. Selalu orang Cina takut tempat-tempat yang ada mayat. Banyak
askar. Ada juga askar sendiri tembak menembak sebab dianggap satu
pihak lagi itu komunis. Ada silap faham di situ. Jadi memang sangat
takut. Tidak ada keluar pada waktu malam. Tujuh malam sampai tujuh
pagi. Dulu sudah gelap sebab masa sudah diawalkan.
Kita tak tahu mana datang komunis. Di mana mereka dapat senjata.
Hanya selalu nampak trak askar. Tidak nampak orang mati. Bila
sampai siang, semua sudah selesai. Zaman saya hanya hujung tempoh
darurat itulah.
Komunis tidak rosakkkan pokok-pokok getah sebab komunis perlukan
sokongan daripada penoreh getah juga. Bekalan makanan dan ubat. Ubat
masa itu hanya aspro – paling popular. Dipanggil …. Hanya
aspirin dahulu dipanggil aspro. Ubat luka orang Cina panggil 693,
ubat berwarna putih untuk ditabur pada luka. Hingga tahun 1960-an.
Cara seludup keluar makanan. Difahamkan perempuan bawa seludup
keluar. Perempuan pura-pura mengandung atau simpan dalam baju dalam.
Ada simpan dalam kasut. Atau diikat pada kaki. Sikit-sikit.
Kehidupan masa itu memang susah.
Ada juga komunis Melayu seperi Rasyid Maidin. Chin Peng tidak
beroperasi di Semenyih. Nama Sungai Lalang itu , Kachau di beri nama
sebab Kachau. Selalu berlaku kekacauan di situ. Dahulu Kampung Pasir
itu kampung Cina. Pokok-pokok besar masih ada simen, bekas
kedai-kedai. Rumah kedai. Merata-rata tempat. Dulu tak dipanggil
Kachau. Diberi nama Kachau selepas kekecauan. Sungai Lalang dan
Kampung Pasir dipanggil nama Kachau.
Saya menoreh di Bsatu 28. Dekat dengan Nirvana sekarang. Turun
dari lori dan masih perlu jalan kaki satu jam ke dalam kebun getah.
Baru sampai ke tapak menoreh getah. Getah itu dipunyai oleh estet.
Guna pisau toreh. Masa itu susah menoreh kerana takut harimau,
binatang liar, takut askar dan takut komunis. Memang susah. Kalau
jaga komunis askar marah. Tak jaga komunis nanti komunis balas
dendam. Takut ular, harimau dan macam-macam ada.
Susu getah di bawa ke tepi jalan. Dibawa ke dalam lori, tauke
timbang. Tauke bernama Khoo. Nama keluarga ialah Khoo. Harga getah
pada satu masa sangat baik iaitu semasa Perang Korea. Sebab itu
ramai orang jadi penoreh getah. Masa itu sepuluh sen sangat besar
nilainya. Bukan macam sekarang. Biasanya estet hanya kutip susu
sahaja. Tauke ambil balik susu . Bukan kira harian. Sekerap harganya
murah. Majikan ambil balik semua. Dulu nilai duit besar.
Sekati beras mungkin 20 sen. Secawan 5 sen atau 10 sen. Kalau
tidak ada gangguan lain., hidup penoreh getah boleh tahan. Orang
yang rajin , boleh simpan duit beli kebun getah seperti keluarga
Khoo – kerani kita itu. Dia ada banyak kebun getah. Ada 20 – 50
ekar kebun getah iaitu bapa dia. Cari duit tidak ada masalah. Tapi
ada duit kehidupan susah juga sebab keperluan asas memang tidak ada.
Jalan raya baik. Ada tar sungguhpun tidak cantik macam
sekarang.Semua jalan utama ada bertar. Sebab sebab jalan
yang melalui Semenyih memang jalan besar yang hubungkan Kuala Lumpur
ke Seremban. Jalan ke Kampung Pasir juga ada tar untuk angkut bijih
timah dan getah.
Di Kajang ada lebih banyak cerita. Yang paling popular ialah
Sungai Kantan. Kita panggil tempat itu kebun kelapa. Ramai orang
Cina duduk di sana, Akhirnya dikejar masuk ke kawasan Kajang.
Kampung baru di Kajang ialah Sungai Chua. Jadi nama asalnya ialah
Kampung Baru Sungai Chua.
Dulu Semenyih memang tiada perkhidmatan perubatan. Sesiapa sakit
mesti pergi ke Kajang. Naik bas Foh Hup. Jalan Semenyih- Kajang
banyak perubahan. Dulu jalan tak lurus, hanya ikut kontor sahaja.,
Dari semasa ke semasa jalan diluruskan dan potong bukit.
Kem pemeriksaan penoreh getah hanya di Semenyih
sahaja. Tempat lain saya tidak dengar.
Di Broga ada sebuah tokong. Tokong ini dipercayai tempat simpan
rahsia , satu kepercayaan kunun tempat bersemayam dewa. Dewa
ini boleh tunaikan apa yang mereka minta. Mereka jumpa tulang dan
minta sesuatu. Permintaan ditunaikan dan tulang disimpan di sana.
Sekarang sudah jadi pusat pelancongan ., Ada banyak perhiasan.
Komunis yang ditanam akan ditanam leh kerajaan di belakang
hospital. Kubur di Sungai Kantan adalah kubur yang ada waris. Tidak
cantik seperti sekarang. Tanam dan letak tanda batu. Tanda dengan
kayu tak tahan. Ukir nama . Ukir nama waris yang dirikan batu itu .
Kubur komunis tidak ada tanda, sebab tidak ada yang tuntut. Siapa
yang ditembak oleh komunis, siapa yang berani hendak tuntut.
malekhanif@yahoo,com