KEGANASAN  OLEH KOMUNIS SEKITAR SEMENYIH

Antara 1948 – akhir 1951 , tidak kurang 3400 orang awam telah terbunuh akibat darurat di Malaysia

TARIKH

PERISTIWA

28 Jun 1948

Undang-Undang Darurat diperkenalkan.

16 Julai 1948

Law Yew , seworang ahli Parti Komunis Malaya dan menjadi Jawatankuasa Majlis Tentera Pusat PKM bersama dengan 10 yang lain, dibunuh oleh polis dalam satu pertemburan berdekatan dengan Sungai Jeluk , Kajang.

20 Julai 1948

Seorang guru besar sebuah sekolah Cina di Selangor telah ditembak mati oleh dua orang pengganas komunis.

21 Julai 1948

Pengganas komunis telah menyerang hendap konvoi polis yang mengiringi sekeluarga orang Eropah dari rumah mereka di sebuah Ladang , berdekatan dengan Kajang  ( Broga ) . Seorang kanak-kanak berumnur 10 tahun , bapa dan ibunya , salah seorang daripada mereka orang Eropah telah terbunuh. Dua orang Melayu sebagai pengiring telah luka parah.

23 Julai 1948

Tentera dan polis memulakan operasi besar-besaran di Semenyih . Kapa terbang tentera Spitfires menyerang dengan roket sarang-sarang komunis terutama di Taikong , Semenyih. Tempat-tempat ini dipercayai menjadi ibu pejabat gerakan pengganas komunis.

26 Julai 1948

Sembilan penganas yang sangat dikehendaki telah dapat ditahan di Semenyih . Sementara itu 50 orang telah ditahan untuk pemeriksaan keselamatan berhubung dengan membantu atau menyokong komunis.

26 Julai 1948

Setengah juta risalah tawaran menyerah diri telah dijatuhkan melalui helikopter di seluruh Tanah Melayu. Risalah ini mengunakan bahasa Melayu, Cina dan bahasa Tamil. Risalah ini digugurkan dari helikopter Royal Army Forces.

08 Ogos 1948

Orang-orang Cina Selangor dalam mesyuarat Badan Perniagaan dan Perdagangan Cina, Kuala Lumpur telah menyatakan sokongan untuk membentuk Pasukan Polis Sukarela Cina.

13 Sep 1948

Sir Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu.

02 November 1948

Pasukan keselamatan menjalankan pemeriksaan di kawasan perkampung Kachau, Semenyih.

25 November 1948

Undang-undang diluluskan di Kuala Lumpur bagi memberi kuasa penuh kepada Ketua Setiausaha Persekutuan untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki.

Julai 1949

-Jan 1953

Pasukan Tentera 1st Suffolks dari England telah melakukan operasi di Kajang, Semenyih ( Selangor ) , Kongkoi dan Titi ( Negeri Sembilan ). Sepanjang tempoh pasukan ini beroperasi, mereka telah membunuh 117 komunis, 15 pengganas telah ditahan dan 5 komunis telah menyerah diri.

Feb 1953

Askar Melayu Diraja Regimen Ke-6 telah mengambilalih tugas Pasukan Tentera 1st Suffolks di kawasan Kajang , Semenyih dan kawasan sekitar.. Sepanjang pasukan ini bertugas , seramai 64 pengganas komunis telah dibunuh dan 10 telah dapat ditawan

malekhanif@yahoo.com