BIBLIOGRAFI  TENTANG PERJUANGAN KOMUNIS DI MALAYSIA


Bibliografi ini bertujuan untuk menyenaraikan bahan-bahan cetak seperti buku-buku, monograf-monograf, mimeograf, latihan ilmiah, novel-novel, salinan makalah-makalah termasuk keratan surat khabar, risalah-risalah dan dokumen-dokumen kerajaan serta bahan-bahan bukan cetak seperti rakaman video, mikrofis dan mikrofilem tentang sejarah zaman Darurat di Tanah Melayu antara tahun-tahun 1948- 1960 yang terdapat dalam koleksi di Perpustakaan Utama, Universiti Malaya (PU) termasuk yang tersimpan dalam Perpustakaan Peringatan Za’ba (PPZ) dan Bahagian Tanda Merah (RS). Pada keseluruhannya, sebanyak 96 bahan telah dapat dikesan. Namun demikian, usaha penyediaan bibliografi ini bukanlah satu penyenaraian yang menyeluruh tentang sumber-sumber maklumat mengenai zaman Darurat di Tanah Melayu kerana hanya bahan-bahan dalam Bahasa Melayu (rumi dan jawi) dan Bahasa Inggeris yang diambilkira untuk kajian ini. Bahan-bahan lain dalam Bahasa Cina dan bahasa-bahasa asing yang lain tidak diambilkira. Pada keseluruhannya, daripada 96 bahan yang dapat dikesan, kebanyakannya kurang menonjolkan sumber-sumber yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji tempatan. Ini memandangkan kebanyakan tulisan mengenai zaman darurat adalah hasil penyelidikan dan kajian orang barat yang lebih pelbagai berbanding dengan penulis-penulis tempatan. Oleh yang demikian adalah tidak menghairankan, kebanyakan bahan yang disenarikan adalah dituliskan dalam Bahasa Inggeris. Namun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini telah wujud tulisan-tulisan dalam Bahasa Melayu yang diusahakan oleh pengkaji-pengkaji sejarah tempatan.

Dengan adanya bibliografi beranotasi ini diharapkan akan memudahkan peminat-peminat sejarah zaman Darurat untuk memperolehi sedikit sebanyak maklumat tentang sejarah zaman Darurat dan tulisan-tulisan mengenainya yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya. Seterusnya, mereka juga boleh mendalami sejarah zaman Darurat di Tanah Melayu antara tahun-tahun 1948 - 1960 yang merangkumi semua aspek penting antaranya sebab-sebab PKM melancarkan pemberontakan bersenjata, langkah-langkah yang diambil kerajaan Tanah Melayu untuk mengatasi pemberontakan bersenjata PKM, faktor-faktor kegagalan PKM dalam pemberontakan bersenjata dan akhir sekali faktor-faktor kejayaan kerajaan dalam menangani pemberontakan bersenjata itu. Untuk itu, penulis telah cuba memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai tulisan-tulisan tersebut dengan menyertakan anotasi di bahagian akhir entri-entri terpilih.

Dari segi penyusunan, bibliografi ini akan disenaraikan menggunakan abjad iaitu mengikut nama pengarang. Untuk bahan-bahan yang tiada pengarang, judulnya akan digunakan bagi memudahkan penyusunan bibliografi. Dari segi medan maklumat (information fields), ianya akan disusun berlandaskan nama pengarang, judul bahan (diitalikkan), tempat penerbitan, penerbit dan tahun penerbitan. Seterusnya, disediakan anotasi untuk entri-entri terpilih. Stail bibliografi yang digunakan ialah Turabian. Penempatan entri dan nombor panggilan semua bahan yang disenaraikan akan diberi dalam kurungan menunjukkan bahan tersebut boleh didapati sama ada di Perpustakaan Utama (PU), Perpustakaan Peringatan Za’ba (PPZ) dan Bahagian Tanda Merah (RS), Universiti Malaya.

3. Bibliografi Beranotasi Sejarah Zaman Darurat di Tanah Melayu 1948-60

01. Ahmad Subki Abdul Rahman. Kejayaan Pasukan Keselamatan Semasa Darurat 1948 - 1960. Latihan ilmiah (Dip. Peng. Strat & Pertahanan), Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Ahm / PPZ]

02. Andrew, Herbert. Who Won the Malayan Emergency? Singapore : Graham Brash, 1995. [DS596.5 And / PPZ / PU] 

Sebuah buku yang dikarang oleh seorang bekas pegawai polis yang berpangkatkan Leftenan mengenai cara-cara mengatasi masalah dan rintangan yang berbahaya dalam menentang komunis di hutan. 

03. Archer, Alex L. The Way It Was. Kuala Lumpur : United Selangor Press, 1984. [D811.5 Arc / PU / PPZ]

04. Arden, John, 1930 - . "Malayan Emergency Begets 30 Years of Independence." Far Eastern Economic Review. 3 September l987, 3. Salinan Fotostat. pp. [AC995 M4ArdM / PPZ]

05. --------. "Emergency Details." Far Eastern Economic Review. 15 October 1987. Salinan Fotostat. pp. [AC995 M4ArdM / PPZ]

06. Arnot, R. Page. "The War in Malaya." Labour Monthly. 34 (1952) : 33-39. Salinan Fotostat. [DS597 Arn / PPZ]

07. Barber, Noel, 1909 -. The War of the Running Dogs : The Malayan Emergency : How Malaya Defeated the Communist Guerrillas 1948 - 1960. New York : Weybright and Talley, [1972]. [DS596.5 Bar / PU / PPZ]

Menghuraikan sejarah penentangan komunis melalui penelitian peranan-peranan yang dimainkan oleh mereka yang terlibat samada ada mereka itu orang kerajaan, orang awam atau orang komunis dan bagimana mereka berjaya atau gagal dalam zaman Darurat itu. 

08. Bloodworth , Dennis. "A Background of Terrorism to the Ymassacre’ in Malaya." 1970. The Scotsman. 11 February 1970. Keratan Suratkhabar. [AC995 M4Blo / PPZ]

09. Boddye, E. T. Malayan Patrol. Durham : The Pentland Press, 1993. [PR5149 B66M / PU / PPZ]

Menceritakan tentang pengalaman seorang "National Service Officer" yang berkhidmat dengan Tentera British dan platunnya dimana mereka menempuhi kejayaan dan kegagalan dalam kempen penentangan komunis di hutan Tanah Melayu. Mereka telah mengalami pengalaman kejadian-kejadian yang menyedihkan dan ngeri di samping terpaksa bertahan dan tidak beraksi untuk beberapa jangkamasa yang panjang. 

10. Brimmell, Jack Henry. A Short History of the Malayan Communist Party. Singapore : D. Moore, 1956. [DS596.5 Bri / RS / PU]

11. Bowden, Bradley. A Comparative Study of Communist Revolution : Vietnam, Malaya and Indonesia : 1945 - 1950. B.A. diss.,University of Queensland, 1977. [fDS597 Bow / PPZ]

12. Campbell, Arthur. Jungle Green. 4th impression. London : Allen and Unwin, 1963. [DS592 Cam / PU / PPZ]

Menceritakan peranan pengarang, seorang bekas pegawai tentera Rejimen Suffolk dalam kempennya menentang gerila komunis dengan menumpukan kepada kehidupan yang penuh kebahayaan di hutan belantara Malaya.

13. Cheah Boon Kheng. The Masked Comrades : A Study of the Communist United Front in Malaya, 1945 -48. Singapore : Times Books International, 1979. [DS596.5 Che / RS]

14. --------. Komrad Bertopeng : Suatu Kajian Mengenai Barisan Bersatu Komunis di Tanah Melayu 1945 - 48. Terjemahan Hj. Zubir Ismail. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982. [DS596.5 Che / PU / PPZ / RS]

Menceritakan tentang sejarah asal-usul pemberontakan PKM dalam bukan Jun 1948 dan sejarah PKM dengan penghuraian lanjut mengenai beberapa barisan depannya melalui kajian dan penelitian tokoh-tokoh yang terlibat, cara mereka bekerja, kenapa mereka bekerja dengan komunis, latar belakang peribadi mereka serta bidang konflik dan kerjasama antara organisasi.

15. Chin, Aloysius. The Communist Party of Malaya : The Inside Story. Kuala Lumpur : Vinpress Sdn. Bhd., 1994. [DS597 Chi / PU / PPZ]

Memperkatakan sejarah permulaan dan tamatnya perjuangan PKM di Tanah Melayu dengan huraian yang mendedahkan taktik-taktik yang digunakan komunis ketika zaman Darurat dan selepasnya dalam usaha mereka menggulingkan kerajaan. Peranan dan pengalaman penulis sebagai pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia serta penglibatan secara langsung dalam operasi-operasi menentang gerila-gerila komunis menjadikan buku ini satu kajian komprehensif untuk dirujuk tentang sejarah perjuangan komunis dan zaman Darurat di Tanah Melayu 1948 - l960.

16. Cleaveland, Norman. Bang! Bang! in Ampang : Dredging Tin During Malaya’s ‘Emergency’. San Pedro : Symcon Publishing Company, 1973. [HD9539 T6M3623 / PU / PPZ]

Menceritakan pengalaman dan penglibatan seorang pelombong Amerika dalam zaman Darurat di Tanah Melayu. Oleh kerana lombong-lombong bijih timah sentiasa menjadi sasaran komunis, penulis selaku pengurus besar Pacific Tin Consolidated Corp. bersama-sama dengan pelombong-pelombong bersatu dan berusaha mempertahankan nyawa dan harta-benda mereka daripada ancaman komunis antara tahun-tahun 1948 – 1954.

17. Cloake, John. Templer, Tiger of Malaya : The Life of Field Marshal Sir Gerald Templer. London : Harrap, 1985. [DS597.15 T28Clo / PU]

18. Clutterbuck, Richard L. The Long, Long War : The Emergency in Malaya 1948 - 1960. London : Cassell, 1967. [DS596.5 Clu / PU / PPZ]

Menghuraikan kejayaan kerajaan Tanah Melayu dalam usahanya menghapuskan komunis-komunis dim hutan-hutan Tanah Melayu dengan memberi tumpuan kepada langkah-langkah berbentuk pertahanan yang mana komunis dihalang daripada mengambilalih kerajaan dan memastikan pemberontakan komunis tidak meluas serta dikawal, langkah-langkah penyerangan di mana kekuatan memberontak dan bertindak PKM dipertahankan serta dikurangkan untuk melumpuhkannya dan akhir sekali langkah memburu dan mengesan saki-baki komunis bagi mewujudkan kemenangan yang nyata. 

19. --------. Riot and Revolution in Singapore and Malaya, 1945 - 1963. London : Faber, 1973. [DS597 Clu / PU / RS]

Menghuraikan tentang evolusi perjuangan "urban revolution" yang digerakkan melalui Parti Komunis Malaya dan cara-cara perjuangan mereka ketika zaman Darurat.

20. --------. Conflict and Violence in Singapore and Malaysia , 1945 - 1983. Rev., updated and enlarged ed. of Riot and Revolution in Singapore and Malaya 1945 -1963. Singapore : Graham Brash, 1984. [DS596 Clu / PU / PPZ]

Mengkaji taktik-taktik yang digunakan PKM untuk menjalin hubungan di antara pihak revolusiner dan orang awam dan bagaimana pihak polis mempergunakan hubungan jalinan ini untuk menjatuhkan PKM sendiri melalui perisikannya. Juga memperlihatkan perkembangan di Malaysia dan Singapura selepas pemberontakan bersenjata komunis.

21. Coates, John, 1932 - .Suppressing Insurgency : An Analysis of the Malayan Emergency, 1948 - 1954. Studies in Regional Security. Boulder : Westview Press, 1992. [DS597 Coa / PPZ]

22. Colin Nicholas, Anthony and Tiah Sabak. Orang Asli in the News : the Emergency Years 1950-1958. Kuala Lumpur : Center for Orang Asli Concerns,1989. [fDS595.2 O73Ora / PPZ]

23. Crawford, Oliver. The Door Marked Malaya. London : R. Hart-Davies, 1958. [DS596 Cra / PU]

Menceritakan tentang pengalaman penulis sebagai seorang pegawai tentera dalam Batalian Pertama Somerset Light Infantry antara tahun-tahun 1954-55 di Tanah Melayu yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti membenteras pengganas-pengganas komunis yang melancarkan pemberontakan bersenjata.

24. Crockett, Anthony. The Perimeter Fence. London : R. Hale, 1957. [PR6005 R79P / PU]

Merupakan sebuah novel berlatar belakangkan keadaan zaman darurat yang mencemaskan di Tanah Melayu.

25. Cross, John P. Jungle Warfare : Experiences and Encounter. London : Guild Publishing, 1989. [U167.5 J8Cro / PPZ]

26. Dennis, Peter dan Jeffrey Grey. Emergency and Confrontation : Australian Military Operations in Malaya and Borneo 1950-1966. New South Wales : Allen and Unwin in association ith the Australian War Memorial, 1996. [DS597 Den / PU /PPZ]

Menjelaskan tentang peranan aktif yang dimainkan tentera Australia ketika zaman Darurat (1948-1960) dan Konfrontasi (1962-1966) dengan merujuk kepada rekod-rekod yang tersimpan di Australia dan Great Britain.

27. Dugaan Negara [videorecording] Kuala Lumpur : Filem Negara, 1990? [PVA662 / PU]

Mengisahkan 12 tahun perjuangan menentang komunis dan kemenangan Negara. Perjuangan melawan musuh di tengah-tengah masyarakat itu berjuang menentang fahaman asing.

28. Emilia Kamaruddin. The Failure of the Malayan Communist Party during the Emergency 1948-1960. Latihan ilmiah Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Emik / PPZ]

29. Great Britain. Public Record Office. [Far Eastern Department [microform] : Original Correspondence 1954-1959. London : Public Record Office, 1993. [Microfilm 3522 / PU]

30. Gurney, Henry, Sir. Communist Banditry in Malaya : Extracts from Speeches. Kuala Lumpur : Department of Public Relations, 1949. [DS596.5 Gur / PPZ]

31. Gwee, Hock Aun. The Emergency in Malaya. Pulau Pinang : Sinaran, 1966. [DS596.5 Gwe / PU / RS]

Memberi satu pengenalan kepada asal-usul, perkembangan, kesan dan tamatnya perang yang paling rumit, kompleks dan mahal yang melibatkan tentera British, orang Tanah Melayu, asakar-askar Gurkha, pasukan-pasukan keselamatan Komanwel, Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan Tanah Melayu. Zaman Darurat sememangnya perang di antara orang kebanyakan yang sukakan keamanan dengan pengganas-pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

32. Handbook to Malaya (Federation of Malaya and the Colony of Singapore) and the Emergency. Kuala Lumpur : Department of Information, 1956. [DS597 Han / PU / PPZ]

Mengandungi sejarah ringkas sejarah zaman darurat di Malaya dan keadaan semasa tentang masyarakat setempat untuk mereka yang ingin mengunjungi Malaya dan Singapura ketika zaman tersebut.

33. Hanrahan, Gene Z. The Communist Struggle in Malaya. With an Introduction by Victor Purcell and Postscript by Sir Robert Thompson. New York : International Secretariat Institute of Pacific Relations, 1954. [DS596 Han PU / PPZ]

Membincang terutamanya strategi-strategi dan taktik-taktik yang digunakan PKM dalam perjuangannya di Tanah Melayu dengan melihat sejarah asal-usul komunisme di Tanah Melayu, kegiatan-kegiatannya semasa Perang Dunia Kedua, perjuangan revolusiner selepas perang 1924 - 1943. Tumpuan khas diberikan kepada doktrin-doktrin revolusioner dan kebiasaan PKM antaranya pemberontakan bersenjata, teknik revolusioner, keterlibatan dalam kesatuan sekerja dan perang gerila.

34. Henniker, Mark Chandos. Red Shadow over Malaya. Foreword by Sir John Harding. Edinburgh : W. Blackwood, 1955. [DS596 Hen / PU / PPZ]

35. Heussler, Robert. British Rule in Malaya 1942 - 1957. 2d ed. Singapore : Heinemann Asia, [1985]. [JQ716 Z1Heu / PU / PPZ]

36. Holman, Dennis. Noone of the Ulu. With a Foreword by Sir Gerald Templer. Singapore : Oxford University Press, 1958. [DS596.6 N6Hol / PU / PPZ]

37. Jackson, Robert. The Malayan Emergency : The Commonwealth Wars. London : Routledge, 1991. [DS597 Jac / RS / PPZ]

Menghuraikan sejarah penentangan komunis di zaman Darurat dengan melihat langkah-langkah ketenteraan yang diatur kerajaan British Tanah Melayu dengan menggembleng semua pasukan keselamatan tempatan antara tentera darat, tentera udara, polis dan pengawal kampung dengan dibantu pasukan-pasukan tentera Komanwel yang lain dari Britain, Australia dan New Zealand. Menurut Jackson, kejayaan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya yang dianggotai 6,000 orang menentang dan berhadapan dengan 300,000 anggota keselamatan pada kemuncak zaman Darurat tidak boleh diperkecil-kecilkan. Tambahan pula, kos perbelanjaan menentang komunis adalah sebanyak 700 juta paun.

38. Jomo K. S. dan Patricia Todd. Kesatuan Sekerja Malaya Dijinakkan Semasa Darurat Sebelum Merdeka, 1948-1957. Kajian Malaysia, vol. VIII, no. 1 Jun1990, pp. 21-48. Salinan fotostat. [AC995 M4Jomks.K / PPZ]

39. Khoo Kay Kim, Prof. dan Adnan Hj. Nawang, penyunting. Darurat 1948 - 1960. Kuala Lumpur : Muzium Angkatan Tentera, 1984. [DS597 Dar / PU / RS]

Mengandungi beberapa makalah yang ditulis oleh ahli-ahli sejarah tempatan dengan menggunakan bahan-bahan utama dan penyelidikan perpustakaan untuk memberi satu perspektif yang tepat dan saksama mengenai satu zaman huru-hara yang penting dalam sejarah Malaysia.Antara beberapa makalah yang menarik dalam monograf ialah ‘Gerakan komunis di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya PKM’ oleh Prof. Khoo Kay Kim, ‘Kegiatan komunis dan kesannya ke atas hubungan kaum : Bukit Tambun dan Bukit Junun’ oleh Baharom Mansor dan Abu Bakar Majid, ‘Bulan Rakyat melawan penjahat’ oleh Sulaiman bin Haji Abdul Samad dan ‘Angkatan Tentera dan Darurat’ oleh Mej. M. A. Fawzi Basri.

40. Khoo Teng Chuan. The Failure of the Communist Party of Malaya during the Emergency. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Kho / PPZ]

41. Komer, R. W. The Malayan Emergency in Retrospect : Organisation of a Successful Counter Insurgency Effort. U.S. Advanced Research Projects Agency ARPA Order no. 189-1. Santa Monica, Clif. : Rand, 1972. [DS596.5 Kom / PU]

Memberi analisa mengenai langkah-langkah ketenteraan, sivil dan psikologi yang diambil kerajaan Tanah Melayu yang berjaya mengatasi pemberontakan bersenjata komunis dan dari itu pengajaran-pengajaran yang boleh diperolehi angkatan tentera Amerika Syarikat dalam usahanya yang sama menentang pemberontakan bersenjatanya.

42. Kratoska, Paul H. The Post – 1945 Food Shortage in British Malaya. Journal of Southeast Asian Studies, vol.19, no.1 (March 1988) : pp 27-47. Salinan fotostat. [AC995 M4Kra.T / PPZ]

43. Lam Swee. My Accusation. [written against the blind struggle of the Malayan Communist Party]. Kuala Lumpur : s.n., 1951. Salinan fotostat. [fHX395 M2Lam / PPZ] 

44. Leary, John James, 1949 - . The Importance of the Orang Asli in the Malaysian Emergency 1948 - 1960. Clayton, Australia : Centre of Southeast Asian Studies, Monash University, 1989. [fDS503.4 M7 56 / PU / PPZ]

Mengkaji peranan bukan penempur Orang Asli dalam zaman Darurat di mana mereka dipergunakan PKM sebagai perisai pemberi amaran dan pembekal makanan unit-unit tertentunya manakala pasukan keselamatan pula menjadikan mereka pekerja mengangkat alat-alat berat dan bekalan makanan semasa operasi ketenteraan mereka di dalam hutan.

45. Lee Kuan Yew, 1923 - . The Battle for Merger. Singapore, [1961]. [JQ692 Lee / PU / PPZ]

Mengandungi dua belas ucapan Lee Kuan Yew yang ditulis untuk menjelaskan keadaan politik di Singapura dan Tanah Melayu bagi menghalang perkembangan pengaruh komunisme yang disebarkan PKM melalui barisan hadapan mereka supaya kebenaran dapat diperhatikan rakyat. Dalam bahagian lampiran disertakan beberapa dokumen penting yang dapat membantu memperjelaskan dan memperbetulkan tanggapan umum mengenai kekejaman komunis.

46. Malaya (Federation). Report by the Chief Minister of the Fed. of Malaya on the Baling Talks. Kuala Lumpur : Government Press, 1956. [DS596.5 M / PPZ]

47. --------. The Communist Threat to the Federation of Malaya. Kuala Lumpur : Government Press, 1959. [HX395 M2M / PU / PPZ]

Menghuraikan sejarah perkembangan komunisme antarabangsa dan ancaman komunis terhadap negara, memberi tumpuan kepada perkembangan pengaruh PKM melalui promosi-promosi matlamat PKM di Persekutuan Tanah Melayu dan berkesudahan dengan mendedahkan polisi- polisi dan taktik-taktik yang digunakan PKM untuk mewujudkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.

48. Malaya under the Emergency. Kuala Lumpur : 1965. [DS596.5 Mal / PPZ]

49. Mellersh, Francis, Sir. "The Campaign against the Terrorists in Malaya". The Royal United Service Institute Journal. 96 (August 1951) : 401- 405.Salinan fotostat. [DS596.5 Mel / PU]

Merupakan ceramah yang diberikan oleh seorang pegawai tinggi angkatan tentera udara yang berpangkat "Air Vice-Marshal" mengenai peranan dan sumbangan angkatan tentera udara dalam usahanya menentang pengganas-pengganas komunis di Malaya.

50. Miers, Richard. Shoot to Kill. With a Foreword by Francis Festing. London : Faber and Faber, 1959. [DS597 Mie / PU / PPZ]

Menampilkan sejarah perjuangan sebuah batalion Welsh yang dianggotai penulis sendiri dalam proses memerangi penggganas-pengganas komunis di Tanah Melayu dengan penerangan yang jelas tentang perancangan menyeluruh dan selok-belok dalam memerangi gerila-gerila komunis di hutan yang mana berakhir dengan kejayaan pada pihak kerajaan.

51. Miller, Harry, 1914 - . Menace in Malaya. London : G. G. Harrap, 1954. [DS596.5 Mil / PU]

52. --------. Jungle War in Malaya : The Campaign against Communism, 1948 -60. London : Barker, 1972. [DS596.5 Mil / RS / PU]

Membicara perkembangan zaman Darurat dari kacamata seorang wartawan di mana ditonjolkan secara dramatik kejayaan dan kegagalan pasukan-pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi menentang komunis tersebut di Tanah Melayu, 1948 - 1960. Menyerlah pengorbanan anggota-anggota pasukan keselamatan yang terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan di pedalaman hutan dan ladang getah. Namun demikian, menurut Miller, walau kerajaan telah berjaya menangkis pemberontakan bersenjata itu, PKM melalui saki-baki unit-unit yang tertinggal masih meneruskan perjuangan mereka yang akan menemui jalan buntu. 

53. Mohamad Fauzi Puyamin. Kegagalan Perjuangan Parti Komunis Malaya Semasa Darurat Pertama (1948-1960) di Malaysia. Latihan ilmiah (Dip. Peng. Strat & Pertahanan), Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Mohfp / PPZ ]

54. Mohd. Reduan Aslie. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. [DS597 Mohra / PU / RS / PPZ]

Membicara tentang pemberontakan kedua PKM di Semenanjung Tanah Melayu dan pemberontakan Parti Komunis Sarawak secara menyeluruh dengan menghubungkiatkan kedua-dua peristiwa tersebut untuk memudahkan pemahaman sejarah pemberontakan komunis di Malaysia. Tidak membinangkan dengan terperinci dan mendalam tentang strategi-strategi, taktik-taktik dan cara-cara PKM dan PKS yang digunakan melalui barisan hadapan mereka iaitu Barisan Tentera, Barisan Bawah Tanah danBarisan Bersatu.

55. Moran, Jack William Grace. The Camp across the River : Further Recollections of an Officer in the Malayan Police Force. London : P. Davies, 1961.[DS595.6 M82 / PU]

Menceritakan pengalaman yang dilalui penulis dan pegawai-pegawai bawahannya yang berkhidmat dalam Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu pada zaman Darurat dan riwayat hidup seseorang komunis sehingga mautnya serta keadaan-keadaan yang mencemaskan yang dialami pasukan keselamatan dalam serangan-serangan mereka yang tidak menentu di dalam hutan yang didiami pengganas-pengganas komunis.

56. Nemenzo, Francisco. Revolution and Counter-revolution : A Study of British Colonial Policy as a Factor in the Growth and Disintegration of National-Liberation Movements in Burma and Malaya. Manchester : The University of Manchester, 1964. Mikrofilem 1152.6 / PU.

57. Nik Anuar Nik Mahmud. Tunku Abdul Rahman and his Role in the Baling Talks: a Documentary History. Kuala Lumpur : Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Arkib Negara Malaysia, 1998. [DS597.15 A22Nikanm / PPZ / PU]

Menghuraikan peranan yang dimainkan Tunku Abdul Rahman dalam Rundingan Baling dan mengandungi pelbagai dokumen penting mengenai Rundingan Baling.

58. Noone, Richard, and Pat Noone. Rape of the Dream People. London : Hutchinson, 1972. [DS592.2 S3Noo / PU]

59. O’Ballance, Edgar. Malaya : The Communist Insurgent War, 1948 - 1960. London : Faber and Faber, 1966. [DS596.5 Oba / PU]

Menjelaskan mengapa PKM gagal dalam usahanya merampas kuasa dan mengambilalih tampuk kerajaan di Tanah Melayu dengan menghuraikan secara terperinci latar belakang sejarah dan rakyat tanahair sebelumnya, nasib malang Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malayan Races Liberation Army atau Tentera Pembebasan Rakyat Tanah Melayu dan peristiwa-peristiwa lepas perang yang relevan. Faktor utama kegagalan PKM ialah keberkesanan pasukan keselamatan kerajaan melumpuhkan PKM, pembelotan anggota-anggota PKM yang menyerah diri dan langkah-langkah kerajaan lain yang berjaya membendung PKM. 

60. Oldfield, John Briton, Major,. The Green Howards in Malaya, 1949 - 1952 : The Story of a Post-war Tour of Duty by a Battalion of the Line. Aldershot : Gale and Polden Ltd., 1953. [DS596.5 Old / PU]

Menceritakan peranan yang dimainkan pegawai-pegawai dan anggota-anggota Batalian Pertama The Green Howards antara Ogos, 1949 dan Okt., 1952 di hutan Tanah Melayu menentang gerila-gerila komunis yang berleluasa di Tanah Melayu ketika zaman Darurat.

61. Osman Mamat. Darurat di Trengganu, 1948-1960 [Beberapa Aspek Sosial dan Ekonomi]. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981. [DS598 T78Osmm / PU / PPZ]

62. Panduan Penerangan dan Butir-butir Sharahan bagi Pensharah-pensharah : Dharurat dan Bulan Rakyat Melawan Penjahat-penjahat. Kuala Lumpur : Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, 1950. (jawi) [DS596.5 Pan / PPZ]

63. Park, Bum-joon Lee, 1933-. The British Experience of Counterinsurgency in Malaya [microform] : the Emergency, 1948-1960. Ann Arbor, Mich. : University Microfilms, 1965. [Microfilm 769.1/ PU]

64. Parkinson, C. N. Templer in Malaya. Singapore : Donald Moore Ltd., 1954. Salinan footostat. [DS596.5 Par / PU]

Mengandungi 6 bab yang menceritakan peranan-peranan dan kejayaan yang disumbangkan oleh Jeneral Templer dalam usahanya membanteraskan gerila-gerila komunis di Malaya.

65. Peristiwa Bukit Kepong. 1976. [AC995 M4Per / PPZ]

66. Polsky, Anthony. "Incident at Batang Kali - Even If It Did Happen, Let It Die." Bulletin. February 1970. Salinan fotostat. [fDS596.5 Pol / PU] 

Membincangkan pembukaan semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai 25 orang pengganas komunis yang disyaki di sebuah estet getah Batang Kali, dua puluh satu tahun yang lalu. Memberi pandangan pelbagai pihak tempatan termasuk pihak kerajaan, suratkhabar-suratkhabar Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tempatan dan kerajaan British tentang perlunya pembukaan semula penyiasatan kes tersebut. 

67. Postgate, Malcom R. Operation Firedog ; Air Support in the Malayan Emergency, 1948 - 1960. Ministry of Defence, Air Historical Branch. London : HMSO, 1992. [DS597 Pos / RS / PPZ]

Membincangkan dengan komprehensif peranan angkatan udara tempatan dan luar dalam kempen menentang komunis di hutan-hutan Tanah Melayu 1948 - 1960, antaranya Tentera Udara Diraja Tanah Melayu, Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja New Zealand. Mula dengan huraian kebangkitan komunis dan langkah-langkah yang dijalankan kerajaan untuk mengatasnya. Kemudian, peranan-peranan dan sumbangan-sumbangan tentera-tentera udara diraja tersebut dijelaskan dalam usaha mereka membantu dalam operasi menangani keganasan komunis yang berakhir dengan kejayaan pada pihak kerajaan.

68. Purcell, Victor, 1896 - 1965. Malaya : Communist or Free?. Stanford, Calif. : Stanford University Press, 1954. Salinan fotostat. [DS596 Pur / PU / PPZ / RS]

Membicara secara menyeluruh mengenai zaman Darurat dengan mengkaji latar belakang antarabangsa yang telah mempengaruhi perkembangan komunisme di Tanah Melayu dan diikuti dengan menceritakan perjalanan zaman Darurat dan bagaimana kerajaan bertindak mengatasi maslah itu. Menghuraikan juga dasar-dasar dan propaganda yang telah diusahakan PKM dalam perjuangan mereka. Berakhir dengan mengatakan bahawa adalah sukar untuk mengesan mereka yang dikatakan pro-komunis atau bersimpati dengan pejuang-pejuang komunis di Tanah Melayu dan langkah-langkah darurat seperti pemeriksaan rumah ke rumah dan penentuan sesebuah kawasan sebagai kawasan selamat dan tidak yang menyebabkan kesusahan pada pihak rakyat tidak akan berjaya mengatasi masalah komunis itu.

69. Pye, Lucian W., 1921 -. Guerrilla Communism in Malaya : Its Social and Political meanings. Princeton, N.J. : Princeton University Press, 1956. [DS596.5 Pye / RS / PPZ]

Merupakan satu kajian kes komunisme yang memperjuangkan pembebasan rakyat seperti yang dilakukan gerakan-gerakan komunis di Asia terutamanya negara-negara yang kurang maju antaranya PKM yang dianggotai ramai orang Cina Tanah Melayu. Menonjolkan hubungan komunisme dengan kebudayaan Cina yang mendorong penglibatan mereka dalam kancah komunisme. Mengakhiri dengan analisa masalah-masalah umum yang dihadapi masyarakat-masyarakat kurang maju yang perlu diatasi untuk membebaskan diri daripada pengaruh dan ancaman komunis.

70. --------. Lesson from the Malayan Struggle against Communism. Communist Bloc Program, Massachusetts Institute of Technology Center for International Studies c57-15. Cambridge, Mass. : Center for International Studies, Massachusetts Institute of Technology, 1957. [DS595 M2Ibrhy / PU]

Memeriksa dengan teliti aspek-aspek tertentu zaman Darurat di Tanah Melayu untuk memperolehi pengajaran-pengajaran yang berguna dalam menangani masalah keganasan komunis di negara-negara kurang maju dengan meneliti sebab-sebab kejayaan strategi-strategi kerajaan Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan bersenjata komunis. 

71. Raj, J. J., Dato’ Sri Sentosa Setia Diraja, 1923-. The War Years and After : a Personal Account of Historical Relevance. Petaling Jaya : Pelanduk Publications, 1995. [HV8265.1 Raj / PU / PPZ]

Sebuah autobiografi yang dituliskan oleh seorang bekas pegawai polis mengenai zaman darurat. Antara perkara-perkara yang disentuh ialah Rundingan Baling dan peristiwa Bukit Kepong 1950.

72. Rayner, Leonard. Emergency Years : (Malaya 1951 - 1954). Foreword by Dato’ Seri S. Samy Velu. Singapore : Heinemann Asia, 1991. [DS597 Ray / PU / PPZ]

73. Royal Institute of International Affairs, Library Malaya : Unrest - 1948 : Press Clippings / from Chatham House Library. London : s.n., n.d. [DS596.5 RIIAL / PU]

Menyenaraikan tajuk-tajuk utama akhbar bahasa Inggeris yang terdapat di Perpustakaan Rumah Chatham mengenai zaman Darurat pada tahun 1948. Darinya, dihuraikan pendapat-pendapat pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam zaman Darurat iaitu pelombong-pelombong bijih timah, peladang-peladang getah, orang Melayu, orang Cina, orang komunis, kerajaan British dan orang British sendiri mengenai peristiwa tersebut.

74. Sarkesian, Sam Charles. The Critical Period in Revolutionary Warfare : A Study of the Emergency in Malaya. Ph. D. diss., Columbia University, 1969. [fDS596.5 Sar / PPZ]

75. Scurr, John. The Malayan Campaign, 1948 - 60. Text by John Scurr ; Colour Plates by Mike Chappel. London : Osprey Publishing, 1982. [DS597 Scu / PPZ]

Memberi huraian tentang pasukan-pasukan keselamatan dan komunis yang terlibat dalam zaman Darurat dengan disertakan banyak gambar-gambar berwarna dan hitam-putih mereka yang beraksi sepanjang pemberontakan bersenjata komunis di Tanah Melayu, 1948 - 1960. Antaranya ialah pasukan tentera British, pasukan Gurkha, pasukan tentera Komanwel, pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu dan pasukan komunis. 

76. Short, Anthony. The Communist Insurrection in Malaya, 1948 - 1960. London : Muller, 1975. [DS596.5 Sho / PU / RS / PPZ]

Membicarakan secara komprehensif latar belakang sebelum bermulanya zaman Darurat dan kempen-kempen kerajaan menentang komunis di Tanah Melayu antara tahun-tahun 1948 - 1960 dengan menggunakan sumber-sumber yang terhad yang dibenarkan pihak berkuasa yang tidak dapat diperolehi orang lain. Bab-bab awal menghuraikan peranan penting yang dimainkan PKM sehingga pengisytiharan Darurat pada bulan Jun 1948 yang membawa kepada pengunduran PKM ke dalam hutan dan mencuba menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan taktik perang gerila. Seterusnya, diterangkan langkah-langkah kerajaan yang telah berjaya membendung PKM antaranya rancangan Briggs yang dijalankan Sir Harold Briggs dan perang psikologi Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

77. Smith, R. B. (Ralph Bernard), 1939-. China and Southeast Asia : the Revolutionary Perspective, 1951. Photocopy from : Journal of Southeast Asian Studies, v.19, no.1 (March 1988) : 97-110. [AC995 M4Smi.C / PPZ]

78. Stenson, Micheal Roger. Repression and Revolt : The Origins of the 1948 Communist Insurrection in Malaya and Singapore. Southeast Asia Series, Papers in International Studies, no. 10. Athens, Ohio : Ohio University, Center for International Studies, 1969. [DS597 Ste / PU]

Membincangkan asal-usul pemberontakan bersenjata komunis dengan melihat dan membicara soal-soal dasar dan langkah pihak berkuasa British, majikan-majikan berbangsa British dan Asia, pemimpin-pemimpin PKM, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dan pihak-pihak lain dalam menyebabkan berlakunya pemberontakan bersenjata PKM dan corak perkembangan zaman Darurat. Dr. Stenson berpendapat bahawa penyebab utama ialah perbuatan pihak majikan yang cuba menurunkan pendapatan pekerja-pekerja mereka dan mengawal pergerakan kesatuan sekerja yang baru ditubuhkan di samping memandang rendah akan kebolehan kesatuan sekerja untuk bertindak terhadap mereka. Dalam perkembangan tersebut, pihak majikan dibantu pihak kerajaan yang berniat melemahkan pengaruh PKM di dalam kesatuan-kesatuan sekerja itu. Namun demikian, menurut Dr.Stenson lagi, dari mula sudah jelas pemberontakan bersenjata PKM itu gagal kerana PKM adalah tidak tersusun organisasinya, membuat pertimbangan yang kurang tepat dan tidak bersesuaian serta tidak cekap dalam perjuangannya.

79. --------. The 1948 Communist Revolt in Malaya : A Note on Historical Sources and Interpretation. Occasional Paper, Institute of Southeast Asia Studies, Singapore. no. 9. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 1971.[DS513 I59 9 / PU]

80. Stubbs, Richard. Counter-insurgency and the Economic Factor : The Impact of the Korean War Prices Boom on the Malayan Emergency. Occasional Paper, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore no. 19. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 1974. [DS513 I5919 / PU]

Memberi perincian dan menganalisa kesan-kesan keadaan ekonomi melambung akibat Perang Korea ke atas ekonomi Tanah Melayu dan pelaksanaan operasi-operasi anti-komunis pada zaman Darurat. Membincang tiga aspek iaitu pertama, pendapatan dan perbelanjaan kerajaan Tanah Melayu ; kedua, perkembangan rancangan penempatan semula dan punca pendapatan si-peneroka dan ketiga, kebolehan industri-industri getah dan bijih timah menghadapi dan mengatasi zaman Darurat dan beban-bebannya.Keadaan ekonomi melambung Perang Korea walaupun bukan penyebab kejayaan kerajaan menentang komunis tetapi ianya telah memberi sumbangan terutamanya dari segi kewangan yang amat diperlukan untuk membiayai kos mambenteras pemberontakan bersenjata komunis.

81. --------. The U.M.N.O., the M.C.A. and the Early Years of the Malayan Emergency, 1948 - 1955. Antigonish, N.S. : s.n., 1976. [fJQ719 A8U5Stu / PPZ ] 

Mengkaji perkembangan parti-parti politik UMNO dan MCA di antara tahun-tahun 1948 - 1955 untuk melihat kesan-kesan zaman Darurat ke atas perkembangan parti-parti tersebut dan sejauhmanakah UMNO dan MCA berperanan membantu kerajaan British menyedarkan rakyat Tanah Melayu untuk bersama-sama menentang komunis. Mengakhiri dengan memperkatakan bahawa sememangnya ada kaitan yang langsung antara kematangan parti-parti politik UMNO dan MCA dengan zaman Darurat yang kemudiannya berjaya membawa Tanah Melayu ke arah kemerdekaan pada tahun 1957.

82. Stubbs, Richard W. Political Leadership, Colonial Government and the Malayan Emergency. Ph. D. diss., University of Alberta, 1975. Microfis 10347 / PU.

Mengfokus kepada kepimpinan politik dua tokoh yang terlibat secara langsung dalam operasi menentang komunis di Tanah Melayu iaitu Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu 1948 - 1951 dan penggantinya, Sir Gerald Templer 1952 - 1954. Mengkaji keadaan umum yang mana pemimpin-pemimpin tersebut terpaksa bertungkus-lumus untuk mengawal perkembangan yang mereka tidak dapat kawalkan, impian-impian mereka dalam menjalankan tugas harian mentadbir Tanah Melayu, struktur organisasi yang ada yang membolehkan pelaksanaan tugas dengan sebaik-baiknya dan corak komunikasi mereka itu dengan rakyat Tanah Melayu dalam menghadapi cabaran pemberontakan bersenjata komunis itu. 

83. --------. Hearts and Minds in Guerrilla Warfare : The Malayan Emergency 1948 - 1960. Singapore : Oxford University Press, 1989. [DS597 Stu / PU / RS / PPZ]

Memaparkan secara detail strategi-strategi kerajaan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat dalam usahanya membanteras PKM dan kesan-kesan dasar-dasar kerajaan dan PKM serta simpati, ketaatsetiaan dan tindakan rakyat terhadap pertaruhan di antara kerajaan dan komunis.Pengubahstatusan sumber-sumber sulit kerajaan antara tahun-tahun 1945 -1955 memaparkan data-data yang tidak ternilai mengenai usaha-usaha kerajaan menentang PKM dan tindakbalas rakyat Tanah Melayu ke atas kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang zaman Darurat. 

84. Thomson, Robert. Defeating Communist Insurgency : Tthe Lessons of Malaya and Vietnam. Studies in International Security, no. 10. New York : Praeger Publishers, 1966. [U240 Tho / PU / PPZ]

85. Tilman, Robert Oliver, 1929 - . The Non-lessons of the Malayan Emergency. Southeast Asia Studies Reprint Series, no. 19. New Haven, Conn. : Yale University, Southeast Asian Studies, 1967. [DS596.5 Til / PPZ]

86. Too, Chee Chew, 1920 – Lessons Learnt from the First Malaysian Emergency. [videorecording] Kuala Lumpur : Maktab Turus Angkatan Tentera, [n.d.]. [PVA 214 / PU]

87. -------. Notes on History of the Communist Party of Malaya. Kuala Lumpur : University of Malaya Library, 1990. [fDS596.5 Too / PU / RS / PPZ]

88. --------. Psychological Warfare and Some Aspects of the Psychology of the People in Southeast Asia in Areas Where Communists Insurrections Is Likely to Arise. [Kuala Lumpur] : By the Author, [1962]. [DS597.215 T515 / PU]

89. --------. The Communist Party of Malaya and Its Attempt to Capture Power. [Kuala Lumpur] : By the Author, 1989. [DS597.215 T515 / PPZ]

90. Van der Kroef, Justus M. (Justus Maria) Communism in Malaysia and Singapore : a Contemporary Survey. The Hague : Martinus Nijhoff, 1967. [HX400.6 Van / PU]

Menghuraikan sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya di Malaya dengan meninjaukan suasana politik ketika itu yang mendorong perkembangan komunisme di Malaya. Memberi tumpuan terutamanya pada tahun-tahun selepas kemerdekaan iaitu 1957-1963.

91. Wahba. Baling Membuka Jalan Damai. Kajang : Memasa Enterprise, 1994. [DS597 Wah / PU / PPZ]

Membincangkan sejarah PKM dan peristiwa-peristiwa zaman Darurat dan sejarah lahirnya Rundingan Baling. Memberikan memoir-memoir yang merupakan interviu dengan tokoh-tokoh yang terlibat dalam rundingan tersebut dan dialog-dialog yang berlaku selama 4 sesi dari 28 Disember hingga 29 Disember 1955.

92. -------. Detik Sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur : Utusan Publications, 1985. [DS597 Hama / PPZ]

Menyorot kembali rentetan sejarah Darurat sehingga lahirnya Rundingan Baling dan dialog-dialog semasa Rundingan Baling selama empat sessi dari 28 Disember, 1955 hingga 29 Disember, 1955. Penulis telah berjaya menghubungi pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam perjumpaan di Baling untuk memperkukuhkan lagi kesahihan fakta-fakta sejarahnya dan mendedahkan beberapa maklumat yang baru dan menarik tentang peristiwa-peristiwa semasa zaman Darurat.

93. Waller, P. B. G. Notes on the Malayan Emergency : Strategies and Organisation of Two Opposing Forces. Menlo Park, California : Stanford Research Institute, 1967. [fDS596.5 Wal / PPZ]

94. Yahya Abdul Manan. Darurat :Kegagalan Parti Komunis Malaya. Latihan ilmiah (Dip. Peng. Strat & Pertahanan), Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Yah / PPZ] 

95. Zakaria bin Haji Ahmad. Political Violence in Malaysia : the Malayan Emergency and Its Impact. Paper presented to the Seventh Conference of the International Association of Historians ofAsia, 22-26 August, 1977, Bangkok, Thailand. Kuala Lumpur : s.n., 1977. Salinan fotostat.[DS597 Zaka / PU]

96. Zarougui, Mohamed. Propaganda and Psychological Warfare in Guerrilla and Counter-guerilla Warfare: the Malayan Emergency 1948-1960. Thesis (Ph.D.) -- University of Reading, 1992. [DS597 Zar / PPZ]