| SUASANA ZAMAN DHARURAT DI
                  SEMENYIH SEKITAR TAHUN 1948 1960 TOKOH : TUAN HAJI ABDUL AZIS BIN MOHD NORBekas pengetua , SMK Engku Husain, Semenyih
 Temubual ini diadakan pada hari Rabu, 4 Oktober 2000, Jam 9.00
                  hingga 11.30 malam. Temubual dibuat oleh Abd Malek Abd Hanif
                  bersama dengan Encik Mohamd Ujang.
 --------------------------------------------
 Di Semenyih khusus memang ramai komunis.
                  Kawasan Semenyih terkenal ke seluruh negara kerana ramai
                  bilangan pengganas komunis dan mereka bertindak secara ganas. Kampung Pasir Baru sekarang asalnya 
                  datang dari penduduk Kampung Sungai Pening . Ketika itu
                  penduduk Sungai Pening ramai . Kemudian penduduk dari tempat
                  tersebut di pindahkan dan menjadi Kampung Pasir dan Kampung
                  Sungai Lalang. Ketika itu kampung dipagar dawai dan dikawal.
 Ketika berlakunya dharurat,  penduduk dilarang keluar
                  masuk. Penduduk tidak dibenarkan keluar dari jam 6.00 petang . 
                  Pasukan  tentera British yang berkawal.
 Kampung Baru dikawal dengan rapi. Makanan
                  hanyalah nasi kawah sahaja.  Ini merupakan usaha kerajaan
                  mengawal kegiatan komunis. Beras lansung tidak boleh dijual,
                  hanya  makan  nasi yang telah dimasak dalam kawah.
                  Nasi  itu dicampur dengan mihun, setiap hari. Usaha ini
                  memang amat berkesan mengawal kegiatan komunis. Komunis tidak
                  mendapat sumber makanan . Mereka kebuluran di dalam hutan dan
                  terpaksa   keluar menyerah diri. Catuan makanan dibuat supaya tidak membantu
                  komunis. Mereka selalu diugut   komunis . Jika tidak
                  membantu komunis mereka tidak dapat bekerja menoreh getah,
                  keadaan akan menjadi kacau. Oleh itu orang Cina ketika itu
                  terpaksa membantu .
 Kawalan diberikan oleh  pasukan SC atau Special
                  Constable. Pasukan ini akan    menyelia keluar
                  masuk . Jika mereka  puas hati , barulah dilepaskan.
                  Pemeriksaan hanya kepada orang Cina sahaja. Melayu tidak pula.
 SC ini  mulanya lelaki sahaja. Ada
                  pondok didirikan di tepi jalan. Sekatan diadakan setiap hari.
                  Tinggi pagar kira-kra lima kaki dan berduri pula.. Apabila ada
                  rungutan dari penduduk kampung,  barulah diwujudkan 
                  Woman Special Constable.   Pemeriksaan secara
                  berasingan , mengikut jantina.
 Penyeludupan makanan dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya
                  ialah  makanan    tersebut dijahit dalam
                  anak baju. Pura-pura mengandung. Padahal mereka membawa 
                  beras ke dalam hutan.
 
 Berlaku banyak pembunuhan. Melayu banyak yang dibunuh. kerana
                  balas dendam.  Orang Melayu disyakki menjadi tali barut
                  Jepun.   Ada juga yang suka mengganggu dan mengacau
                  tanaman. Mereka juga mencuri  makanan  dan tanaman
                  yang  begitu susah payah ditanam. Selain itu  
                  mereka menjadi polis ketika zaman Jepun.
 Contohnya seorang polis  dari Sungai
                  Macang,  waktu petang dibawa pergi , kononnya ada hal
                  tertentu untuk disiasat tetapi tak balik-balik Orang kampung Pasir,  Zaman  Jepun
                  curi harta   tengah pikat burung , dibawa oleh
                  komunis dan hilang lesap entah ke mana. Ada seorang kebal, komunis memasukkannya ke
                  dalam  guni , ditikam tak mati-mati. Lalu ditanam
                  hudup-hidup sahaja.  Ada juga diberitakan Cina juga ada
                  ilmu kebal. Bapa saya ( Mohd Nor ) bekerja sebagai
                  Sepcial Constable. Satu malam ada ambush (serang hendap ) .
                  Lalu pasukan specxial constable menembak kawasan semak 
                  di mana komunis sedang berlindung. Kawasan semak itu hancur
                  luluh tetapi tiada sebarang kesan komunis kena tembak. Tetapi
                  kemudian salah bahu special constable ditepuk , "
                  Baliklah engkau... kami tak cari   engkau, 
                  kami cari orang lain " Mungkin yang menepuk itu ialah Rasyid Maidin
                  a atau Haidir . Haidir ialah seorang komunis di Ulu
                  Langat.   Dia seorang kebal  . Jika ditembak
                  tidak jejas apa-apa. . Lehernya dipotong, tapi boleh bercantum
                  semula.  Matinya hanyalah   setelah tubuhnya
                  diasingkan di sebelah sana sungai dan satu lagi di sebelah
                  sini sungai . Di Sungai Pagar ,    
                  bapa saya membuat ambush dan terbunuh  seorang komunis
                  bernama Yong Kong. Melayu ada juga yang menyokong komunis. Pada waktu senja,  ketika  kami 
                  adik-beradik  membaca al Quran, datang Cina berjambang
                  naik ke rumah dengan stengun . Siapa dia ?. Orang kata dia
                  ialah Chin Peng. Orang Kampung Pasir tidak disiksa oleh
                  komunis. Tapi beras dicatu. Nasi dan mihun.   Setiap
                  orang diberi 3 kati  beras seminggu. Tahun 1957,  ketika saya bersekolah di 
                  Sekolah Tinggi Kajang, makanan asrama masih dicatu. Di asrama 
                  makan mi seminggu sekali - untuk makanan tengah hari. Gate Kachau  ada  pemeriksaan.
                  Sesiapa yang hendak pergi bekerja menoreh getah , mesti
                  melalui kawasan pemeriksaan. Setelah puas hati, barulah
                  dilepaskan pergi ke   Kachau. PEKAN SIMPANG.
 Pekan Kachau asalnya   bernama Pekan Simpang . Ada
                  dua deret bangunan kedai sebelah - menyebelah. Ia dikenali
                  sebagai Semenyih Lama.   Kebanyakannya kedai Cina.
                  Kedai orang Melayu ada  1- 2 sahaja.
 Seorang  tukang gunting berkedai di
                  Pekan Simpang.  Ketika sedang mengunting,   dia
                  ditembak mati oleh komunis . Ramai orang Cina datang
                  berkerumun. Ramai peniaga Cina di  kawasan Pekan
                  Simpang Kachau ini . Mungkin kebanyakan mereka ini
                  penyokong   Parti Komunis Malaya. Mungkin juga
                  mereka terpaksa menyokong perjuangan komunis. Satu malam,  rumah kami dalam kebun 
                  getah .  Waktu itu sekitar 1- 5 pagi.   Waktu
                  itu saya masih kecil lagi.  Saya melihat api menjulang
                  tinggi di Pekan Simpang. Rupa-rupanya Tentera British membakar
                  kedai-kedai tersebut . Sebabnya  ada sebuah estet
                  berhampiran   bernama Ladang Dominion. Ladang 
                  ini ditanam dengan getah dan getah merupakan barang 
                  eksport yang penting kepada British. Pekerja ladang Dominion selalu diganggu oleh 
                  pengganas komunis.  Pihak tentera British memberi 
                  kata dua. Jika  mengacau lagi  pekerja ladang,
                   petempatan mereka akan dimusnahkan. Tetapi  pihak
                  komunis tidak endah dengan  amaran tersebut. Oleh itu
                  tentera British sengaja membakar kawasan kedai tersebut bagi
                  melemahkan sokongan mereka kepada pengganas komunis.
 Pertempuran berlaku hampir setiap malam.  Pangkalan  
                  komunis   terletak di Bukit Sekar. Mereka menaikkan
                  bendera komunis . Ketika itu saya berumur sekitar 5 
                  tahun.
 Bapa saya menjadi  SC di Sydney Estate. 
                  Bapa saya bertempur setiap malam. Kami sekeluarga   duduk di 
                  sebuah banglo di Sydney Estate.  Bila bertempur, 
                  kami diarahkan menyorok dalam kolam atau dalam parit. Peluru
                  berdesing di telinga. Tembus- menembus kubu pasir dan tanah di
                  situ.  Antara SC yang terkorban ialah : 1. Special Constable Sharif di Broga. Ketika
                  itu dia dan yang lain sedang naik kereta SC GMC , diserang
                  oleh komunis di tengah jalan menuju ke Broga. Di kawasan ada
                  kawasan ladang getah dan lombong bijih timah. 2.    Harun  ( lama ) .
                  Kepalanya hancur. 3. Hassan .( Asalnya  kelapa ditangkap.
                  
..) 4. Raja Bot ditanam  dan ditanam di
                  Broga. 5.Zakaria. 6. Tokeh  Idris,  datuk kepada
                  Suhaimi.  ( dipercayai tuk dagang Sungai Lalang).   Pada penghujung darurat,  penduduk
                  Melayu duduk  menumpang di tanah kerajaan   dan
                  tanah itu pula berpasir. Tanah itu ialah bekas lombong. Mereka
                  tidak diberikan tanah seperti orang Cina.  Ketika itu
                  tapak rumah hanyalah bekas lombong. Sekitar tahun 1970-an,
                  ketika Menteri Besar Datuk Harun Idris,  penduduk
                  dibanci,  konon tanah tersebut akan dibuat lombong.  
                  Mereka diberikan tapak tanah seluas 50 X 90 kaki. Rumah- rumah
                  penduduk itu dibina oleh kerajaan . Rumah dibina dengan
                  kos   $1500.00 . Ketika itu, jumlah wang tersebut
                  memang boleh dibuat rumah. Keadaannya sangat tersusun.
                  Pemberian tanah secara lot-lot . Pada mulanya hendak diberikan nama Kampung
                  Datuk Harun. Tapi  tak jadi , mungkin   kerana
                  Datuk Harun menolak cadangan tersebut . Ketika itu Datuk Harun
                  terkenal  di seluruh negeri Selangor, malahan juga di 
                  seluruh Malaysia. Pasir memang banyak. Ia merupakan bekas
                  lombong.  Penempatan semula merupakan  rancangan
                  membasmi  komunis.  Ketika itu saya tak tahu
                  apa-apa. Setelah belajar kemudian ,barulah tahu namanya ialah
                  Rancangan Brigg. Sekatan makanan dan perubatan dilakukan. Special Constable ini  , markasnya
                  ialah di Balai Polis Semenyih sekarang ini. Tiap-tiap estet
                  pula ada pusat atau pondok  SC. Contohnya di Broga,
                  Bangi. Ada stesen . Sungguhpun orang Melayu dibunuh oleh
                  komunis, tiada  tindakan balas dendam. Oirang Cina ini
                  membalas dendam kerana salah sendiri juga .  Mereka yang 
                  terbunuh ini nakal. . Mereka ditangkap dan dibunuh. Semasa aman , sekitar tahun 1976, ketika
                  saya duduk di Taman Hew Thai, seorang Cina dibunuh oleh  
                  Cina yang lain kerana dendam zaman komunis. Wahab  dibunuh kerana  menjadi
                  talibarut Jepun.
 Orang Cina   , mengikut sejarahnya memang ada kaitan
                  dengan sejarah di negara   Tibet dan Mongolia . 
                  Orang Jepun memang  sudah lama berperang   
                  dengan orang  Cina.
 Orang Melayu suka kerja makan gaji.  
                  Oleh itu mereka bekerja dengan  tentera Jepun. Contohnya perempuan menjaga pekerja di
                  sawah. Orang Cina tersiksa betul pada zaman Jepun. 
                  Mereka lihat orang Melayu tidak diapa-apakan oleh  
                  tentera Jepun. Orang Cina rajin-rajin. Mereka menanam 
                  sayur sawi , kuchai dan lain-lain di Sempa iaitu di tapak
                  kawasan  kilang Malaysian Top Making .  Ramai orang
                  Cina tinggal di sekitar pedalaman Sungai Pening dan Sungai
                  Kuning.  Golongan yang nakal ini mengambil atau
                  mencuri   hasil tanaman mereka. Seorang Cina perli 'banyak sayur " 
                  sedangkan orang Melayu ini adalah penyokong Jepun, talibarut
                  Jepun. Tempat pembunuhan komunis ialah di Sempa.  Ada seorang Indonesia, sudah meninggal
                  dunia. Dipanggil Wak Jawa. bercermin mata, jadi jaga di Sempa.
                  Dia terjumpa sebuah gua berpintu besi . Tempat itu tempat 
                  komunis mengurung  orang jahat . Di dalamnya ada
                  tengkorak terletak di bawah tanah. Ayah saya seorang  special constable. 
                  Rumah  terletak di  Kampung Sungai Lalang.
 Sebuah sawmill ( kilang papan)    ada sebuah
                  stesen SC.  Kedudukannya dekat dengan   Kolam
                  Memancing Teratak Tekala sekarang .  Setiap SC 
                  betugas bergilir-gilir.
 Bapa saya pernah  latih saya
                  menggunakan brengun. Mungkin ketika itu saya dalam tingkatan 
                  1 , sekitar tahun 1957, umur pula 13 tahun.  Ayah
                  mengajar menggunakan  dan membuka senapang. Masukkan
                  peluru.  Kut-kut sesak , diharap dapat membantu . Senjata
                  itu panjangnya  5 kaki.  Ayah tunjukan  cara
                  tarik, pasang dan petik .Halakan ke arah mana , tembak dan
                  menuju sasaran. Rumah SC ada di Sawmill iaitu  sekarang
                  ini di Batu 27.  Apabila   melintasi kawasan
                  itu  hendaklah  tunduk menyusup kerana banyak
                  komunis. Ketika  bersekolah di Sekolah 
                  Melayu Hulu Semenyih sekitar tahun 1951 1952 ,  
                  seorang Cina naik motor Triumph, dibunuh oleh oleh komunis
                  secara serang hendap.   Kejadian itu berlaku di
                  depan mata.  Serangan pada waktu siang , waktu sekolah. 
                  Topi Cina tersebut terpelanting . Di bahagian atas sekolah Rendah Hulu
                  Semenyih  memang ada  estet orang putih. Di bahagian bawah pula lombong bijih timah
                  yang dikenali sebagai "Putih Tin"  
                  Lombong tersebut  mengunakan kapal korek.  Kapal
                  korek ini dikawal ketat oleh  tentera British.  Ketika itu orang -orang putih ini
                  disukai oleh orang Melayu. Apabila mereka  
                  melintasi kami,  kami kanak-kanak akan angkat tangan.
                  Mereka campakkan gula-gula, biskut, resen tentera British
                  .Biskutnya tebal dan sedap, bukan macam resen sekarang ini. Bila orang putih balik, mereka akan gali
                  lubang dan tanam sisa-sisa makanan. Mata kami memang liar.
                  Kami akan  mengorek semula lubang tersebut  dan
                  mengambil sisa-sisa makanan yang ada seperti jem dan biskut
                  tebal.  Gula-gulanya seperti tayar, bulat. Agak liat dan
                  tidak berapa manis. Jika dimakan   semasa 
                  pergi ke sekolah,   ketika balik dari sekolah masih
                  tidak habis gula-gula tersebut. Mungkin digunakan  
                  supaya tentera-tentera  British ini tahan berjaga . Orang putih ini, iaitu pengurus ladang ini,
                  kami panggil  tuan. Tuan ini ada mem . Banglo di
                  Sydney Estate  tuan orang putih yang duduk. Tapi bapa
                  saya yang duduk. Ada dua tingkat.Sekarang tidak ada lagi. 
                  Ketika itu saya bersandar di tingkap, entah macam mana
                  terjatuh dari tingkap dan kaki saya patah. Komunis akan ambush orang putih. 
                  Siang-siang mereka berkawan dengan kita . Satu masa, bila
                  berjumpa di kedai berborak , seorang Cina memangil dan mengur
                  bapanya , " Mat Nor, mari sini. Semalam  aaa, 
                  sikit mahu lu habis" , kata seorang  Cina kepada
                  ayahnya. Siang kerja SC, betugas menyerang komunis. Sebenarnya
                  komunis ini pun takut hendak menembak.   Setiap
                  malam ada 5 - 6  orang komunis   berkawal. 
                  Kami ketika itu meniarap" Kerana hidup dalam masyarakat. Sandang senjata adalah satu  duti
                  sahaja , bagai kerja rela sekarang ini. Cina dah lama disiksa. Jepun punca
                  permusuhan. Semasa Jepun, pernah seorang anak dicucuk  
                  dengan dawai dan diheret dengan lori Jepun. Pemerintahan komunis  hanya 14 hari
                  sahaja. Sebenarnya masa itu banyak parti politik
                  seperti MPAJA, PKM, KMM. Sekitar tahun 1953. Semasa hari pertabalan Queen Elizaberth, 
                  semua penduduk berkumpul di padang Kachau.  Orang putih
                  jadi tuan, Ada upacara menaikkan bendera, nyanyian saya tidak
                  berapa pasti .   Diedarkan lencana Queen Elizaberth. 
                  Kini Queen berumur 100 tahun . Ketika saya melawat ke London
                  ada sambutan ulangtahun Queen Elizaberth . Jika hendak  ke High School,  naik
                  bas Foh Hup. Warna hijau.   Tambang 15 sen , ketika
                  di tingkatan 1..  25 sen dari Semenyih ke Kajang. Gate  Kachau  terletak di depan 
                  rumah Penghulu Said atau Cikgu Shaharuddin . Rumah cat kuning.
                  Penumpang tidak diperiksa dengan rapi ,  hanya
                  tinjau-tinjau sahaja oleh pasukan Special Constable . Penduduk Kampung Baru makan nasi kawah.
                  Hanya boleh ambil nasi, beras tidak diberikan kerana 
                  dipercayai akan diseludupkan kepada komunis. Jika  
                  nasi disimpan, ia akan basi. Cara ini cukup berkesan untuk
                  membendung pengaruh komunis. Kampung Pasir dipagar dawai berduri. 
                  Special Constable  berkawal di pintu gate . Asal Kampung Baru Sentosa saya tidak berapa
                  pasti.  Di Pekan Simpang, ada banyak kedai
                  runcit.  Peniaga Melayu ada dua . Sebuah daripadanya
                  ialah  kedai Imam Manaf yang menjual barangan runcit. 
                  Selain itu ialah Wahab yang membuka kedai gunting rambut. Peniaga Cina di Pekan Simpang pula ialah
                  Chin Kun .  Anehnya Chin Kun ini ialah bila malam Jumaat,
                  sama-sama mengaji. Adiknya (anak ) dahulu pernah menjadi guru
                  besar Sekolah Rendah Kebangsaan Yu Hua . Kajang. Ah Yong pula menjual buah-buahan. ( sila
                  tanya kerani SMK Engku Husain ). Cikgu Alias Toyan , sekarang ini berumur 65
                  tahun.  Sebelum jadi guru pelatih, pernah membakar mercun
                  di kawasan  ladang Dominion.  Ketika itu pertempuran
                  berlaku tiap-tiap malam.  Tentera British mencari beliau. 
                  Alias Toyan  melarikan diri ke Johor. Pengurus Ladang Dominion , dulunya orang
                  putih. Tanamannya ialah getah. Ada banglo untuk pengurus dan 
                  rumah-rumah pekerja.  Pekerjanya terdiri daripada orang
                  India. Nama pengurus itu ialah , mungkin Augustine. 
                  Tukang masak ialah seorang  Melayu bernama Ali dan
                  isterinya. Anaknya ialah Sulaiman.  Sulaiman kini jadi
                  drebar D.O , kini sudah pencen. Sekolah Rendah Hulu Semenyih, dahulunya 
                  dibuat daripada   papan, bertiang batu besar,
                  Atapnya genting. Ada juga  beratap nipah. Bilangan murid
                  sekitar 60 orang. Sekitar tahun 1955 / 1956.  
                  Sekolah ini wujud sudah lama. Datuk saya kata  dia
                  bersekolah di situ maknanya sekolah terlah didirikan sebelum
                  datuk saya sekolah.. Sekolah ini diajar oleh guru-guru Melayu. Ada sebuah sekolah Cina  mungkin
                  bernama Ton Fah di Pekan Semenyih. Sekolah ini dibina di Pekan
                  Simpang, tetapi kini tiada lagi. Orang India juga ramai tapi
                  tidak pasti , ada sekolah tamil atau tidak.   
 |