PENGENALAN AWAL TENTANG PERJUANGAN KOMUNIS

     Zaman Darurat merupakan  titik tolak kepada   kewaspadaan masyarakat majmuk . Penjajah British membawa masuk buruh-buruh murah daripada China dan India untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih timah. Kedatangan mereka ini  bukanlah sekejap sahaja. Mereka akan tinggal lama dan akhirnya   bermastautin di sini. Pihak Jepun pula menambahkan kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu.  Cubaan tentera Bintang Bintang Tiga untuk berkuasa selama 14 hari cukup memeritkan. Ekoran itu pasukan gerila Parti Komunis Malaya cuba melakukan kekerasan terhadap  kerajaan British di Tanah Melayu. Rancangan Brigg merupakan satu 'langkah   mengesahkan'  masyarakat majmuk di Malaysia ini .

DEFINASI

Menurut Kamus Pelajar Baru terbitan Fajar Bakti ( Arbak Othman, 1989) , darurat bermaksud keadaan susah yang datang dengan tidak disangka-sangka , keadaan yang menyusahkan atau, keadaan yang serba sulit kerana sesuatu bencana seperti peperangan.

Sementara Kamus Pelajar Sekolah Menengah ( Terbitan Pustaka Delta , Lutfi Abas dan Awang Sariyan ,1989 ) menyatakan darurat sebagai emergency, suasana yang mencemaskan atau menyusahkan. Keadaan yang berlaku tanpa disangka-sangka. Di Malaysia, darurat dikaitkan dengan kegiatan pengganas-pengganas komunis.

TEMPOH MASA

Secara rasminya Darurat berlaku di Malaysia pada tahun 1948 hingga 1960. Namun begitu kekacauan yang dilakukan oleh komunis telah dimulakan sebelum tahun 1948. Keganasan komunis mulai reda pada tahun 1955. Zaman darurat diisytiharkan secara rasmi sebagai tamat pada tahun 1960.

Namun begitu dendam dan permusuhan masih berterusan sehingga beberapa tahun selepas itu khususnya pada tahun 1976.

KAWASAN YANG TERLIBAT

Kawasan utama yang terlibat ialah ialah kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Khususnya di Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Antara bandar utama yang terjadinya pembunuhan ialah :

    1. Semenyih di Selangor
    2. Tanjung Malim di Perak
    3. Gunung Pongsu di Kedah

PENDUDUK YANG TERLIBAT

Hampir 90 peratus penduduk yang terlibat dengan komunis ialah orang Cina. Orang Melayu kebanyakannya menjadi Askar, Special Constabel ( SC) dan Home Goard.

Tentera pengaman yang ditugaskan membuat kawalan dan rondaan ialah tentera Inggeris, Scot, Australia, Afrika, Gurkha dan Fiji.

PEMBERONTAKAN KOMUNIS

Penubuhan Parti Komunis Malaya berasal dari MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army. Kekalahan British kepada Jepun di Tanah Melayu telah memberi ruang kerjasama antara tentera British dengan Malayan People Anti Japanese Army. Dalam pertubuhan ini terdapatnya ahli-ahli yang berdaftar atau menyokong komunis iaitu Parti Komunis Malaya.

Kebanyakan pemberontakan komunis di Asia Tenggara dan seluruh dunia berjaya. Pemberontakan komunis di negara-negara lain berjaya menumbangkan kerajaan penjajah di negara jajahan. Tetapi pemberontakan komunis di Tanah Melayu gagal meruntuhkan kerajaan.

malekhanif@yahoo.com