Aktiviti Sambil Sambil Belajar ke Melaka ini sudah
lama dirancangkan . Hasil inisiatif beberapa orang pelajar dan guru , maka
aktiviti ini berjaya dilaksanakan akhirnya. Rombongan ini melibatkan 40 orang pelajar dari Tingkatan 3 sahaja. Setelah 'duduk semeja' merancang dan mengumpul peserta dan memungut wang penyertaan , aktiviti ini berjaya juga dilaksanakan akhirnya. Pengetua sekolah, Pn Asnah bt Harun telah membenarkan pelajar pergi dengan diiringi 3 guru iaitu Puan Noraini, Puan Khuzaimah dan Encik Abdul Malek. Pada 26 Mei 2002 , pelajar SMK Engku Husain telah bermalam di Muara Bidara Beach Resort. Keesokannya pergi ke Pulau Besar, Melaka. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi di Pulau Besar. Orang ramai masih lagi mengunjungi makam-makam yang dikatakan keramat serta boleh menunaikan nazar seseorang. Kebanyakan yang mengunjungi makam-makam tersebut ialah di kalangan India Muslim. Sultan Zainal Ariffin dikatakan berasal dari India. Menurut teori sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu , orang Melayu diIslamkan olejh para pedagang yang datang dari India. Ketika itu, Kerajaan Moghul sedang berhadapan dengan kemaraan Portugis khususnya di Goa , India. |
.
|
||||
|
|||||
Peta Lokasi | |||||