Diriku…….!!!!!!

Namaku Muhamad Arif b. Mislet. Rakan-rakanku menggelarkan namaku Arip. Aku dari Tingkatan 2 Bakti dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Hussien. Aku tinggal di Taman Desa Kenanga. Aku lahir pada 11 Mac 1990. Hobi aku ialah mendengar radio dan makan kuaci serta chewing gum. Aku suka akan warna hijau kerana ia melambangkan alam semula jadi yang menghijau di dunia ini. Aku telah mengenali ramai kawan dan kami telah membentuk satu puak iaitu 2 Bakti yang terdiri daripada boys & gurls. Aku telah mengalami pelbagai kenangan pahit dan manis. Antaranya, sewaktu aku kecil, aku suka melompat-lompat di atas katil (dahulunya aku amat lasak). Sedangku asyik melompat, tiba-tiba, kakiku terseliuh menyebabkan aku jatuh lalu kepalaku. Menghentam kuat cermin tingkap di tepi katil. Apa lagi, aku pun merenggeklah. Ibu bapaku menggelabah kerana aku mengalami pendarahan yang banyak. Aku dibawa ke hospital. Kepalaku ditusuk serpihan cermin menyebabkan kepalaku dijahit. Antara yang manis ialah aku telah mendapat kad Hari Raya dari kawan lama. Ucapanku kepada teman-temanku ialah belajarlah rajin-rajin kerana masa itu EMAS…………… 

pantun

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.


Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali; 
Hina basi kerana karat, 
Hina manusia tidak berbudi.


Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.


Nama saya Nurul Aqila binti Othman . Saya tinggal di Taman Desa Mewah . Saya belajar di S . M . K . Engku Husain . Saya duduk di kelas 2 Bakti . 

Subject yang paling saya gemari ialah Mathemtics dan Sejarah serta Sains . Saya meminati pelajaran tersebut kerana ini adalah satu mata pelajaran yang penting bagi saya, untuk menjadi seorang 'Dentist'. Di sekolah terdapat ramai guru iaitu Pn. Norul Ain, Pn. Wardah dan Syahrine Suzana adalah guru yang di gemari. Saya menggemari guru ini kerana cara mereka mengajar menyebabkan saya mudah memahami apa yang di ajar.

Saya menjadi tenang apabila mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Celine Dion. Lagunya adalah 'All come back to me now'.Artis yang digemari adalah Wardina. Cerita 'Fear Factor dan Explorace' adalah rancangan telivisyen kegemaran saya. Pengalaman manis yang tak dapat dilupakan ialah semasa bercuti di Sabah bersama keluarga. Kenangan pahit pula ialah ketika saya standard two saya di tampar oleh Pn. Mimi Hairina. Khairun Nisa adalah kawan yang paling rapat. Matlamat hidup saya adalh gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Ucapan saya adalah semoga guru, rakan bahagia dunia akhirat. 'Always be smart'.


Sahabat, 
Andai ditakdirkan
Kita tidak selamanya bersama
Kenanglah semua saat yang lalu
Di mana kau dan aku
Pernah bermimpi menggapai bintang

Sahabat,
Kita pernah mengharungi
Pahit dan getir bersama
Bukan sedikit bukannya mudah
Tetapi semua cabaran dan halangan
Berjaya kita terjah

Sahabat,
Ku doakan agar dikau
Berjaya dalam hidupmu
Di dunia mahupun
Di akhirat nanti

Hai , saya seorang pelajar S . M . K . Engku Husain dari kelas 2 Bakti . Saya tinggal di No , 36 Kampung Rinching Hilir . Pada pukul 10:30 pagi pada tarikh 26 november 1990 . Saya disambut dengan kegembiraan kerana saya anak sulung dari 2 adik-beradik .

 Bagi semua remaja mereka mempunyai  minat yang tersendiri . Saya pun begitu tetapi saya gemarkan benda yang jarang dimiliki remaja . Kini , remaja gemari menghabiskan masa di ‘cybercafe’ . Bagi saya sesuai dengan era kemodenan sekarang . Adalah tabiat saya mengumpul lilin dan mencuba sesuatu yang baru serta menyertai pertandingan di sekolah .

Makanan kegemaran dan minuman kegemaran saya ialah masakan yang dimasak oleh nenek dan ibu saya . Saya gemar menyanyi semasa membuat ulang kaji pelajaran supaya saya tidak bosan . Lagu yang menjadi pilihan saya ialah lagu-lagu Inggeris yang membolehkan saya fasih dan mahir didalam bahasa Inggeris . Lagu-Lagu melayu pun saya minati .

Demi masa depan cerah , saya merancang hidup saya dengan lebih saya awal lagi dan teliti . Dengan demikian , saya mengikuti era globasasi untuk memajukan diri saya dan menkjadi vet professional  yang terkenal . sesungguhnya , saya Nurul Aqilah Zaid memberi kata akhir , apa jua impian yang anda kejar , harus kejar sampai dapat , jika tidak ia akan pergi jauh meninggalkan anda . BYE .

 

Kegagalan mengapa kau muncul kembali ,
Aku tak bias menghadapimu ,
Tapi kau tiba jua disisiku ,
Kedatanganmu tak pernah kuundang .

Kegagalan , 
Andainya tiada semangat didiriku ,
Kau akan berjaya menumpaskanku ,
Tiada lagi nur didalam hidupku ,
Jua runtuh impian binaanku .

Aku mengorak langkah penuh hati-hati,
Agar kau dapat ku hindari , 
Semangat ku teguh berhimpun kini ,
Doaku panjat ke hadrat Illahi ,
Agar tidak tewas oleh dikau lagi .

Gubahan : Aqila