Pemerintahan Darurat bermula 1948. Ditubuhkan pasukan komunis, kononnya hendak bersaing rapat dengan kerajaan Malaysia, Malaya pada masa itu. Apabila gagal berunding kerajaa Tanah Melayu. Selepas 1948, komunis mula bergerak lari ke hutan dan membentuk dan membimbing pasukan pengganas komunis. Di Jalan Sungai Lalang, Semenyih dan Ulu Langat . Orang Melayu yang menyertai komunis bernama Khidir dan berasal dari Ulu Langat. Pada masa itu kerajaan Malaya, menubuhkan Home Guard untuk mengawal seluruh pelusuk kampung dalam masa darurat. Termasuklah Jalan Sungai Lalang dan sekitarnya. Khidir menjadi ketua komunis bagi kawasan Hulu Langat. Pada tahun 1949, pasukan komunis yang dipimpin oleh Khidir telah membuat pelbagai huru-hara di kawasan Sg Lalang dan Ulu Langat sehingga banyak yang dibunuh. Mereka mahu berjuang menegakkan ideologi komunis. Semua kawasan menjadi huru hara. Mereka bergerak ke sana sini untuk menghasut orang Melayu untuk menyertai kumpulan mereka. Tetapi orang Melayu sedar memandangkan kerajaan komunis ini tidak sefahaman dengan penduduk kampung. Masa itu pertubuhan sukarela yang diadakan di seluruh kampung-kampung menyandang senjata untuk mempertahankan kawasan masing-masing. Saya sebagai penduduk kampoung menerima sepucuk senjata dan sederet peluru dan bertugas selama 6- 7 bulan. Kemudian saya berkhidmat sebagai tentera .Saya berlatih di Depo Port Dickson pada tahun 1952. Saya berkhidmat sehingga 1979 untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Saya kemudian ditugaskan di Kepala Batas Kedah. Kawasan operasi di kaki Gunung Alur Pongsu, Kulim, Kedah. Semasa itu Bastalion 5 Melayu telah membunuh 68 orang 17 orang dapat ditawan. Masa komunis memang susah. Makanan dicatu. Duduk dalam quaters area, new village untuk orang-orang Cina. Kerajaan tak mahu mereka berselerak di kampung-kampung dan komunis tidak dapat memerasmereka. Diadakan kumpoulan untukmmnjeaga keselamatan dan komunis tidak berhamoiran dengan bandar-bandar untukmmembeli bnarng-barang makan. Keselamatan ketika itu diketuai ooleh General Henry Gurney. Pengetahuannya tinggi dalam soal-soal keselamatan. Di kumpulan orang Melayu an orang Cian dan didudukkan dalam sesuatu tempat. Orang luar tidak bolehmebawa makanan sehinggalah mencapai persetujuan, komunis lari ke sana- sini seperti ke sempadan Thailand. Orang Melayu ada juga menyertai komunis. Cntohnya Rashid Maidin dan Shamsiah Pakeh. Tapi pasukan tentera tidak permah berjumpa dengan mereka, cuma dengar cerita sahaja. Mereka lari ke sempadan Thailand . Semasa saya jadi home goard, di depan rumah saya ada satu kubu untuik mmepertahankan serangan komunis. Kalau keluiar kita terus keluar tanpa diberitahu awal-awal dari jam 10.00 hingga 6.00 pagi akan ditermbak. Semua anggota diberi senjara. Ada 12 laras senjata bagi setiap satu seksyen. Tapi pada masa itu komunis tak berani datang ke post-post. Tapi komunis ini tidak boleh dibuat kawan kerana mereka menyamar sebagai orang awam, tapi ada senjata. Kita kenalah berhati betul-betul. Ada seorang yang menyamar. Dia pergi kepada polis , dia fitnahkan sipolan-sipolan telah menyertai komunis. Akibnatnya ada yang kena tahan ke Beruas, Melaka. Seramai 0 orang telah ditahan . Mereka ditahan 3 tahun dan kinimereka telah meninggal dunia. Dia umpama komunis tapi dia belot . Beruas sekarang ialah Tanjung Keling, Melaka. Nama yang terlibat itu ialah Kirin, arwah abang Majid Sedan , Tani , Ismail , Yusuf, ada 10 orang. Mereka dituduh menyertai komunis . Yang memberitahu itu ialah komunis yang telah menyertai komunis . Arwah Majid laki Kak Limah yang berniaga di kedai Mara. Orang Melsyu yang menyetasi komunis hanya kerja di luar. Mencari cari untuk makan. Cari barang makan dan hantar kepada komunis. Oleh kerana tak tahan membekalkan makana, mereka telah lari. oleh kerana mereka lari,lalu dituduh menolong komunis. Bukan masuk komunis tapi menolong komunis. Sebetulnya orang Melyu tak sukan masuk komunis. Tapi mereka diberi penerangan untuk memerdekaan negara Maaysia secara kekerasan tapi parti kerajaan tak mahu berjuang secara kekerasan. Kekertasan memanglah perangai komunis. Bila dibnuat rundingan di Sekolah Cina di Baling tahun 1955. Semua komunis termasuk Chin Peng keluar pada masa itu. Lebih kurang 300 orang. Pihakkerajaan dan tentera datang bersama. Termasuklah saya sendiri bertugas di sana pada masa itu di Sekolah Rendah Cina,. Komunis menuntut pemerintahan bersama. Tapi Tunku Abdul Rahman tak setuju. Tun Razak tidak setuju. Tun Dr Ismail tak setuju. Tan Cheng Lock dan Manikavasagam tak setuju komunis hendak kerusi parlimen . Kemudian komunis lari ke sempadan Thailand. Tapi pembsar-pembesar lari ke China. Chin Peng, Rashid Maidin, Musa Ahmad. termasuklah Shamsiah Pakih. Musa Ahmad balik ke Malaysia. S Askar 1 batalion, 5 melayu. Komunis lebih kurang 300 orang. Ingatkan mereka mahu berunding yang betul. Komunis pakai baju kuning tiga bintang. Pemimpin Melayu yang besar ialah Rashid Maidin. Semasa Anwar menyerah diri, bertalu-tali surat ditaburkan dari udara minta Shamsiah Pakeh menyerah diri tapi dia enggan menyerah. anwar ialah suami kepada Shamsiah Pakeh. Pemimpin utama komunis yang mati di Sungai Lalang ini ialah Lien Yew Koh Yew Koh berketurunan Cina.Dia ditembak oleh pasukan Unzen , iaitu pasukan tentera daripada daripada Australia. Khidir pula ditembak mati di Batu Laut, Sepang, Selangor. Dia bercakap besar, kononnya selagi dia pijak bumi dia tidak akan mati. Tidak lut. Boleh hilang. Jadi orang tunggu dia meniti di atas jambatan dan tentera menembaknya. Mati. Masa itu bergerak pada waktu malam. Tentera memburu di Ulu Langat dia ke Sungai Lalang. Tentera memburunya di Semenyih dia pergi Batu Laut. dia adalah nombor dua besar selepas Chin Peng ialah Yew Koh. Pemimpin komunis yang kedua besar ialah Rashid Maidin. Askar yang bersatu menentang dan memburu komunis pada masa itu ialah tentera British, tentera Gurkha , Australia, Fiji, New Zealand . Mereka ini berpusat di Kuala Lumpur. unit-unit mereka beroperasi di pelbagai peringkat . Dia Kajang , pusat operasi dekat Jalan Bukit, Kajang. Askar Melayu ada dihantar kem sementara di hadapan SK Hulu Semenyih. Bila bergerak senang. Masa itu saya sudah menjadi poengawal kamoung iaitu berumur 17 tahun. Ada diberi pakaian iaitu baju, seluar, tempat peluru, topi dipanggil Home Guard. Bila pasukan poilis tak cukup ditubuhkan SC. Mana-mana estet dikawal oleh pasukan SC. Sc dibawah jagaan polis. Home Guard terpulang kepada orang kampung . SC ialah special constable iaitu pasukan polis bantuan. Ia adalah diiktiraf oleh pasukan polis. Kebanyakan mereka menjaga dan mengawal estet. Termasuklah Bilal Sari . tiasp-tiap malam bertembak tahun 1949-1951 di tiap-tiap malam di Sydney Estet, Semenyih Estet. Orang kampung sini diikat dan diitikam . Namanya Mat Dom bin Mat Dam. Dia tak mahu bekerjasama dengan komunis. Pekerjaan Mat Dom ialah menoreh di estet di Sydney Estet. Dibawa dekat kongsi dan ditikam sampai mati. Seorang lagi yang mati ialah Ismail. Ismail bin Daud dari Sungai Lalang juga dibunuh olehkomunis. Orang kamoung tidak dapat berbuat apa-apa kerana senjata bukan banyak. Diberi 12 pucuk. Bertukar-tukar orang bertukar ganti. Besok orang lain pula mengawal kampung. Masa itu belum dapat senjata lagi , kemudian baru dapat. Komunis tak boleh dibenarkan di Tanah Melayu. Kalau Cina Korea boleh kerana mengikut cakap.Tapi komunis ini hanya suka hati kehendak dia sahaja. Kalau taksetuju dengan mereka, akan dibunuh. Kita dipaksa mengikut telunjuk mereka.Itu sebab tak bleh dibenarkan duduk dalam parlimen. Pengganas ini datang malam-malam sahaja. Askar atau polis - askar British ini datang, tapi opengganas komunis ini cabut lari. Mereka yang membuat laporan kepada polis akan dibunuh. Raja Engku Bot dari Jalan Bangi. Dia diikat ditangan dan ditarik dari Jalan Sungai Purun dan diheret hingga ke hutan Batu 30, Sungai Tekala. Kemudian dipancung. Rujukan ; 1. Mohd Amin di Bt 22, Jalan Sungai Lalang, Semenyih pada Julai 2000.
Make your own free website on Tripod.com