Make your own free website on Tripod.com
  


SEJARAH PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH 
DI MALAYSIA


Bertahun-tahun lamanya timah dan getah merupakan dua sumber utama ekonomi Malaysia. Sungguhpun pendapatan eksport dan timah telah merosot sejak beberapa tahun yang terakhir ini, industri ini masih lagi menjadi sumber pendapatan keempat terbesar dan segi pertukaran wang asing negara ini dan dalam tahun 1980, Ia menyumbangkan satu rekod sebanyak $2,505.2 juta melalui cara pendapatan eksport. Ia merupakan mineral yang terpenting di lombong di Semenanjung Malaysia. Ia wujud kebanyakannya sebagai mendapan aluvium di kaki - kaki bukit di Semenanjung Malaysia di sebelah Barat Banjaran Besar. Kawasan yang amat penting ialah Lembah Kinta yang meliputi pekan-pekan lpoh, Gopeng, Kampar dan Batu Gajah di negeri Perak. Malahan, timah aluvium dilombong di satu jajaran negeri-negeri bermula dari Kedah hingga ke Lembah Kinta dan di kaki-kaki bukit di Perak, Selangor dan Johor. Kawasan ini menjadi sebahagian dan jajaran timah termasuk ibu negara Malaysia Kuala Lumpur yang merupakan pusat kepada satu lagi kawasan yang kaya dengan timah. Di tanah rendah sebelah timur Semenanjung , bijih timah yang beraluvium didapati di lembah Kelantan dan berhampiran dengan Mersing.

Permintaan industri yang kian bertambah ke atas timah, ditambah pula dengan penemuan mendapan-mendapan timah yang luas dan banyak di Larut dan Kinta dalam negeri Perak berakhir dengan perbalahan di kalangan Raja-Raja Melayu, penghijrahan secara besar-besaran buruh Cina yang kemudiannya meningkatkan pelaburan Cina, campur tangan dan penguasaan lnggeris dan akhirnya kemasukan modal serta teknologi asing terutamanya lnggeris ke Semenanjung.

Apabila lnggeris buat pertama kalinya terlibat di Perak, Tuan Andrew Clarke telah diarahkan untuk memajukan perhubungan, dan jalan-jalan raya Negeri telah dibina di antara pekanpekan perlombongan yang besar. Langkah utama ke arah sistem perhubungan yang moden telah dilaksanakan dalam tahun 1885 apabila satu landasan keretapi sepanjang 12.8 kilometer telah dibina dari Taiping yang menjadi pusat pengedaran bagi kawasan-kawasan timah di Larut, dan pelabuhannya Port Weld. Landasan ini telah disambung ke Utara dan Taiping ke Kamunting di Perak dalam tahun 1890 dan ke Ulu Sa'petang dalam tahun 1892.

Dengan cepatnya berikutan kejayaan landasan keretapi Taiping/Port Weld, Satu lagi landasan telah dibuka dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia ke Kelang dalam tahun 1886 dan telah disambung melalui Pelabuhan Swettenham dalam tahun 1889.

Sejurus selepas landasan keretapi diperkenalkan, rancangan-rancangan telah diatur untuk membina jalan besar pertama yang mana kerjanya telah bermula pada tahun 1895. Jalan raya utama itu telah menempuhi pekan-pekan, lombong timah yang utama iaitu Seremban, Kuala Lumpur, lpoh dan Taiping. Jalan pertama ke Negeri Pahang menghubungi Kuala Kubu, sebuah pekan lombong timah di Selangor dengan lombong-lombong emas di Raub, melintasi "Gap" yang ketika itu menjadi satu kawasan perlombongan timah yang penting. Maka dapatlah dilihat bahawa usaha-usaha perintis dalam memajukan Malaysia telah dilaksanakan melalui perlombongan timah.

Menjelang tahun 1883, Malaysia telah menjadi pengeluar timah yang terbesar di dunia, Satu kedudukan yang telah dikekalkannya sejak tahun tersebut sehingga sekarang. Menjelang akhir abad ke-19, ia telah membekalkan kira-kira 55% dan timah dunia berbanding dengan angka semasa iaitu kira-kira 32%.

Timah bagaimanapun bukan merupakan logam tunggal yang dihasilkan di negara ini. Berbagai jenis logam telah dieksploitasi pada masa lalu dan dengan permintaan yang kian bertambah ke atas banyak jenis logam yang berlainan selepas Perang Dunia II dan bagi logam-logam untuk pembinaan selepas Kemerdekaan, senarai logam-logam yang digali terus bertambah panjang.

KAPAL KOREK

Sebuah kapal korek yang moden serta besar dan seberat 5,100 tan metrik bernilai kira-kira $30 juta untuk membinanya. Bentuk kapal korek menyerupai sebuah kilang yang terapung dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar, dan Ia mempunyai satu talian pencedok - pencedok yang berat. Kapal korek terapung di tasik buatan atau semula jadi dan pencedokpencedok itu akan mengaut tanah yang mengandungi bijih dan mengangkutnya ke satu tempat tinggi di dalam badan kapal korek.

Bahan-bahan yang telah dikorek itu dicairkan oleh sumpitan-sumpitan air ketika bahan -bahan itu masuk ke dalam tabung silinder yang berputar itu sementara bahan-bahan yang mengandungi timah disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur-unsur mineral yang berat itu terkumpul. Kapal-kapal korek terbesar yang menjalankan operasinya sekarang, boleh mengorek dalam satu operasi yang berterusan sehingga sedalam 200 meter di bawah permukaan air dan boleh mengendalikan sehingga lebih dan tiga suku juta meter padu bahan setiap bulan.

Kapal korek yang pertama telah diperkenalkan di Malaya oleh Malayan Tin Dredging Ltd. di kawasan timah Lembah Kinta dalam tahun 1913. Dalam tahun 1914 terdapat tiga buah kapal korek dan dalam tahun 1915 sebanyak 11; menjelang tahun 1920 jumlahnya bertambah menjadi 20 dan menjelang tahun 1921 meningkat kepada 30. Jumlah terbesar kapal korek yang pernah menjalankan operasinya serentak dalam satu masa ialah dalam tahun 1929 apabila terdapat sebanyak 105 buah kapal korek dan tidak ada satupun yang tidak menjalankan operasinya. Bagaimanapun, terdapat 123 buah kapal korek di Malaya dalam tahun 1940. In merupakan jumlah kapal korek yang paling besar pernah dicatatkan di negara ini tetapi 19 daripadanya tidak menjalankan operasi pada tahun tersebut. Menjelang akhir tahun 1981, bagaimanapun terdapat hanya 60 unit kapal korek saja lagi yang menjalankan operasinya. Pada akhir 1983, terdapat hanya 38 unit sahaja lagi kapal korek beroperasi.

PAM KELIKIR

Dalam perlombongan pam kelikir, sumpitan-sumpitan air dengan tekanan kuat digunakan untuk meruntuhkan tanah yang mengandungi bijih timah dan permukaan terdedah pinggir bukit atau kuari. Slur (pecahan-pecahan tanah akibat disumpit) itu berkumpul dan disedut oleh alat disebut sam (sump) yang terletak di permukaan bawah sekali di kawasan yang lereng dan kemudian dipam oleh pam kelikir ke kotak saluran yang panjang dan condong yang dikenali setempat sebagal palung) bagi memisahkan mineral-mineral yang berat dengan cara pemisahan graviti.

Melombong dengan cara pam kelikir yang diamalkan melalui cara-cara yang diperkenalkan oleh orang - orang Cina pada separuh abad yang terakhir ini, telah sejak beberapa tahun ini menduduki tempat kedua selepas kapal korek dan segi pengeluaran tahunan timah pekat Malaysia,telah menghasilkan 44.84 peratus dari jumlah keseluruhan pengeluaran Malaysia dalam tahun 1964, berbanding dengan 42.82 peratus yang dikeluarkan dengan cara kapal korek, dan menjadi pengeluar timah yang terpenting sekali di Malaysia buat pertama kalinya.

Melombong menggunakan pam kelikir adalah cara yang terbaik dan sesuai sekali di Malaysia. Adalah mungkin untuk mewujudkan sebuah lombong serupa ini dengan modal kirakira $250,000 bergantung kepada ukuran operasi-operasi dan keadaan kawasan yang akan digunakan, satu modal yang di dalam kemampuan seseorang pemilik atau beberapa rakan yang berkongsi. Pada awal tahun 1966, dengan keadaan harga timah yang munasabah di pasaran dunia , terdapat lebih dari 1,000 unit lombong pam kelikir di Malaysia yang mana 600 darinya di negeri Perak dan lebih dari 200 di negeri Selangor, kedua-duanya di Semenanjung Malaysia.

Pada akhir tahun 1981, terdapat sebanyak 593 unit lombong pam kelikir yang beroperasi di Semenanjung Malaysia berbanding dengan 746 dalam tahun sebelumnya. Menjelang bulan Disember 1983, hanya tinggal 430 unit lombong pam kelikir sahaja lagi.

LOMBONG DEDAH

Lombong Dedah yang terbesar di dunia terletak dekat ibu negara Malaysia Kuala Lumpur-Sungei Besi Mines Ltd.

Dalam cara melombong ini , tanah yang mengandungi timah dikorek dengan menggunakan jentera dan dibawa dalam keadaan setelah Ia dikorek itu dengan cara-cara mekanik ke loji atau kilang membilas dan barulah disebatikan dengan air untuk memudahkan timah pekat yang Iebih berat itu dapat diasingkan dan sisa-sisa tanah yang lain.

Penyodok-penyodok mekanik, jengkaut-jengkaut pencedok beroda dan traktor-traktor digunakan untuk mengorek tanah yang kemudian dibawa dengan Ion, lokomotif atau pengangkut panggul ke loji membilas. Terdapat kesemuanya lima buah lombong seperti mi yang menjalankan operasinya di Negeri-negeri Tanah Melayu dalam tahun 1965.



LOMBONG BAWAH TANAH

Sejak pertengahan abad yang terakhir mi, timah telah dilombong di Sunge Lembing di negeri Pahang di mana terdapat sekarang in satu-satunya lombong timah Bawah Tanah yang terbesar sekali di dunia. Operas lombong tersebut dijalankan oleh Syarikatnya sekarang ini, The Pahang Consolidated Public Company Ltd. dan oleh Syarikat berkaitan yang terdahulu darinya sejak 1883. Melombong timah dekat Sungel Lembing dipercayai mungkin bermula sejak zaman purbakala lagi, tetapi melombong secara besar-besaran bermula dalam tahun 1888.

Mendapan-mendapan timah dalam lombong in adalah dalam bentuk telerang batu yang wujud dalam batu-batu keras dan bukan aluvium seperti di Lembah Kinta dan di lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Lombong ini mempunyal kira-kira 322 kilometer panjang terowong bawah tanah dan kerja-kerja dijalankan kira-kira sedalam 600 meter.

MENDULANG (MELANDA)

Mendulang atau melanda merupakan satu daripada beberapa cara yang ulung untuk mendapatkan mineral-mineral dan bumi. Di Semenanjung Malaysia, lesen-lesen melanda hanya diberikan kepada kaum wanita. Kira-kira 350,000 kilogram timah pekat dapat dilanda oleh pelanda-pelanda setiap bulan.

Dulang-dulang juga digunakan apabila menyelidiki tanah dalam usaha mencari timah bagi mengasingkan timah pekat dan lain-lain bahan dalam tanah yang sedang diselidiki untuk menentukan sama ada ekonomik untuk melombong timah di situ.

Mendulang adalah cara terulung melombong timah pekat dan dasar-dasar pantai atau sungai dan kawasan-kawasan "tailings". Bijih timah (pekat) yang lebih berat tinggal di dalam dulang, sementara lumpur dan tanah berputar dengan air dan melimpah keluar dan pinggir dulang.

GubukTimah

Bijih timah yang digali dan lombong itu diangkut ke loji penapisan atau lebih dikenali sebagal gubuk timah di mana ia diproses dengan lebih lanjut lagi untuk meninggikan kepadatan timah. Bijih timah tersebut dibasuh dan diasingkan dan lain-lain mineral yang ada bersama seperti ilmenit, yang dikenali setempat sebagai amang, dan kolumbit, monazit dan zirkon sebelum diisi ke dalam beg-beg khasnya.

Peleburan

Melebur ialah satu proses di mana bijih timah yang sebenarnya Oksida Timah itu, dipanaskan dan timah bersihnya dipisahkan. Ini dilakukan di dalam relau dan proses melebur itu memerlukan bukan saja bijih timah tetapi juga bahan api dan arang batu serta batu kapur. Di Malaysia terdapat jumlah batu kapur yang secukupnya tetapi bukan bahanapi dan arang batu yang akhirnya harus diimport. Bijih timah dibawa dari lombong ke relau peleburan. Sebuah tempat peleburan seperti ini terdapat di Malaysia terletak amat berhampiran sekali dengan pelabuhan utama Pulau Pinang untuk mengurangkan kos pengangkutan. Selepas peleburan petak-petak besar timah pekat yang disebut jongkong itu dieksport ke bahagian-bahagian lain dunia terutamanya England dan Amerika Syarikat. Di sana kebanyakan dan timah itu diproses menjadi plat timah dan bekas-bekas untuk menyimpan buah-buahan dan sayur-mayur diperbuat.

Mencarigali timah

Sebelum sesuatu keputusan dicapai sama ada akan membuka lombong timah atau tidak kawasan berkenaan harus diselidik dulu dan kerja-kerja menggerudi tanah dilakukan untuk mengetahui kadar bijih timah dalam tanah di kawasan tersebut dan menganggarkan sama ada operasi-operasi melombong dijangka boleh menguntungkan.

Contoh-contoh tanah yang di bawah permukaan bumi itu akan diperolehi di dalam sebuah tabung kosong yang berada di dalam alat menggerudi melalul injap satu-hala.

Alat menggerudi tanah itu dihentak jauh ke datam tanah dan dan contoh-contoh tanah yang dilintasi oleh alat menggerudi itu, peratus bijih timah dalam satu ela padu (0.76 meter padu) tanah dapat dihitung.

Sekiranya terdapat bijih timah yang mencukupi yang boleh menguntungkan jika dilombong hash dan penggerudian awalan itu maka, kawasan berkenaan akan digerudi dengan lebih kerap dan secara sistematik lagi pada jarak-jarak yang Iebih dekat lagi, untuk menganggarkan isi timah di seluruh kawasan tersebut dan untuk mendapatkan satu penilaian yang tepat dan mana kos-kos dan keuntungan-keuntungan melombong kelak dapat dianggarkan pula.

Ada dua cara mencarigari timah iaitu dengan menggerudi cara bank dan mekanik.

Kegunaan utama timah

Plat timah Kaleng Makanan

Bekas tanpa tutup dan am; kaleng makanan binatang peliharaan.

Untuk minyak, bahan kimia, cat, kosmetik dan keluaran lain yang bukan makanan.

Tutup skru, tutup pulas, gabus penutup dan lain-lain.

Kereta, penggunaan radio dan elektrik; meter gas; kejuruteraan ringan am dan kerja percetakan

Kelengkapan dapur dan tenusu; papan tanda peragaan dan pengiklanan; barang mainan.

Kelengkapan memproses makanan dan pengangkutan; ke!engkapan memanas air dan perkakas dapur; kelengkapan elektrik dan elektronik; tanda harga, mata kancing dan pengikat; wayer keluli dan tembaga, piston dan bahagian pam.

Kelengkapan elektrik dan elektronik; pemadam api; kelengkapan gas dan tangki bahan api; plat sadur timah.

Barang-barang kelontong; perkakas dapur dan perhiasan, salutan-dalam bagi salutan-satutan logam lain.

Komponen alatan dan radas; barang-barang kelontong; pemantul; litar tercetak.

Kelengkapan hidraulik; kelengkapan elektrik; komponen kereta dan motorsikal; pemadam api.

Keranjang; paip; tiub boleh kempes; fius; kaji logam serbuk. Industri elektrik dan elektronik; bekas logam; kerja paip; radiator kereta dan penukar haba; semua kerja menyambung logam.

Kejuruteraan laut kimia dan am; bearing dan busy; pam; alatan muzik; sen bina; duit syiling.

Bearing dan busy; barang kemas tiruan; tuangan kejituan; paip organ; piuter dan kerja seni.

Alat renjis; penggera dan keselamatan; alat pateri takat lebur rendah; tutup logam; industri tekstil; perkakas cetak; acuan. Bearing; tuangan pam.

Perlitik; besi tahan haus dan haba.

Logam percetakan dan tuangan acuan; abi pergigian, abi

logam nadir.

Kaca apung; sebatian kedap; sistem rintangan pengoksidaan. Mangkin dan agen penurunan; pelegap dan pewarna; elektro mendapan; ubat veterinar; penyaduran dengan perak; salutan kaca; ubat gig dan sabun.

Mangkin ; penstabil; racun kulat; racun serangga; disinfektan; perantaraan kimia

Keistimewaan timah kepada Ekonomi Malaysia kita

Seperti yang telah disebut terdahulu , banyak dan pusat-pusat bandar di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung dapat membangun akibat dari industri pertombongan. Sehingga akhir-akhir in eksport mineral-mineral merupakan satu dari dua hasil pendapatan utama pertukaran wang asing bagi negara ini dan menjadi punca pendapatan yang amat mustahak bag Kerajaan, jauh melebihi dari agihan sejajarnya di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDN K). Industri timah sahaja menyumbangkan sejumlah $5,465.3 juta dari tahun 1898 hingga 1983 kepada Kerajaan Malaysia, melalui bayaran duti eksport ke atas timah padat. Hari ini, eksport mineral-mineral masih memainkan peranan penting walaupun kemajuan-kemajuan kebelakangan ini telah membolehkan industri-industri lain mendahului industri mineral dalam sumbangannya terhadap ekonomi negara.

Oleh sebab industri perlombongan bukanlah satu industri yang memerlukan ramai buruh, maka sumbangannya terhadap arena pekerjaan agak kecil sedikit. Pada akhir tahun 1981, sejumlah kira-kira 35,198 orang adalah pekerja-pekerja Iangsung kepada syarikat-syarikat perlombongan timah berbanding dengan angka jumlah pekerjaan sebanyak kira-kira 5.3 juta bagi seluruh negara. Bagaimanapun, angka 35,198 ini tidak termasuk bilangan besar pekerja-pekerja yang diambil oleh kontraktor-kontraktor yang mengendalikan kerja-kerja pengautan tanah yang luas, pembinaan dan kerja-kerja mencarigali timah dalam industri perlombongan. Tambahan pula, ia tidak meliputi pekerjaan yang disediakan oleh syarikat-syarikat melebur timah, kilang-kilang penuangan besi, pusat-pusat pembilasan amang, pusat-pusat kerja kejuruteraan, perunding-perunding perlombongan, syarikat-syarikat pengurusan, pembekal-pembekal peralatan dan lain-lain pertubuhan yang memberi khidmat kepada industri ini. Maka adalah munasabah untuk menganggap bahawa jumlah pekerjaan yang disediakan secara langsung dan tidak langsung oleh industri perlombongan sahaja melebihi 100,000. Perlu dingat bahawa di samping kebanyakan daripada pekerja-pekerja tinggal di pusat-pusat perlombongan yang utama atau yang berhampiran dengannya, maka sebarang gangguan besar dalam industri perlombongan akan mengakibatkan masalah-masalah sosial dan ekonomi yang besar di kawasan-kawasan berkenaan.

Pekerjaan yang disediakan oleh industri perlombongan juga penting dalam erti kata ia merupakan satu-satunya dan hanya beberapa jenis pekerjaan berbentuk industri yang boleh membantu menyekat penghijrahan masyarakat luar bandar ke pusat-pusat bandar dalam usaha mereka untuk mendapat pekerjaan. Perlombongan kebiasaannya wujud di kawasan-kawasan luar bandar atau separuh luar bandar dan, oleh sebab itu memberikan sumbangan yang penting kepada pekerjaan luar bandar.

Di samping menyediakan pertukaran wang asing dan pekerjaan kepada negara, industri perlombongan juga telah memajukan satu tahap teknologi yang agak besar di dalam negara mi. Pekerja-pekerja dalam industri mi dan lain-lain industri sampingannya seolah-olah menunjukkan satu tahap kemahiran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan industri-industri yang sama di kebanyakan negara-negara yang lain. Lagipun, Malaysia telah dan masih lagi berterusan diiktiraf sebagai jagoh di dunia in dalam bidang perlombongan timah aluvium dan industri perlombongan Malaysia masih kekal dalam kemampuan untuk mendapatkan timah dan muka buminya dengan tahap kos yang jauh lebih rendah dan apa yang dialami oleh rakan-rakan sejawatnya di negara-negara lain.

Tanah

Kira-kira 14,000 kilometer persegi tanah di seluruh negara telah dipindahmilik dan diasingkan untuk perlombongan. mi merupakan kurang dan 1% dan seluruh permukaan kawasan bumi negara mi. Hampir semua kawasan itu terletak di Semenanjung di mana ia merupakan hanya kurang sedikit dan 2% dan keseluruhan permukaan kawasan Semenanjung. Perak, negeri di mana kebanyakan aktiviti perlombongan dijalankan, mempunyai hampir dua per tiga dan semua tanah perlombongan dalam negara mi dan tanah perlombongan di negeri itu memenuhi hampir 4% dan seluruh kawasan negeri itu. Jumlah kawasan tanah di mana terdapat operasi-operasi perlombongan adalah minimum sekali berbanding dengan kawasan tanah yang digunakan bagi pengeluaran mana-mana satu barangan utama yang lain. Ini sudah barang tentu adalah disebabkan oleh fakta bahawa perlombongan di Malaysia seperti mana jua di negara-negara lain, memberikan penghasilan yang tertinggi bagi setiap unit kawasan berbanding dengan pertanian atau perhutanan.

Perak setakat ini merupakan negeri pengeluar timah yang terpenting sekali di Semenanjung Malaysia, dan Selangor juga amatlah penting. Semua negeri pengeluar timah yang utama itu terletak di sebelah Barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, sumber-sumber mineral adalah harta yang boleh tandus dalam erti kata bahawa selepas harta itu habis digali, ia tidak akan wujud lagi. Di dalam kes di mana mendapan-mendapan timah aluvium di Malaysia yang diketahui, ketandusan kawasan-kawasan simpanan telah dapat ditunda dengan cara penjimatan yang baik sumber-sumber tersebut, satu sistem mencarigali yang agak efisien dan evolusi teknologi dan ekonomi yang sesuai untuk membolehkan tanah yang sudah dilombong sebelumnya tanpa melombong habis-habisan itu, supaya dapat dilombong semula kadang kala sampai melebihi dari satu kali.

Bagaimanapun, perlunya eksplorasi dan penyelidikan tanah bagi mendapan-mendapan mineral baru tidak boleh dipandang ringan. Kerja-kerja demikian adalah mustahak bukan sahaja untuk menggantikan mendapan-mendapan yang kian pupus tetapi juga untuk meluaskan lagi bidang kegiatan perlombongan agar dapat memberikan sumbangan yang jauh lebih besar kepada ekonomi negara. Kerja-kerja seperti itu dilaksanakan sepanjang masa, tetapi adalah diakui di Malaysia dan juga di tempat-tempat lain, bahawa hasil kerja ini selalu sahaja kurang dari apa yang diharapkan. Sebab utama ini berlaku adalah kerana belanja eksplorasi dan penyelidikan adalah tinggi dan ia merupakan aktiviti-aktiviti yang amat banyak mengambil masa.

Malaysia bertuah memiliki banyak dan bermacam-macam sumber mineral. Industri ini telahpun menggesa Kerajaan supaya merumuskan satu Dasar Mineral secepat mungkin untuk mewujudkan suatu suasana yang akan meningkatkan lagi kemajuan sumber-sumber mineral negara untuk manfaat rakyatnya, disamping pada masa yang sama memberikan perhatian yang wajar kepada mereka yang mengorbankan modal untuk mewujudkan kemajuan tersebut.

Rujukan :

Melombong Timah di Malaysia, Terbitan Lembaga Perusahaan Timah, Kementerian Perusahaan Malaysia, 1984. 
Siri Pelangi Fokus Sejarah PMR , Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, 19