Make your own free website on Tripod.com
  


PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Parti Komunis Malaya bermula pada tahun 1920-an. Tetapi penubuhan secara rasmi pada tahun 1930. Sejarah penubuhan PKM banyak berkaitan dengan sejarah China dan permusuhan China- Jepun. Parti Kuomintang pimpinan Ching Kai Sek menpunyai banyak cawangan dan ramai penyokong kuatnya di Tanah Melayu. Parti Komunis China di bawah pimpinan Mou Tse Tung bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya. Sementara itu Komunis Tanah Melayu dan Singapura dipengaruhi oleh gerakan Komunis Antarabangsa. ( Komintern) yang diselengarakan oleh komunis Rusia.

Pada zaman Jepun Parti Komunis Malaya menubuhkan tujuh regiment bebas dan dikendalikan oleh ahli-ahlinya di pelbagai tempat. British bekerjasama dengan Forces  136 yang menjalankan kegiatan bawah tanah bagi membebaskan Tanah Melayu.

PKM bekerjasama dengan British selepas melihat Rusia bekerjasama dengan British pada tahun 1945, bagi menentang kemaraan tentera Jerman dan Itali. Rejimen komunis yang bekerjasama dengan British ialah MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army. Semasa berasama-sama menentang Jepun, idelogi yang sangat bebeza tidak dihiraukan sangat. Gambaran kasar, British seolah-olah memperalatkan komunis dan dari satu segi lain, komunis memperalatkan senjata yang dibekalkan oleh tentera British.

Pada zaman Jepun, MPAJA ini , ahlinya lebih 7000 askar. Tentera British yang datang semula ke Tanah Melayu segera membubarkan MPAJA ini. Ahli-ahli MPAJA ini membubarkan beribu-ribu cawangan mereka. Tetapi mereka enggan menyerahkan senejata yang dibekalkan oleh British semasa menentang tentera Jepun. Ini termasuklah bom-bom besar, brengun, sten gun, carbine, raifel dan peluru .

Sebenarnya PKM sama sekali tidak berniat hendak bekerjasama atau tunduk kepada BMA. Mereka mengangap British sebagai batu penghalang terbesar dalam mencapai matlamat PKM hendak menegakkan sebuah Republik Komunis Malaya.

MPAJA ini dikatakan mempunyai ahli aktif seramai 10,000 orang. 6,800 setuju untuk membubarkan MPAJA tetapi hanya 4000 menyerahkan senjata . Ketika itu Chin Peng sendiri adalah anggota Force 136.

PKM pernah wujud sebagai parti komunis yang sah dan dan berjaya mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi mereka. Antaranya ialah penibuhan PUERA- AMCJA . Malangnya PKM gagal mencapai matlamatnya secara damai.

Agen PKM diseludupkan ke dalam Kesatuan Sekerja Umum ( General Labour Union) , Persekutuan Kesatuan-Kesatuan Buruh Semalaya ( Pan-Malayan Federation og Trade Unions) . Kesatuan –kesatuan ini membuat tuntutan-tuntutan kaum pekerja terhadap majikan-majikan mereka yang kebanyakannya orang Eropah. Kerapkali tuntutan ini berakhir dengan rusuhan.

PKM dan British semakin menuju iepada pergolakan sengit. Pemimpuin-pemimpin PKM telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat Komunis di Prague pada tahun 1947 dan di London pada Januari 1948. Februari 1948 pula, Soviet rusia menganjur satu mesyuarat agung bagi komunis-komunis Asia , Australia di Culcutta. Dalam mesyuarat ini satu ketetapan telah dibuat iaitu semua komunis dan anti imperialis bersatu melawan kekejaman inperialisme. Mereka bercadang melakukan general atrakes, agitation dan strifes dan armed struggle.

Kerajaan Persekutuan dan Singapura tidak memberi peluang kepada komunis untuk bergerak secara damai dan bebas. Kesatuan-kesatuan telah ditutup pada tahun 1948. Pihak berkuasa di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menyekat aktiviti-aktiviti GLU , PMFTU dan lain-lain kesatuan sekerja antara tahun 1947-1948. Beberapa undang- undang telah diluluskan bagi mebantu majikan-majikan Eropah ini.

PUNCA PARTI KOMUNIS MALAYA BERTINDA GANAS

  1. Sekatan terhadap kesatuan-kesatuan seperti GLU dan PMFTU oleh Kerajaan Persekutuan dan Singapura antara tahun 1947 – 1948.
  2. PKM pada awal 1948 semakin mengalami perpecahan
  3. Usaha mempengaruhi gabungan-gabungan sayap kiri telah gagal
  4. Penyusunan jabatan-jabatan keajaan supaya mendapatkan rahsia tidak begitu berhasil
  5. Pemimpin-pemimpin Politburo ( ahli-ahli kanan Jawatankuasa Kerja Pusat telah disyakki memboroskan wang parti
  6. Loi Tek, iaitu setiausaha PKM sebelum Chin Peng telah menghilangkan diri dengan wang Simpanan parti pada Mac 1947.
  7. Politburo PKM dalam mesyuarat rahsia di dalam hutan Pahang pada awal 1948, memutuskan penentangan bersenjata dengan tiga cara.:
  • Askar-askar PKM yang mahir akan menyerang estet-estet
  • Lombong-lombong bijih timah
  • Pondok-pondok polis
  • Kampung-kampung yang terpencil

Tujuannya agar penduduk sekitar kawasan tersebut akan berpibndah ke kawasan bandar dan kawasan yang kosong ini akan direbut oleh PKM dan dijadikan kawasan yang dibebaskan.

  • Rekrut-rekrut PKM akan diambil daripada Min Yuen iaitu golongan massa yang sudah menjadi penyokong atau bersimpati dengan dengan PJKM
  • Askar-askar PKM yang terlatih diarahkan menuju tempat-tempat yang dikuasai oleh British untuk membinasakan pekan-pekan, kampung, landasan keretapi dan lain-lain gerakan sabotaj.
  • Min Yuen pula akan membantu PKM membinasakan ekonomi kapitalis dan sistem pertahanan British.
  • Akan memohon bantuan daripada komunis China dan Rusia apabila diperlukan.
  • Apabila British kalah , Republik Komunis Malaya akan ditubuhkan.

malekhanif@yahoo.com