Make your own free website on Tripod.com
  

PERJUANGAN KOMUNIS DI SEKITAR SEMENYIH

SKOP KAJIAN :
     Skop kajian ini ialah tentang sejarah besar  yang ditempuhi oleh negara kita khususnya di Semenyih  .  Zaman Darurat  selama 12 tahun  cukup memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara dan hubungan antara kaum.  Tumpuan tentang darurat ini terlalu luas dan  telah banyak diperkatakan oleh sejarawan.   Pelbagai   penerbitan telah diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Justeru itu  skop kajian di perkecilkan  dan hanya ditumpukan kepada   Pekan Semenyih dan sekitarnya.  Tidak dapat dinafikan Semenyih amat sinonim dengan zaman darurat.
    

FAKTOR PEMILIHAN TAJUK :
     Faktor utama  pemilihan tajuk ini ialah kerana belum ada kajian khusus tentang sejarah Semenyih secara khusus. Sedangkan bahan  bercetak ada terdapat di Arkib Negara . Satu  makalah  bertajuk 'Semenyih Inquiry 1956' telah menjadi  batu pertanyaan kepada kami. Apa yang ada dalam makalah tersebut.
     Selain itu Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain   terletak di Pekan Semenyih iaitu  di kawasan kampung baru , hasil dari Rancangan Brigg .Sudah tentu sebagai warga Semenyih,  hasrat itu semakin mendalam untuk mengetahui dan menyelidikinya..
    

OBJEKTIF KAJIAN
     1. Dapat memberikan maklumat benar sebenar-benarnya tentang keganasan komunis di Semenyih.
     2. Dapat merakam temubual dengan tokoh-tokoh di Semenyih yang mengalami peristiwa tersebut secara nyata.
     3.Dapat mempelbagaikan kaedah kajian dan penyelidikan di samping menambah ilmu di bidang IT.

SUMBER   :
     1. Arkib Negara
     2.Pergi ke lokasi pertempuran :
                           - Broga
                           - Kampung Pasir , Kampung Baru, Jalan Bangi , Kachau, Sungai Pening-Pening
                           - Sungai Tekala dan Empangan Semenyih
     3. Temubual dengan tokoh :
          - Cikgu Abdul Azis Mohd Nor
          - Cikgu Chong Tat Keong
          - Cikgu Alias bin Toyan
          - Cikgu Raja Alias Abdul Rahman
          - Cikgu Ahmad Derakah bin Alias
          - Cikgu Maarof
          - Encik Abdul Rafai Alias
          - Encik  Mohamad Amin
          - Encik Sapolu
          - Encik Ng Boon Hwa ( Achun )
          -Encik Raja Mustafa bin Raja Ahmad.
     4.Bahan-bahan daripada internet
  
     5.Gambar - gambar diambil menggunakan  Kamera Digital FujiFilm 1.3

     6.Bahan-bahan  bentuk buku dan majalah.                 
    
malekhanif@yahoo.com