Make your own free website on Tripod.com
  

Novel            : JUNGLE GREEN
Pengarang   : Arthur Campbell
Penerbit       : George Allen and Unwin Ltd
Tahun           : 1953
Terjemahan : secara bebas
Lokasi          : Arkib Negara, Kuala Lumpur
-----------------------------------------
Secara ringkas novel ini menceritakan kisah benar seorang tentera British  pada zaman darurat yang beroperasi memburu komunis di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan khususnya di Semenyih dan Kajang . Novel ini boleh diperolehi di Airkib Negara. Saya  fotostat beberapa mukasurat dan menterjemahnya secara bebas.
-----------------------------------------

Kami berada di Kajang selama tiga minggu. Beberapa anggota daripada patrol keluar daripada hutan hampir setiap hari dan memperuntukkan beberapa orang untuk mengawal serang hendap. Dia daripada platon tinggal secara tetap di kawasan sekitar Kajang dan satu daripadanya diketuai oleh Michael di kawasan Sungei Tua , sebuah kawasan di utara Kuala Lumpur. Tiada sebarang tanda menunjukkan tanda-tanda adanya sebarang angkara. Semua kami belajar selama tiga minggu tentang sesuatu yang berkaitan kawasan, peta dan sebagainya.

Pangkalan kami di sebuah Sekolah Tinggi Komunis yang telah lama didirikan. Bangunan ini dibina ketika Parti Komunis baru sampai di Malaya. Ia sebuah bangunan tinggi bercat putih berhadapan dengan kawasan yang lembah yang kotor. Kelihatan beberapa buah rumah diperbuat daripada kayu dan tidak teratur. Sebuah bilik untuk kantin lelaki dan ruang tamu serta bilik untuk rumah pegawai serta asrama.

Ketika pasukan Beitish pertama kali sampai , bumbung atapnya telah roboh. Oleh itu mereka telah membaikinya untuk mengelakkan diri daripada hujan lebat. Khemah didirikan di sekitar padang bola sepak. Jauh dihadapan Sakai dan Dayak tinggi dalam sebuah kampung, berhampiran dengan pokok –pokok getah.

Saya bersama dengan Jonny dan seorang lagi sarjan mejar, ketika telefon berdering. Ada pembunuhan baru terjadi di Broga , beritahu Jock MacFadden kepada Arthur. Jock adalah pegawai polis daerah. Kami bekerja rapat dengan anggota polis. Kami memberi bantuan antara satu sama lain, terutama bantuan kepada masyarakat umum. Polis tidak mengambil tindakan terdapat pengganas komunis di hutan. Mereka lebih meberikan tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang di kawasan bandar, kampung dan melindungi kawasan-kawasan ini.

Pasukan poilis tidak ada latihan ketenteraan tetapi selalu memberikan nasihat dan bantuan yang diperlukan kepada pemerintah tentera di kawasan ini. Saya dengan Jock ada banyak maklumat bersama. Kami berbincang bersama dan memberikan pandangan masing-masing.

Kebanyakan polis biasa serta juga pegawai, termasuk pengwai atasan Eropah, Melayu dan India, tidak memiliki latihan dan persenjataan yang diperlukan dalam pasukan hutan. Masalah juga timbul bila tiadanya orang Cina dalam pasukan ini.Sedangkan kebanyakan pengganas komunis adalah orang Cina. , Oang-orang Cina ini sama ada menyertai pertubuhan komunis atau memberi sokongan kepada mereka. Orang Cina dan Melayu tidak berada dalam kedudukan yang baik.

Saya memberitahu Jock , bahawa pasukan saya akan pergi dengan kenderaan askar. Pemandu yang bernama Smith , seorang yang begitu muda  , siap sedia di luar. Saya membawa rifle dan pergi ke Balai Polis, kira-kira 200 ela. Balai polis itu dibuat daripada kayu dan mempunyai beranda. Dalam salah sebuah bilik, terdapat enam orang Cina, empat lelaki dan dua perempuan. Seorang konstabel polis berada di kaunter memberi tabik hormat kepada saya. Dia membawa saya ke bilik Hock Mac Fadden. Ada tiga gambar di dinding iaitu anggota Kajang Gang. Dikenali sebagai Liew Kim Bok. Terdapat bendera komunis yang dijumpai dalam khemah komunis dalam satu operasi di hutan. Beberapa laras senjata api yang turut dirampas dari semasa ke semasa.

Seorang sarjan berbangsa Melayu di Broga melaporkan menemui seorang Cina bernama Ah Chong, isteri dan anak perempuannya telah dibunuh di Broga. Mereka ditembak. Mereka cuba mendapatan maklumat lanjut tetapi tidak berjaya. Oleh itu saya terpaksa pergi ie tempat kejadian dan menyiasat sendiri.

Saya bersama dengan Jock dalam kenderaan tentera. Trak polis mengiringi kami 50 ela di hadapan. Kami mengambil jalan ke Seremban menyusuri ladang getah. Di antara ladang getah itu ada beberapa petak sawah padi. Kemudian membelok ke Broga. Pasukan kami siap sedia menghalakan senapang sekiranya berlaku serang hendap di dalam perjalanan itu. Selepas beberapa batu, kami masuk ke dalam sebuah kaopung dan meletakkan kenderaan di kawasan pasar. Pasar itu dibina daripada kayu dan beberapa lorong . Beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja masing-masing. Sebuah balai polis kecil bedekatan kawasan itu . Bebesapa sarjan polis berbangsa Melayu memakai uniform khaki dan bersongkok hitam.

Kami menuju kedalam hutan menuju ke kawasan petempatan haram Broga . Dua puluh minit kemudian kami pun sampai. Kawasan petempatan haram itu dibina daripada kayu, disokong dengan batang buluh dan berbumbung atap. Di sekitar kawasan itu ditanam dengan ubi kayu dan beberapa jenis sayur-sayuran. Kelihatan juga ternakan babi dan ayam bersebelahan dengan kebun. Tidak kelihatan sesesiapa sama ada lelaki, mahupun perempuan.

Sarjan Melayu mendahului kami menuju ke sebuah pondok . Dari keadaan luarannya jelas merupakan sebuah rumah Cina. Terdapat beberapa gambar lukisan Tuhan mereka. Kelihatan beberapa lampu minyak tanah. Bila sarjan itu datang buat pertama kali ada seorang bayi. Di bahagian hadapan tiada sebarang perabot.

Tubuh seoran Cina terbaring di bangku panjang. Darah melimpah dari luka-luka di perut. Seorang kanak-kanak perempuan juga ditembak di jantung, terbaring di sebelahnya. Patung bulu kecil masih berada di tangannya, berhampiran dengan ibunya. Dipercayai ibunya dibunuh terlebih dahulu, diikuti oleh anaknya.

Saya bertanya kepada Jock siapakah sanggup melakukan ini semua dan mengapa ? . Sem ua ini adalah perbuatan Liew Kim Bok , atau kalau tidak dia , ialah Chen Ping, orang kanannya. Ah Chong menentang kumpulan Liew Kim Bok. Ah Chong pernah datang berjumpa di Balai Polis empat minggu lalu dan memberi maklumat tentang tempat perkhemahan komunis. Tindakan terakhir ketika itu, kami berjaya membunuh tiga pengganas komunis di atas sebuah bukit di belakang kami. Kejayaan operasi itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Ah Chong. Kami cuba melindunginya di Balai Polis dan berjanji membawa keluarganya bersama serta memindahnya ke tempat lain tetapi tidak disetujui oleh isterinya. Sekarang Ah Chong mendapat hukuman daripada komunis. Kami tidak dapat melindungi mereka yang kembali ke termpat asal, seperti ini.

Pembunuhan ini dilakukan supaya mereka menutup mulut. Bagi mereka , lebih baik mereka ditembak mati sahaja. Ini adalah salah satu contoh kekejaman yang dilakukan oleh Liew Kim Bok. Saya ingin melihat bagaimana dia merancangnya. Kami menyiasat sekitar kawasan pondok itu , seluruh kawasan petempatan haram dan di dalam hutan berdekatan.

Kami percaya Liew Kim Bok datang dari hutan berdekatan dan menanti situasi yang baik untuk menyerang. Kami jumpa satu tempat kecil di dalam hutan , sebuah khemah dengan atapnya rumput-rumput kering. Mereka berada di situ lebih kurang dua hari . Mereka mahukan senapang . Mereka melihat Ah Chong berjalan pada satu lorong menuju ke kawasan setinggan . Dia membawa bakul yang dipenuhi dengan sayur-sayuran. Kini bakul itu telah kosong. Kami temui bakul itu di luar pondok.

Liew Kim Bok menanti sehingga keadaan gelap. Isteri Ah Choing memasang lampu mintyak tanah. Kemudian menggoreng makanan di dapur . Apabila terlihat Liew Kim Bok datang, segera dia mendapatkan suaminya.

Sebelum mereka ditembak, Liew Kim Bok cuba menyoal Ah Chong sebagaimana mana kaedah komunis terhadap mereka yang belot . Selepas itu mereka akan dihukum.

Ah Chong telah memberikan maklumat tentang khemah pengganas komunis kepada polis. Liew Kim Bok tahu tentang itu kerana dia ada ramai kawan di Kajang. Dia melihat Ah Chong menuju ke Balai Polis Kajang , kemudian seorang askar kulit putih datang dengan sebuah kereta kecil. Kawan  Liew Kim Bok berada di Balai Polis itu semasa Ah Chong datang.

Selepas mendapat maklumat daripada Ah Chong, askar British menuju ke kawasan Broga dan menyerang  khemah tersebut. Ketika itu Liew Kim Bok sempat melarikan diri. Tiga anggotanya terbunuh. Oleh Liew Kim Bok berpendapat Ah Chong memang patut dibunuh.

Ah Chong ketakutan. Pelbagai soalan yang diajukan oleh Liew Kim Bok tidak dijawabnya. Liew cuba mendapatkan maklumat apa yang telah disampaikannya kepada pihak polis. Akhirnya Liew Kim Bok menembak mati Ah Chong, isteri dan anak perempuan mereka.

Ah Chong tahu dia tidak lagi berupaya menentang Lim Kim Bok. Dia tidak lagi boleh mendapatkan keadilan untuk keluarganya. Tetapi sejak dua tahun lalu, pengganas komunis datang ke rumahnya , mengambil wang simpanan yang ada , mengambil makanan dari kebun . Akan ada kuasa yang akan bertindak nanti. Itulah sebab dia memberitahu polis tentang kewujudan khemah itu.

Kami mengumpulkan lebih kurang lapan puluh orang setinggan di kawasan itu. Jumlah itu amat mengejutkan kerana pondok – pondok itu kecil dan buruk sahaja. Hanya kanak-kanak yang yang buat bising. Sementara yang lain hanya mendiamkan diri. Jock MacFadden naik di atas satu tempat tinggi dan berucap kepada semua penduduk Cina itu.

Dia bertanya melalui seorang jurubahasa tentang maklumat lanjut pembunuhan itu. Tiada seorang berani memberikan maklumat. Jock memberikan amaran kepada sesiapa yang merahsiakan maklumat. Sekiranya ada yang ingin mmberikan maklumat secara rahsia, mereka boleh berbuat demikian dengan menulis surat dan letaKkan di pejabat pos Broga. Tetapi cadangan tidak membawa sebarang erti kerana setinggan itu tidak tahu menulis . Kebanyakan mereka pula hanya berbual secara lisan sesama mereka. Kemudian Jock MacFadden memberitahu semua mereka akan dipindahkan kepadan kawasan baru di Semenyih. Ini bermakna mereka akan meninggalkan rumah mereka yang mereka telah duduki empat tahun atau lebih.

Sehingga kini tujuh orang telah dibunuh.

Kemudian diberitakan berlaku serang hendap. MacFadden tidak terkejut jika itu adalah perbuatan Liew Kim Bok. Seorang Melayu , orang awal telah dipukul ketika dia hendak …. Kemudian separuh platon membuat rondaan dan pemeriksaan di sana , berhampiran dengan Kanching. Dipercayai Liew Kim Bok berada di kawasan Broga atau Ulu Langat. Di kawasan itu , pasukannya lebih mudah mendapatkan makanan. Serang hendap di Kanching dilakukan oleh orang luar iaitu Liew Kim bok.

Dari semasa ke semasa tiada pula sebarang tanda adanya pengganas komunis. Pasukan yang didatangkan dari England ini muda-muda belaka. Ada yang mula menunjukkan masalah terutama masalah kulit. Seorang daripadanya bernama Davies - terbaring di katil. Bekalan ubat tidak mencukupi. Dia hanya mampu berehat .

Tambahan platun sangat diperlukan. Satu pasukan dibawah jagaan saya dan di mana stesen tugas saya ialah kilang papan di Semenyih.

Saya membuat tinjauan dari udara kawasan hutan dan kapal terbang Auster menyerang sebelum operasi bermula. Serangan dari udara bagaikan juraian air hujan dari langit. Juruterbang bersama saya serta pengarah pasukan menaiki kapal terbang itu. Juruterbang itu terbang rendah di atas pokok-pokok berhampiran bukit . Sambil melihat peta di hadapan kami, saya mengarahkan juruterbang balik semula ke pangkalan. Ketika saya keluar dari kapal terbang Auster 1, saya merasakan kawasan itu adalah kawasan sasaran yang paling tepat.

Khemah komunis itu terletak berhampiran dengan Sungai Semenyih. Ia terletak di atas cerun- cerun bukit. Orang Asli membina petempatan mereka tidak jauh dari situ.

Kami melakukan tinjauan awal melalui denai . Gajah selalu dilihat melintasi kawasan ini. Kami c uba mengesak jejak pengganas. Setiap langkah amat penting. Sekiranya kami kehilangan tanda, ia akan mengambil masa semula untuk dijejaki dan perlu dimulakan daripada awal. Tetapi saya yakin komunis jika melintas beberap minggu yang lalu, kami akan berjaya menjejakinya. Kesan itu diberikan oleh pemberi maklumat kami yang kami gelar `Silvo’.

Saya berada rapat di belakangnya dan menuruni satu cenuram. Tiba-tiba seekor harimau kumbang menerpa di hadapan. Kemudian kami terjumpa kesan tapak kasut getah yang selalu dipakai oleh orang Cina. Kami perlu lebih berhati.hati. Dia menunjukkan lain-lain kesan tapak kaki , ranting patah , daun diganggu dan lain-lain tanda.

Saya bertanya kepada `Silvo’ berapa hari ?. Silvo menjawab dua hari yang lalu. Ada dua orang . Saya berharap lorong itu akan menujui kepada kumpulan pengganas . Ianya menuju ke kawasan Jelebu dan Broga.

…. Ms 97

Dari gambar foto udara yang diperolehi, kawasan itu adalah kawasan Min Yuen duduk. Min Yuen ialah golongan massa yang menyokong komunis.Meneliti foto udara itu. Sementara saya dan Jim menyiapkan bilik. Foto itu menunjukkan kawasan ladang getah dengan pokok-pokok yang bertompok-tompok dari udara. Kamera tidak dapat menunjukan keadaan dengan lebih jelas. Jelas kelihatan dalam foto itu lorong di tepian hutan. Bangunan kongsi dibina bersebelahan dengan kebun kecil di bahagian belakangnya. Pemandangan dihalang oleh batu-batu atau lalang.

Seorang perempuan Cina memberikan gambaran tentang tujuh ahli Min Yuen tinggal di kawasan perkuburan antara Jalan Broga – Setul. Dua daripada Min Yuen menempatkan isteri mereka dalam rumah kongsi , kira-kira dua ratus ela melalui ladang- getah. Kami tidak dapat melihat semuanya dengan jelas pada foto udara itu. Perempuan  itu meminta kami jangan menyerang sehingga dua hari lagi kerana pada hari itu dia akan membekalkan ubat-ubat dari Kampung Broga untuk pengganas komunis sebagaimana dijanjikan.

Kami sangat gembira dengan maklumat itu. Ini satu-satunya maklumat yang cukup berharga. Sekiranya perancangan berjalan dengan baik, kami dapat memutuskan bekalan kepada kumpulan Liew Kim Bok di Broga. Pengarah operasi memberikan taklimat khas bagaimana kawasan perkuburan di Broga akan diserang hendap. Beliau mengarahkan Jim dengan pasukannya bersama dengan Jock MacFadden berserta beberap anggota polis akan membuat sekatan jalan memerangkap pengganas yang cuba keluar. Pengganas komunis dipercayai akan melarikan diri melalui ladang-ladang getah.

Pengarah memutuskan menggunakan tiga kereta perisai dan beberapa troop askar. Masa untuk bertindak mestilah betul. Kami akan berpecah kepada empat arah berlain, menuju arah yang sama.

….ms 103

Kami membawa tiga granad yang masih boleh digunakan. Dia beritahu Drew supaya membawa tawanan ke jalan raya. Kami meninggalkan mayat-mayat pengganas komunis . Saya dan Robin berada di hadapan melintasi ladang getah. Saya arahkan dua platun menutup jalan dan mengutip mayat-mayat yang ada. Kami jumpa orang yang Robin mahu bunuh.

Tiga puluh minit kermudian, kami memungut semua mayat pengganas komunis. Saya tutup empat mayat dan dua tawanan. Menurut infomer kami, ada seorang lagi yang terlepas. Tetapi pengarah menjelaskan jangan risau orang ketujuh kerana Jim telah berjaya menangkapnya.

Semua pengganas komunis dibawa dengan lori awam. Seorang daripadanya ditembak di kepala. Sarjan Robin menolak maya-mayat itu ke dalam. Semua pengganas komunis itu dibawa ke Balai Polis Kajang.

Pasukan yang diketuai oleh Jim melihat seorang Cina dengan motorsikal dari arah Broga. Jim menelefon Balai Polis Broga….

Bab 10 :  Bandit Surender

Satu hari kemudian , seorang lelaki bersama Jonny berjalan ke Port Dickson.

Pegawai pemerintah menghadiri persidangan di Singapura. Sepatutnya Arthur tidak boleh melepaskan lelaki itu pergi. Ada tiga orang pengganas komunis yang menyerah diri bersama Jock MacFadden , pegawai polis daerah Kajang. Sekatan yang dibuat telah menyusahkan para petani. Dia mengambil pergi ke kilang papan di Semenyih dan membawanya ke sini. Petani itu kelihatan seperti seorang lelaki yang baik dan menceritakan situasi yang berlaku. Dia menceritakan bahawa kumpulan yang terdiri daripada lapan orang pengganas di belakang Liew Kim Bok dalam beberapa serang hendap dua bulan yang lalu.

Mereka tinggal berhampiran dengan Broga , berdekatan dengan Ladang Rengging  ( mungkin Lenggeng atau Rinching - penterjemah   ). Kemudian mereka kecewa tinggal lama di dalam hutan. Lalu bergerak di ladang getah berhampiran dengan kilang papan Semenyih dan tinggal di situ beberapa minggu. Dia akan membawa kami ke perkhemahan tersebut . Seorang daripada kami membuat lakaran kasar kawasan yang diceritakan. Jurubahasa memberi beberapa helai kertas kepada lelaki tersebut dan melukis pelan kasar. Saya terkejut kerana dia kelihatan bodoh, tetapi dapat melukis dengan begitu baik. Kemudian saya diberitahu bahawa dia boleh menulis dan bercakap tiga dialek Cina .

Kami memutuskan untuk menyerang khemah pengganas komunis itu. Kem itu hanya hanya tiga ratus ela dari jalan. Seorang daripada yang menyerah diri itu setuju untuk menunjukkan jalan ke tempat yang dikatakan.

Tiga pasukan dibentuk dan setiap pasukan disertai seorang Cina yang telah menyerah diri. Orang Cina ini bertindak sebagai penunjuk arah.

Saya masuk dalam trak di hadapan sekali. Bersama saya ialah Lee Cheng , pengganas yang telah menyerah diri. Apabila kami membelok dan menuju ke kilang papan Semenyih, saya bertanya kepada Lee Cheng, adakah pengganas akan lari jika terdengar bunyi trak di jalan raya. Dia jawab melalui jurubahasa supaya jangan risau, bergerak pantas, bergerak pantas. Kemudian Lee Cheng memberi isyarat tangan dan kenderaan membelok lagi.

Mike meninjau kedudukan pengganas. Dia bersama seorang lelaki . Ada sebuah kongsi yang besar berhampiran dengan ladang getah. Anjing mula menyalak. Biasanya kekacauan binatang begitu, tanda nya ada pengganas di kawasan berhampiran. Kami tidak bergerak dan tidak membuat sebarang bunyi.

Philip mengambil jalan sebelah kanan. Pengganas komunis yang menyerah diri ada di sebelahnya. Seterusnya kami memanjat bukit . Tiada seorangpun pengganas yang kelihatan.

Kemudian Lee Cheng menjelaskan bahawa pengganas komunis nampak kami datang. Sebentar kemudian bunyi tembakan bermula. Tembakan daripada bren gun dari bahagian bawah dan percikan api dari muncung rifle . Tembakan berhenti. Coles dan beberapa orang serta Jonny berada di sebelah kiri.

Saya melihat seorang pengganas terbaring di dalam air. Dia membelakangi saya. Senjatanya ditujukan ke arah hadapan. Saya memuntahkan peluru di kepalanya dan Churchman mengikuti dengan bren gun . Darah mengalir dalam air. Beberapa minit kemudian tembakan berhenti. Kami mencari kalau-kalau ada pengganas yang masih hidup. Kami bimbang kalau-kalau ada yang cuba menembak kami sebelum mereka mati. Kami benar-benar bimbang. Tiba-tiba dia menembak dengan bren tepat ke satu arah .

Philip menemui tiga mayat pengganas , dua Cina dan seorang Orang Asli. Ada senjata api di sebelah mereka. Saya mengambil baki peluru yang ada dari rifle dan masih terdapat lima butir peluru. Kemudian Philip menjerit memberitahu menjumpai satu lagi pengganas yang masih hidup. Pengganas itu mengangkat tangan menyerah diri. Pengganas itu duduk di atas semak Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko. Dia masih bersenjata. Lima orang askar mengepungnya.

Saya arahkan tembak jika dia buat hal. Saya mula bergerak menghampirinya. Tiba-tiba tangannya diturunkan ke bawah. Maka lima laras rifle menembaknya tanpa bertangguh. Kami temui selaras rifle dan dua granad bersamanya.

Semua mayat akan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk dikenalpasti. Seorang lelaki Inggeris setuju membawa pengganas itu ke Kajang. Katanya pengganas itu telah membunuh abang dan isterinya enam bulan yang lalu.

Kemudian Lee Cheng memberitahu bahawa dia tahu sebuah kongsi di luar kawasan Semenyih, di ketuai seorang pengganas. Kumpulan ini melakukan petempuran tiga minggu yang lalu. Kami memutuskan untuk merisik pondok yang dikatakan itu. Rancangan sukar dilakukan kerana Lee Cheng tidak begitu pasti dengan kedudukan tersebut . Kami menaiki trak dan terus menghala ke hujung kampung dan memasuki ladang getah. Lee Cheng berada di hadapan kami menuju ke kongsi . Setiap angota menghampiri tempat tersebut dan mengambil posisi bersedia menembak. Setiap rifle menuju ke arah kongsi. Saya bersama empat yang lain masuk ke dalam pondok itu. Di dalamnya ada seorang lelaki Cina lingkungan umur 80 tahun, tiga wanita tua dan dua orang muda. Kami tidak temui sebarang makanan dalam pondok itu. Tidak ada dalam dunia ini, muka judi sebagaimana bangsa Cina.

Kemudian kami menjumpai satu lubang rahsia di dalam pondok itu. Di dalamnya penuh dengan beras dan makanan Cina. Saya mengarahkan Lee Cheng membawa semua makanan itu keluar. Lee Cheng mengambil masa 10 minit untuk memindahkan semua makanan itu. Ini merupakan satu kesalahan berat kerana menyimpan makanan lebih daripada yang sepatutnya.

Saya bertanya kepada Lee Cheng ada berapa orang pengganas semasa dia menyerah diri. Dia ulangi ada tujuh orang. Kami telah membunuih empat orang dan ke mana tiga yang lain. Lee Cheng kemudian mengenalpasti salah seorang komunis yang terbunuh ialah Yong Pin, iaitu orang kanan Liew Kim Bok.

Johnny memberitahu tentang perjalanan yang dilaluinya. Mereka merakam beberapa keping gambar yang dahsyat. Serangga telah memenuhi mayat yang ditemui.

…. Ms 153

Ladang Saringgit terletak beberapa batu dari Broga. Tempat ini merupakan tempat yang baik untuk operasi, di atas bukit yang berhutan di belakangnya sebuah kampung. Seorang penolong pengurus bekerja di sana buat beberapa ketika. Rakan saya James pernah tinggal di sana di sebuah banglo. Tukang masaknya pandai masak makan Madras. Kami sampai ke Ladang Saringgit pada waktu tengah hari.

Satu serang hendap berlaku di kawasan Lenggeng. Pengganas komunis telah membakar bas awam . Radcliffe pergi ke tempat kejadian dan melaporkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan. Kami segera ke tempat kejadian dengan kereta perisai, mengikut pasukan Radcliffe yang mendahului kami. Kami melalui jalan Broga dan melalui Kampung Lenggeng.

Beberapa hari lalu dua kenderaan hancur berdekatan dengan sempadan Jelebu dan dua askar Gurkha terbunuh.

Dekat dengan satu selekoh, Mike memberi isyarat berhenti. Tujuh lelaki dan lapan perempuan Melayu dan Cina berada di tepi jalan. Seorang leftenan polis berbangsa Sikh pergi menyiasat dan bertanya di mana bas yang telah dibakar oleh komunis. Polis berbangsa Melayu memindahkan beberapa orang mangsa. Kami dapat tahu komunis menyuruh semua penumpang bas keluar kecuali dua lelaki dan seorang perempuan Cina. Dari maklumat yang dicari, semua itu adalah angkara Liew Kim Bok.

Kemudian Mike mendapat beberapa maklumat di Ladang Saringgit. Kami dapat malumat tentang Liew Kim Bok.

malekhanif@yahoo.com