Make your own free website on Tripod.com
  

PENAKLUKAN JEPUN

Penaklukan Jepun dari akhir Disember 1941 hingga September 1945 membenamkan teraju British di Semenanjung Tanah Melayu. Pemerintahan rejim Jepun yang begitu kejam di Tanah Melayu menyedarkan rakyat betapa pemerintahan Zaman British lebih baik daripada Zaman Jepun. British Military Administration ( BMA ) lemah mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu. Kemudiannya digantikan dengan Malayan Union untuk sekejap ketika pada 1 April 1948. Pentadbiran Malayan Union ini sangat rigit, mutlak dan pemerintahan secara lansung British ke atas Tanah Melayu. Corak pemerintahan ini amat berbeza sekali dengan corak pemerintahan British sebelum tahun 1941.

Lantaran itu Kongres Melayu Setanah Melayu yang berlansung di Kuala Lumpur dari 1 hingga 4 Mac 1946 merumuskan penubuhan UMNO dan meminta Malayan Union ditarikbalik .  Ketika itu telah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang dipimpin oleh Ishak Haji Mohamad .

PKMM bergabung dengan beberapa pertubuhan Melayu yang lain yang bercorak kiri dan menubuhkan Putera atau Pusat Tenaga Rakyat. Putera ini bergabung pula dengan AMCJA iaitu All Malaya Council of Joint Action pada tahun 1947.

Ketika inilah tercetusnya pemogokan , hartal dan pemberontakan di Tanah Melayu.

PUNCA UTAMA

Darurat berlaku disebabkan oleh perkembangan politik di Tanah Melayu , khususnya sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945. Politik ini melibatkan t iga pihak iaitu.

    • British
    • Raja-raja Melayu dan UMNO
    • Putera –AMCJA yang bersayap kiri tetapi bukan komunis
    • Malayan Comunist Party.

Amerika menggugurkan bom atom ke atas bandar Hiroishima dan Nagasaki . Maharaja Jepun, Raja Hirohito mengisytiharkan Jepun kalah pada 15 Ogos 1945. Oleh itu kedudukan MPAJA ( iaitu PJKM) yang lengkap bersenjata menjadi lebih kukuh dan lengkap. Mereka yang enggan menyerahkan senjata kepada pihak British. Sebaliknya semasa tempoh kekosongan, MPAJA telah menguasai beberapa tempat dan seolah-olah komunis berkuasa sepenuhnya. Mereka telah menubuhkan Mahkamah Rakyat - tanpa perbicaraan yang adil, orang yang dituduh bersubahat dengan Jepun telah dihukum bunuh , harta-benda yang telah jatuh ke tangan Jepun dirampas untuk urusan-urusan pemerintahan tempatan PKM. Tambahan pula ketika itu ramai orang Melayu dan India yang bekerjasama dengan pihak tentera Jepun. MPAJA telah mengumumkan akan menghukum dan membunuh semua yang terlibat dan menbantu pihak tentera Jepun . Rasa perkauman semakin meningkat di anatara kaum Melayu dan kaum Cina di beberapa tempat khususnya di Batu Pahat, Johor dan Sungai Manik di Perak.

malekhanif@yahoo.com