Make your own free website on Tripod.com
  

KESUSAHAN HIDUP ZAMAN KOMUNIS DI SEMENYIH 
1948 - 1960

Hasil temubual antara Abd Malek bin Abd Hanif  dan Mohamad ujang dengan Cikgu Chong Tat Keong di rumahnya di Jalan Bangi Lama, Semenyih , 2000

PENDUDUK SEMENYIH

Pada zaman darurat iaitu pada tahun 1948, tidak ada jualan beras di pasaran. Penduduk hanya boleh beli nasi daripada kerajaan. Nasi itu di masak di Sekolah Kebangsaan Semenyih sekarang ini. Dekat dengan tapak Pusat Kegiatan Guru sekarang. Di situlah tempat masak untuk penduduk seluruh Semenyih. Satu hari 2 kali , sekali sebelah pagi dan sekali sebelah petang. Pagi lebih kurang pukul lima dan petang begitu juga iaitu sebelum mereka menoreh getah.

Makanan dalam tin tak boleh dijual tanpa dibuat satu lubang. Cucuk satu lubang baru boleh dijual supaya mengelak penduduk kampung bawa kepada komunis.

Malam tak boleh keluar. Jika ada hendak ke hospital kena beri signal, askar datang tanya apa hal dan askar atau polis akan bawa ke hospital. Mereka tak boleh keluar lansung pada waktu malam. Di sini hingga ke sempadan Ang Giap. Jalan Kachau dekat dengan JKR itu adalah sempadan Kampung Baru. Bila keluar pergi menoreh getah mesti masuk dalam dua khemah untuk diperiksa. Khemah itu didirikan oleh askar. Sama ada bawa makanan untuk komunis.

Pada satu masa, semua penduduk yang masuk khemah kena buka baju. Hendak periksa sama ada bawa makanan untuk komunis atau tidak. Sebab wanita senang seludup   makanan untuk komunis. Perempuan boleh simpan dalam baju dalam atau buat macam mengandung. Itulah sebab askar ambil tindakan buka baju. Tapi itu jadi hal besar. Guru saya ada  beritahu hal ini sudah dibawa ke Parlimen England kerana sudah melanggar 'human right' . Hak asasi manusia sudah diganggu.

Sungguhpun  semua perempuan diperiksa oleh askar perempuan juga. Lelaki satu khemah, dan perempuan satu khemah. Masa itu saya masih kecil , ikut emak saya menoreh getah. Turun dari lori masuk kem, selepas semak barulah boleh menoreh. Gate itu ada dekat dengan rumah pekerja JKR Sungai Lalang . Quarters JKR adalah diluar kawasan Kampung Baru.

Masih ada berapa rumah orang Cina di Jalan Kachau, itulah sempadan . Selepas itu ialah kampung Melayu.

Yang mengawal ialah polis dan askar British. Satu jenis askar iaitu askar Gurkha. Masa itu saya kecil lagi. Umur saya masih kecil lagi, enam atau tujuh. Bila masuk kebun getah, ada satu orang satu tugas untuk jaga keselamatan komunis, Bila kita nampak askar, kita mesti beri maklumat kepada komunis. Ambil parang semata-mata untuk potong kayu. Bunyi potong kayu iaitu bermaksud ada askar datang. Penoreh pun takut juga kalau-kalau ada tembak- menembak, keselamatan terancam. Jadi lebih baik beritahu. Itu yang saya ingat dalam kebun getah.

Kebun getah itu biasanya dipunyai oleh estet-estet getah. Biasanya , masa dulu penoreh naik lori. Tiada yang naik motosikal. Tidak ada yang menaiki basikal atau motosikal. Masa itu memang tidak ada motosikal. Lori yang hantar , sampai ke Batu 28. Iaitu 7 atau 8 batu dari Semenyih. Di Kampung Pasir pun masih ada satu estet yang dipunyai oleh orang putih.

Estet di Batu 27 dan Batu 28, semua estet orang Cina.

Sempadan Kampung Pasir sudah di luar kawasan Kampung Baru. Jadi mereka mesti balik sebelum lewat petang. Apabila malam , mesti sudah balik ke kawasan Kampung Baru. Kalau ada saudara mara yang datang, mesti beritahu pihak polis. Beritahu berapa kepala, berapa orang yang mesti ada. Jadi jika ada tambah satu atau dua orang, mesti beritahu pihak polis.

Selepas itu syarat itu dilonggarkan. Tidak ada lagi masak nasi secara pusat tapi beli beras catuan. Mungkin saya ada simpan sat u atau dua kad lagi itu. Setiap keluarga yang ada ibu bapa dan kanak-kanak , akan diberi kad yang layak berapa kati dalam satu bulan. Kedai-kedai runcit hanya boleh bekal beras berdasarkan permit itu. Tak boleh lebih daripada yang diluluskan.

Makanan sayur, daging semua ada. Semua kena beli juga. Yang dibekalkan oleh kerajaan mesti dibeli juga. Dulu tidak ada susu tepung. Semua minum susu cap junjung. Wan tin. Jadi mereka  tak boleh jual lebih daripada satu tin. Satu tin itu pula mesti ditebuk.

Rumah masa itu kerajaan bagi tanah kepada penduduk. Secara percuma pada mulanya. Kerajaan beri lot-lot tapak perumahan. Sesiapa yang memerlukan lot tanah bolehlah memohon. Tidak ada syarat. Buat sebuah rumah, hanya perlukan beberapa ratus sahaja. Rumah daripada papan. Atap daripada nipah. Masa itu banyak juga rumah yang tidak ada simen. Lantai tanah sahaja. Tidak ada simen. Sekarang rumah kampung baru sekarang sudah tidak ada lagi contoh. Semua sudah dibinaa semula buat kali kedua atau kali ketiga. Rumah asal itu tidak tahan lama. Dahulu, yang boleh guna papan sudah dikira kaya. Hanya guna kayu yang dibelah sahaja dan dijadikan dinding.

Rumah-rumah in di panggil rumah kongsi atau rumah panjang yang didediakan oleh majikan. Satu deret hanya ada bilik tidur sahaja. Tidak ada dewan atau ruang tamu. Di luar hanya ada koridor sahaja. Kaki lima dibuat besar sedikit, tempat makan, dapur itu terletak di luar.

Ada kawalan. Pekerja tidak boleh di luar dari kawasan Kampung baru.

Penduduk terutama Cina tak boleh duduk di luar kawasan. Kawasan itu dipagar. Itulah dipanggil kampung baru. Contoh kampung lama ialah Kampung Pasir sekarang. D situ masih ada tapak-tapak rumah. Sungai Pening. Orang Cina dahulu tidak duduk berpusat, mereka merata tempat. Mereka dialihkan dan itulah wujudnya kampung baru atau 'new village.'

Masa itu tidak ada protes. Ada yang enggan hendak pindah juga. Tapi selepas dipindah, tapak asal dibakar. Askar arahkan pindah. Rumah asal di Kampung Pasir sudah dibakar supaya tidak balik ke tempat asal. Kampung asal sudah lama.

Mereka bekerja menoreh getah, kerja lombong, tanam sayur dan berniaga juga. Merata tempat.

Nama yang masih saya ingat tidak ada. Di Kajang ada seperti Eng Koo Thai dan Lau Ti kok . Di Semenyih ada ketua-ketua yang dipangil datuk. Di Jalan Bangi juga ada, masing-masing ada pemimpin. Pemimpin ini asalnya bertugas menjaga pendatang dari negeri China. Bila sampai ke Malaya, mereka akan cari' Chulai-Chulai' iaitu kawan yang nama keluarga sama, atau dari kawasan asal yang sama di negeri China. Mereka akan tolong jagalah.

Keluarga Hew adalah keluarga yang paling besar di Semenyih sebab ada tauke dari keturunan Hew. Contohnya Hew Thai. Banyak Hew. Warisnya[pun ada yang kaya juga. Contohnya Taman Hew Thai dan Taman Hew Piow. Mereka ini di lomboing atau dipanggil kepala atau ketua pekerja.

Lombong banyak di Kampung Pasir. Lombong dekat Sungai Batangsi itu ada lombong Cina. Satu lagi  dekat Jalan Broga, banyak lombong. Sekarang dinamakan Taman Tasik Semenyih. Pekerjaan utama di Semenyih pada masa itu ialah melombong dan menoreh getah.

Lombong dedah yang gunakan pancutan air. Naikkan air . Tidak ada kapal korek di Semenyih. Kapal korek hanya ada di Sungai Besi. Di Semenyih, gunakan pancutan air, masuk dalam tangga dan turun dari sana. Timah lebih berat dan mendap di sana bila air mengalir. Pasir dan tanah akan di bawa turun.

Sekolah di Sementyih ada 2 buah  . Saya lahir pada tahun 1950. Sebuah bernama Sin Min dan sebuah lagi Sekolah Kampung Baru. Sekolah Kampung Baru khas untuk penduduk kampung Baru.Sekolah  Sin Min khas untuk penduduk Semenyih. Tenaga pengajar datang dari luar.

Bangi Gate terletak dekat pejabat haiwan sekarang ini. Dulu masih ada kesan gate dekat dengan Pejabat Haiwan. Sekarang ada rumah-rumajh baru , itulah sempadan.

Dulu sebenarnya ada sawah padi. Sawah padi di luar kampung baru , di sebelah sana kampung baru. Sawah padi jadi sempadan. Di tepi Jalan Bangi, terus sampai ke Sekolah Menengah Engku Husain adalah sawah padi.

Sebelah kiri Sungai Semenyih …..

 

Balai polis masih di tapak yang sama.

Sekolah saya sekolah kampung baru. Rumah papan, atap zink dan lantainya simen. Muridnya lebih kurang 6 bilik darjah. Nama asalnya banyak kali bertukar. Mulanya Sekolah Cina kemudian Sekolah Jenis Kebangsaan .

PUsat Kegiatan Guru tempat masak untuk penduduk yang dipindahkan . Tukang masak terdiri dari orang Cina dan India. Salah seorang yang paling tahu ialah jaga sekolah rendah yang dipanggil Sapolu. Sapolu maknanya makan. Masa Jepun dia jadi tukang masak. Umurnya lebih kurang 80 tahun. Masih hidup dan boleh naik basikal. Selalu ada di Sekolah Rendah Kampung Baru. Dia banyak tahu. Saya juga hairan tidak ada orang India bernama Sapolu. Dia jadi tukang masak sejak masa Jepun.

Pada masa itu penduduk Semenyih tidaklah ramai . Lebih kurang 100 buah rumah. Tidak ramai. Masa saya masuk sekolah, satu kelas baru 20- 30 orang. Satu tahun hanya 2 bilik darjah.Bangunan asal Sekolah  Sin Min  di seberang Jalan Semenyih.

Kedai runcit yang saya tahu ialah kedai…. Sudah terbakar. Kedai Ah Chun itu lama. Tahun binaan masih boleh dilihat.

Penduduk kampung yang disyakki informer ( pemberi maklumat ) yang dibunuh oleh komunis. Masa dulu, masalah sosial yang wujud ialah musuh sengaja tuduh seseorang, supaya komunis ambil tindakan terhadapnya. Kedua pihak bergaduh . Senang ambil nyawa orang lain. Masalah orang Cina ialah ada yang jadi komunis , lari masuk hutan . kita panggil masuk hutan.

Masalah komunis ini berpunca dari  masalah Jepun. Sebelum itu ada Japanese Accupation. Orang Melayu dan orang British bersama melawan orang Jepun. Bila Jepun serah diri, sebahagian orang Cina jadi penyokong komunis. Mungkin mereka ada kesatuan. Itu masalah sejarah kerana hendak hendak lawan orang Jepun, yang berasal dari sana, lanjutan dari sana.

Kita tak tahu  pun siapa jadi komunis. Tak ada beza, Tidak ada pakaian khas. Hanya yang saya tahu, dari semasa ke semasa , ada orang tertentu di hantar balik ke China oleh kerajaan British. Biasanya dihantar balik ke pulau Hainan atau kawasan Kwantung kerana menyokong aktiviti komunis.

Komunis ini saya agak tidak ada kem lansung. Itu sebab kerajaan susah cari tempatnya. Kerajan pening kepala dan timbulah perang gerila. Kita tak tahu siapa dia komunis. Kesan yang kita nampak ialah kesusahan hidup, darurat.

Masa saya masuk sekolah sudah merdeka.

Perdana Menteri Li peng dikatakan dari Broga. Pemimpin negara China berasal dari Broga. Mungkin bukan dari situ. Tapi masa itu orang China tidak duduk secara lama-lama di Malaya, cari kehidupan . Macam pendatang Indonesia, boleh cari duit, buat rumah dan boleh kahwin.. Beli tanah tujuan mereka. Masa itu kehidupan di negeri China susah juga.

Biasanya orang China datang dari kawasan KwanTung, Kwang Si dan Hokkien iaitu di bahagian bawah negara China. Saya berasal dari KwanTung, Bahasa Hakka. Hakka bukan berasal dari Kwantung. Hakka berasal dari tengah-tengah China. Mereka mencari  kehidupan atau jadi pegawai, turun ke selatan China. Hakkan maksudnya pelawat. Bapa dan emak saya datang dari negeri China. Emak saya masih ada. Datuk saya pun berasal dari negeri China. Bawa bapa. Emak saya pun dibawa ke sini juga. Tapi ibu bapa kepada emak saya, bekerja di lombong , tapi kemudian balik ke negeri China pulak. Bekerja di sini  beberapa puluh tahun pulak. Kalau ikut emak saya, bapa emak saya datang dulu.Apabila  sudah ada tempat tinggal, sudah steady, emak saya sekeluarga pula datang. Sudah cukup duit balik semula ke negeri China. Tinggal emak dan bapa saja.

Mereka naik bot dua tiga minggu , naik tongkang dan ikut cuaca. Kapal layar ikut cuaca. Cuaca baik sampai satu dua minggu. jIka cuaca tak baik, ada yang tak sampai juga. Sama seperti pelarian Vietnam, ada yang terkorban juga.

Ada satu humor , orang Cina jika sudah suka makan durian boleh dikira orang tempatan. Boleh makan durian boleh dikira orang tempatan. Sebab pendatang dari China tak tahan bau durian. Jadi apabila  sudah suka, sudah dikira orang Malaysia. Maksud durian dalam bahasa China, maksudnya ialah sudah sayang termpat ini tak mahu balik lagi. 'Lolien' , Sudah suka sini tak mahu balik lagi. Asal dari bahasa Melayu. Orang China guna perkataan yang agak mirip yang agak tepat juga maksudnya.

Masa tembak-menembak itu saya duduk di rumah panjang Jalan Bangi. Selalunya terdengar tembak menembak pada waktu malam. Kita memang takut. Kita padam semua api. Tidak ada api lansung. Lilin pun tidak ada juga. Bekalan elektrik memang tidak ada. Guna lampu minyak tanah. Selalu orang Cina takut tempat-tempat yang ada mayat. Banyak askar. Ada juga askar sendiri tembak menembak sebab dianggap satu pihak lagi itu komunis. Ada silap faham di situ. Jadi memang sangat takut. Tidak ada keluar pada waktu malam. Tujuh malam sampai tujuh pagi. Dulu sudah gelap sebab masa sudah diawalkan.

Kita tak tahu mana datang komunis. Di mana mereka dapat senjata.

Hanya selalu nampak trak askar. Tidak nampak orang mati. Bila sampai siang, semua sudah selesai. Zaman saya hanya hujung tempoh darurat itulah.

Komunis tidak rosakkkan pokok-pokok getah sebab komunis perlukan sokongan daripada penoreh getah juga. Bekalan makanan dan ubat. Ubat masa itu hanya aspro – paling popular. Dipanggil …. Hanya aspirin dahulu dipanggil aspro. Ubat luka orang Cina panggil 693, ubat berwarna putih untuk ditabur pada luka. Hingga tahun 1960-an.

Cara seludup keluar makanan. Difahamkan perempuan bawa seludup keluar. Perempuan pura-pura mengandung atau simpan dalam baju dalam. Ada simpan dalam kasut. Atau diikat pada kaki. Sikit-sikit. Kehidupan masa itu memang susah.

Ada juga komunis Melayu seperi Rasyid Maidin. Chin Peng tidak beroperasi di Semenyih. Nama Sungai Lalang itu , Kachau di beri nama sebab Kachau. Selalu berlaku kekacauan di situ. Dahulu Kampung Pasir itu kampung Cina. Pokok-pokok besar masih ada simen, bekas kedai-kedai. Rumah kedai. Merata-rata tempat. Dulu tak dipanggil Kachau. Diberi nama Kachau selepas kekecauan. Sungai Lalang dan Kampung Pasir dipanggil nama Kachau.

Saya menoreh di Bsatu 28. Dekat dengan Nirvana sekarang. Turun dari lori dan masih perlu jalan kaki satu jam ke dalam kebun getah. Baru sampai ke tapak menoreh getah. Getah itu dipunyai oleh estet. Guna pisau toreh. Masa itu susah menoreh kerana takut harimau, binatang liar, takut askar dan takut komunis. Memang susah. Kalau jaga komunis askar marah. Tak jaga komunis nanti komunis balas dendam. Takut ular, harimau dan macam-macam ada.

Susu getah di bawa ke tepi jalan. Dibawa ke dalam lori, tauke timbang. Tauke bernama Khoo. Nama keluarga ialah Khoo. Harga getah pada satu masa sangat baik iaitu semasa Perang Korea. Sebab itu ramai orang jadi penoreh getah. Masa itu sepuluh sen sangat besar nilainya. Bukan macam sekarang. Biasanya estet hanya kutip susu sahaja. Tauke ambil balik susu . Bukan kira harian. Sekerap harganya murah. Majikan ambil balik semua. Dulu nilai duit besar.

Sekati beras mungkin 20 sen. Secawan 5 sen atau 10 sen. Kalau tidak ada gangguan lain., hidup penoreh getah boleh tahan. Orang yang rajin , boleh simpan duit beli kebun getah seperti keluarga  Khoo – kerani kita itu. Dia ada banyak kebun getah. Ada 20 – 50 ekar kebun getah iaitu bapa dia. Cari duit tidak ada masalah. Tapi ada duit kehidupan susah juga sebab keperluan asas memang tidak ada.

Jalan raya  baik. Ada tar sungguhpun tidak cantik macam sekarang.Semua jalan utama   ada bertar. Sebab sebab jalan yang melalui Semenyih memang jalan besar yang hubungkan Kuala Lumpur ke Seremban. Jalan ke Kampung Pasir juga ada tar untuk angkut bijih timah dan getah.

Di Kajang ada lebih banyak cerita. Yang paling popular ialah Sungai Kantan. Kita panggil tempat itu kebun kelapa. Ramai orang Cina duduk di sana, Akhirnya dikejar masuk ke kawasan Kajang. Kampung baru di Kajang ialah Sungai Chua. Jadi nama asalnya ialah Kampung Baru Sungai Chua.

Dulu Semenyih memang tiada perkhidmatan perubatan. Sesiapa sakit mesti pergi ke Kajang. Naik bas Foh Hup. Jalan Semenyih- Kajang banyak perubahan. Dulu jalan tak lurus, hanya ikut kontor sahaja., Dari semasa ke semasa jalan diluruskan dan potong bukit.

Kem  pemeriksaan  penoreh getah hanya di Semenyih sahaja. Tempat lain saya tidak dengar.

Di Broga ada sebuah tokong. Tokong ini dipercayai tempat simpan rahsia ,  satu kepercayaan kunun tempat bersemayam dewa. Dewa ini boleh tunaikan apa yang mereka minta. Mereka jumpa tulang dan minta sesuatu. Permintaan ditunaikan dan tulang disimpan di sana. Sekarang sudah jadi pusat pelancongan ., Ada banyak perhiasan.

Komunis yang ditanam akan ditanam leh kerajaan di belakang hospital. Kubur di Sungai Kantan adalah kubur yang ada waris. Tidak cantik seperti sekarang. Tanam dan letak tanda batu. Tanda dengan kayu tak tahan. Ukir nama . Ukir nama waris yang dirikan batu itu . Kubur komunis tidak ada tanda, sebab tidak ada yang tuntut. Siapa yang ditembak oleh komunis, siapa yang berani hendak tuntut.

malekhanif@yahoo,com