Corat-coret Warga Engku Husain
21 Feb, 05 > 27 Feb, 05
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
SUKAN
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Thursday, 17 February 2005
KETUA GURU DISIPLIN BERTUGAS DI KEMENTERIAN PELAJARAN
PERTUKARAN cikgu Siti Hasmah Mohd Dahlan memang mengejutkan semua warga guru apalagi para pelajar. Beliau bertukar menjadi pegawai pendidikan di Kementerian Pelajaran, Bahagian Sekolah , Unit Disiplin. Itulah maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber tidak rasmi.

Oleh itu sekarang cikgu daripada SMK Engku Husain yang pegawai pendidikan di Kementerian Pelajaran berjumlah 2 orang. Sebelum ini cikgu Mohamad Ainuddin Ibrahim memohon tugas baru sebagai pegawai pendidikan di Unit Hal Ehwal Pelajar khususnya unit aduan.

Maka mudahkan guru-guru dan para pelajar berurusan dengan Kementerian Pelajaran kerana ada wakil di sana. Tentunya mereka boleh menolong kerana tahu selok belok hal ehwal pentadbiran dan perundangan.

Biasanya tugas pegawai pelajaran berkaitan dengan tugas-tugas di peringkat dasar, membuat keputusan dan menyediakan data serta maklumat yang diperlukan bapak menteri . Dengar cerita, selalu berjumpa dan bermesyuarat dengan pengarah itu dan ini, menteri itu dan ini.

Posted by malekhanif at 10:54 PM
Post Comment | Permalink
LATIHAN PEMINDAHAN BENCANA ALAM PBSMM
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, SMK ENGKU HUSAIN akan mengadakan latihan pemindahan pesakit terutama semasa bencana alam. Latihan ini amat penting berikutan kiamat kecil tsunami yang melanda Aceh , indonesia pada 26 Disember 2004 yang lalu. Ramai petugas PBSM M Malaysia telah pergi ke sana.

Latihan pemindahan pesakit akan diadakan pada 18 Februari 2005, Jumaat, jam 8.00- 9.30 pagi.

Latihan pemindahan pesakit ini akan menggunakan strecher, kerusi dan strecher daripada batang kayu . Mereka akan diminta mencari bahan-bahan yang terdapat berdekatan dengan kemalangan tersebut.

Ada sebuah strecher yang ringan di sekolah ini. Puan Asnah Harun berminat untuk membeli sebuah lagi strecher dan sebuah khemah terbuka. Alatan ini akan memudahkan ahli PBSMM membuat latihan dan bertugas , terutamanya semasa hari sukan.

Antara barisan kepimpinan PBSMM yang baru ialah Mohd Ainuddin, Jumali dan Narinderpal Singh serta Shabana Munawwarah.

Guru Penasihat merangkap jurulatih PBSMM ialah Encik Abd Malek bin Abd Hanif. Turut mebantu ialah Cikgu Nor Hazdlin Mohd Nor, dan Cikgu Tan Lay Moy.

Latihan kawad kaki bermula pada 17 Feb dan 18 Februari Jam 8.00 hingga 9.30 pagi. Namun sambutan masih kurang menggalakkan. Cuma 24 ahli yang hadir daripada jumlah keseluruhan 134 ahli.

Datanglah beramai-ramai dan jayakan misi anda untuk menjadi sukarelawan unggul.

Posted by malekhanif at 10:42 PM
Post Comment | Permalink
Wednesday, 16 February 2005
MERENTAS DESA DAERAH HULU LANGAT 2005
Topic: SUKAN
MERENTAS DESA DAERAH HULU LANGAT Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain telah menjadi johan keseluruhan dalam Pertandingan Merentas Desa Daerah Hulu Langat yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Rinching pada hari Selasa 15 Februari 2005. Sejak beberapa tahun lepas, sekolah ini telah menjadi johan. Kebanyakan pelajarnya berasal dari SK Ulu Semenyih, SRJKT Ladang Rinching dan SRJKT Ladang Semenyih. Selamat maju jaya. dua orang telah terpilih mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri yang akan diadakan di Daerah Gombak.

Posted by malekhanif at 7:00 PM
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older