Make your own free website on Tripod.com
front.jpg (46972 bytes)
Aktiviti  Sambil Sambil Belajar ke  Melaka ini sudah   lama dirancangkan . Hasil inisiatif beberapa orang pelajar  dan guru , maka   aktiviti ini berjaya dilaksanakan akhirnya.

Rombongan ini melibatkan 40 orang pelajar  dari Tingkatan 3 sahaja.  Setelah   'duduk semeja' merancang  dan mengumpul  peserta dan memungut wang   penyertaan ,  aktiviti ini berjaya juga  dilaksanakan akhirnya.

Pengetua sekolah, Pn Asnah bt Harun telah membenarkan pelajar pergi dengan  diiringi   3   guru iaitu Puan Noraini, Puan Khuzaimah dan Encik Abdul Malek.

Pada 26 Mei 2002 , pelajar SMK Engku Husain  telah  bermalam di Muara Bidara Beach Resort. 

Keesokannya  pergi ke Pulau Besar, Melaka. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi di Pulau Besar.  Orang ramai masih lagi mengunjungi  makam-makam  yang dikatakan  keramat  serta boleh menunaikan nazar seseorang.

Kebanyakan yang mengunjungi  makam-makam  tersebut ialah   di kalangan India Muslim. Sultan Zainal Ariffin dikatakan berasal  dari India. Menurut teori sejarah  kedatangan Islam ke Tanah Melayu ,  orang Melayu  diIslamkan olejh para pedagang yang datang dari India.

Ketika itu, Kerajaan Moghul sedang berhadapan  dengan kemaraan Portugis khususnya di Goa , India.
.


OBJEKTIF ROMBONGAN :
1.      Para pelajar dapat mengesan dan menjejak sejarah Keagungan Kesultanan Melayu Melaka.
2.     Dapat mencari kebenaran / aktiviti ritual  di sebalik makam-makam yang  terdapat di Pulau Besar.
3.     Menghargai  dan menghayati keindahan  alam flora dan   fauna khususnya di laut.
 
LINK TEMPAT YANG DILAWATI :
but1.jpg (8610 bytes) Taman Buaya di Air Keroh, Melaka
but2.jpg (9074 bytes) Bandar Hilir - khususnya Kota A Famosa
but3.jpg (7555 bytes) Tanjung Bidara
but4.jpg (8558 bytes) Pangkalan nelayan di Umbai
but5.jpg (8317 bytes) Pulau Besar , Melaka

 

 

Peta Lokasi

melaka_roadmap.jpg (31938 bytes)