Make your own free website on Tripod.com
 
.Cuma keluhan rasa.....  
 
 
Hambatan  berkreatif dan berkarya
Bukan mudah kita menerima komen  daripada orang lain apatah lagi kecaman.Itulah naluri semulajadi manusia.

 Jika ramai pengunjung terhadap laman web itu adalah satu kebanggaan apatah lagi ada yang rajin meninggalkan  coretan atau sebarang komen .

 Sekatan utama adalah  laman web ini melibatkan sekolah. Oleh itu tidak boleh  dimasukkan sebarang perkara dan melibatkan imej  serta maruah sekolah.  Akan terlibat sama nanti pihak pengetua. Lebih menakutkan  jika melibatkan pihak PPD, Jabatan dan Kementerian. Sesungguhnya kita selaku  pihak guru  telah menandatangani surat Akujanji dan ini bermakna  kita telah mengaku dan berjanji.

Tapi itu tidak pula menyekat dan menghalang kita dari terus berkarya dan berkreatif. Dalam  zaman  yang serba mencabar ini masih  ramai yang terus berkarya. Masih ramai yang terus berkreatif. Masih ramai yang  menonjol dan tertonjol dan  berjaya kerana karyanya. Malah mereka berkata - itu semua bukan penghalang jika kita seorang yang profesional , cekal dan tekal dengan  kewarasan untuk berkarya.  Halangan akan hanya menjadi tembok halangan  jika kita  enggan  dan tidak sopan berkarya. Itu karya  mereka.  Mungkin, tidak salah rasanya. 

Jika kita betul-betul komited dan ingin menjadikan  internet sebagi medan  berkarya - yah - terus saja. Jangan toleh ke belakang lagi.  Yang tinggal dan tertinggal - biarkan terus berlalu. Apa mungkin kita dapat membetulkan   masa silam kita. Apa bisa kita  merencana semula yang   sudah terpacak   di atas  jemala kita. Tidak mungkin. 

Apa yang mungkin. Ya. apa yang mungkin ialah memastikan ia tidak berulang dan terus berulang. 

Jadi di mana sekatannya dalam berinternet ini. 

Apakah kita menjadi begitu takut  untuk menyatakan kebenaran.  Apa selama ini kita penikus dan menjadi tikus-tikus yang berkeliaran  di rumah orang -orang kaya yang  mempunyai beratus-ratus  anjing, kucing dan kambing. Lalu tikus hingusan  tidak boleh mampu menumpang sekali. Aduh... ngombrol panjang seperti Indon kehilangan  Chairil Anwar lagaknya.

Soalnya kebenaran milik siapa. Sang tikus tidak mempunyai kebenaran. Hanya  sang  kucing dan sang  anjing mempunyai  jata kebenaran. Apa kambing juga mempunyai . Ah. Ngomong lagi.

Atau aku saja yang mahu  benar  dan kebenaran yang dibenarkan. Yang lain tidak dibenarkan .  Tanpa kebenaran tiada siapa yang boleh  menyatakan kebenaran . Apa itu  benar.  ?

Karya berinternet sudah lain

 Pada peringkat mula  dirasakan orang  ramai sukakan  grafik-grafik dan animasi yang hebat-hebat. Itulah sebabnya mengapa ramai yang  beralih kepada  dreamviwer dan sebagainya. Lalu   halaman depan penuh dengan pelbagai  css , gif animasi dan sebagainya.  Tapi apa gunanya  jika  ia tidak meberikan sebarang faedah jika  tidak lagi menarik perhatian pengunjung  berulang.

Berbalik kepada rempuhan animasi dan grafik , biarlah mereka . Citarasa memang selaunya berbeza . Aku ingin  cipta satu kelainan dalam laman web sekolah.

Kalau boleh aku ingin  update setiap hari dan se tiap pagi ada sahaja bahan yang hendak dibaca dan diupload . Mengapa tidak. 

Lihat sahaja dalam bentuk terkini. Webblog misalannya. Ia kelihatan sangat simple dan tidak  punya apa-apa tapi tapi cukupm  kreatif dan  produktif. Bahasa sangat bersahaja dan mengesankan pembaca.  kita sebetulnya tidak punya masa dan  intuisi.

Kita masih terperangkap pada  fizikal  dan aspek luaran-luaran sahaja. Kita masih   membenarkan mata untuk menilai. Kita tidak membenarkan  masa  kepada akal untuk menilai dan menilai. Otak hanya akan menilai dengan tepat jika digabungkan  antara mata dan  telingan. Ia perlu dibaca.  Karya di laman web bukan hanya untuk dilihat tetapi untuk dibaca.  Rajinkah kita untuk membaca. Apatah lagi kita dikatakan  membaca dua halaman  buku sehari. sedangkan di internet ada selautan ilmu yang perlu dibaca. Di dalamnya ada AlGhazali dan AsSyafie - sekadar meminjam  puitis Pak Lah dalam Mencari Damai Abadi.

Masa lampau mengenali komputer - cukup menyakitkan.

 Aku terus dengan Frontpage, Microsoft Composer , Irfanview, Xara3D4 , Cuteftp dan sebagainya.  Untuk beralih arah memang sukar. Tambahan pula  sofware yang aku gunakan memang cukup segalanya sebelum aku mungkin  beralih kepada php. jsp , css dan sebagainya. Terlalu banyak yang aku terpaksa pelajari dan  masa masih suntuk  untuk mengejar itu semua. Aku terpaksa membeli buku  panduan dan ia tidak  sukar untuk dikhatam . Bukan aku tak  beralih. mahu tapi aku tidak lagi berupaya.

Sebagaimana dulu  terperangkap dala Wordstar sekitar tahun 1987 -1988. Kira-kiranya aku master dalam  Wordstar, Lotus  , Dbase dan lain.- lain. Aku rasa mereka yang sezaman dan sealiran dengan aku akan merasa  kesan yang sama. Cukup susah sekali- terpaksa mengingati shortcut key yang  pelbagai. Tapi  sejarah lampau itu ada kebaikannya. Bayangkan betapa banyak  nota dan buku yang aku beli. Contohnya  buku-buku tulisan Chua Choi See dan lain-lain   yang tersimpan  dalam perpustakaan - tanpa sebarang nilai lagi. Boleh campak sahaja sekarang  ini.

Kawanku  ada menyimpan  dalam berberapa hard disk  karyanya   berkenaan programingnya ketika di sekolah dulu. Sejak di sekolah teknik lagi dia  terlibat membuat data   yang melibat Basic, Dbase, Turbo Basic dan lain-lain. Itu semua tinggal kenangan. Sekarang ini tidak lagi  ada sebarang pertandingan  mencipta  alat bantu mengajar sebegitu. Dulu rasanya begitu banyak. Boleh dikatakan semua sekolah berasrama penuh ada mebuat perisian. Aku cukup berminat dengan  perisian  dari Sekolah Penang Free School dan lain-lain.

 

---------------------------

Cuma keluhan rasa

Banyak sungguh  komen daripada pengunjung laman web ini yang merungut  mengapa laman web ini tak  update. Memang ada hati  untuk   update laman web ini tetapi pelbagai kekangan  timbul di saat-saat  ia hendak  berlaku.

Antara kenangan itu ialah :

1. Tripod site hanya membenarkan 20 mb sahaja. Sedangkan  tapak ini sudah penuh. Ada begitu banyak gambar digital dan sayang  rasanya hendak delete. Hendak buat yang baru rasanya  yang lama ok lagi, cuma   beberapa perkara perlu diubah suai. Saya boleh  pindah ke site yang lain dan buat site mirror, tapi  tak terbiasa dengan tripod ini sejak dulu lagi.

2. Masa komputer pun satu juga. Dulu ada kemudahan  komputer yang dibekalkan oleh  MIMOS, tetapi sekarang komputer MIMOS tu dah tak ada  lagi.

3.Software yang digunakan bukanlah yang original. Untuk memindahkan  fail yang banyak  dan lebih cepat kita perlu  ada CUTEFTP. Dulu-dulu fail ini diberi percuma bersama Tripod. Tapi sekrang tak lagi.  Apabila hendak install kepada  komputer yang baru - ia ada limitation 30 hari je. Ini masalah yang cukup besar. Nak beli sofware ini dekat RM300.00 . Kalau ada sesiapa yang hendak sponsor - cukup baik.

4.Masa memang  begitu cemburu. Masa  yang terbaik untuk buat ini semua pada saya ialah 12.00 malam hingga 3 pagi. Kalau asyik dengan komputer lebih daripada bini -   ada yang bising.

5.Di sekolah - dah lama juga aku bina laman web ini dan pernah dilancarkan sekali semasa mesyuarat PIBG. Ok jugalah. Tapi lepas itu  tiada respon daripada sesiapa.  Aku terfikir- buat susah-susah tapi kerja malam-malam ini tak ada orang yang nampak. Al maklumlah mereka  tidak ada komputer dan internet. Sesetengahnya fobia dengan  content internet.

6.Pembantu pun tak ada. Ada juga teringin nak lagi  guru-guru  membina laman web di sekolah, tapi mana komputernya.  Tambahan pula  tidak ada talian tekefon kedua di sekolah.  Buat benda-benda macam ini perlukan  masa dan tenaga dan biasanya malam-malam. Buat siang - talian telefon tak berapa bagus . Selalu je putus-putus.  Bukan semua  boleh sabar .

7. Imbuhan dan kewangan  jauh sekali. Bila  guna internet - bil mahu dibayar juga. Bukan free.  Tapi aku tak kisah sangat. Inilah sumbangan aku untuk sekolah aku mengajar.  Aku beli komputer, beli scanner, kamera digital, dan pelbagai perkara lagi - bukan sedikit kosnya.

8.Aku ada ilmu,  ada belajar buat laman web sendiri dan kemudian  kursus di MIMOS.  Untuk memahirkan perlu banyak trial and error.Berpulh-puluh lagi. aku dah inbove dalam hal internet ini sejak 1998 lagi iaitu ketika  SUKOM 98.  Tahun -tahun tersebut memang sangat panas.  Hajat hati nak gak ajar orang lain . Tapi di mana komputernya. Makmal komputer belum siap lagi.  Tapi itu dulu - sekarang  dah ramai guru yang dapat  komputer free. Cikgu sains, math dan english. Jealous gak. Free oiiii. Dapat elaun lagi.

9. Aku dan beberapa orang pelajar ada gak masuk pertandingan membina  laman web anjuran CikguNet. Dapatlah saguhati  berbentuk majalah percuma. Tapi masalahnya  tak dapat nak continue . Bila  habis sekolah - terpaksa latih   pelajar baru.

10.Aku harap apa yang aku cakap ini tidak menyingggung sesiapa. Bukan senang nak jaga hati orang.

malekhanif@yahoo.com