Sajak

DUNIA KITA YANG PENUH GEJALA
Dunia kita...
Tidak seperti yang diharapkan
Suasanamu berbagai-bagai kerenah
Ragam manusia mengubah segala-galanya

Dunia kita...
Di sana berlaku peperangan
Negara kuat megah dengan senjata
Negara lemah terpaksa mengaku kalah
Negara lain tidak berdaya membantu

Dunia kita...
Diancam penyakit, bahaya, dan bencana
Manusia bergolak cuba menghalangnya
Berkempen cuba menyelamatkan nyawa
Namun manusia tidak berdaya
Menghalang sepenuhnya gejala dunia

Dunia kita...
Patut pelihara kesihatannya
Pohon menghijau mengubat pandangan
Udara bersih asas kehidupan
Manusia penghuni yang menetap di bumi
Harus peka menjaga keindahannya
 

Pantun

Pantun Teka-teki
Pulang dari kerja, Terus buka topi,
Perut rasa lega,
Kerana keluar isi.

Ambil betik janganlah risau,
Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah.

Saya hanya sebatang tangan,
Tangan saya ada lima jari,
Saya suka rasa semua makanan,
Cuba teka siapakah saya ini?

Hitam manis baik parasnya,
Bulat bundar sifat mukanya,
Alamat tertera di luar kulitnya,
Tanda menyatakan putih isinya.