Biodata Diri Saya

 Saya ialah seorang pelajar yang bernama Naim Bin Hadi Darsono. Saya berumur  14 tahun. Saya tinggal di Taman Hiew Piow. Hobi saya ialah bermain ‘Video Games’. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ‘Computer Programmer’. Ahli keluarga saya terdiri daripada 6 orang. Kawan karib saya ialah Abdul Haziq Izzuddin Bin Ismail.  Pelajar yang paling saya benci di dalam kelas saya ialah Rosalinda and The Gangs kerana mereka ‘MENGGERIBIT’. Makanan kegemaran saya ialah ‘Pizza BBQ Chicken’ dan minuman kegemaran saya ialah ‘Hot Chocolate’. Idola saya ialah ‘LINKIN PARK’, ’TRAPT’, ’Usher Raymond’ dan ‘Hilary Duff’. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Jika ingin mengirim ‘e-mail’ kepada saya sila hantarkan di alamat aliasneo_naim@yahoo.com atau . Jikalau saya bermasalah saya akan beradu kepada kawan-kawan (‘member’). Saya seorang yang peramah dan senang berkawan. Benda yang saya paling sayang ialah ‘Gameboy Advance Sp’ saya kerana saya membelinya dengan wang simpanan saya sendiri. Rancangan ‘TV’ yang saya minati ialah ‘Digimon Tamers’, ‘M-Tv’(Music Television)’ dan ‘V’(Channel V). Akhirkata dari saya ialah saya berharap untuk mendapat keputusan yang cemerlang.           

SAJAK BUAT GURUKU

Ingin sekali aku,
Berdiri tegak di persadamu,
Mengenal setitik budi,
Menghirup secangkir kasih.

Ingin sekali aku,
Berdiri di anjung kasihmu,
Memetik sebuah keikhlasan,
Menghampar selautan harapan.

Ingin sekali aku,
Bersamamu menyanyi lagu mesra,
Bertepuk utuh pasakku teguh,
Ini anak-anak merdeka,
Perlu kau merdekakan jiwanya.

Ingin sekali aku,
Berada di takhta muliamu,
Mengisi kekosongan dada anak-anak merdeka,
Mendukung keagungan ,melempar gusar,
Daripada jiwa anak didikmu.

Ingin sekali aku,
Berkongsi kerinduanmu,
Tatkala mereka tidak bersamamu,
Bangga dengan mutiara,
Berjabat erat bersapa mesra,
Ketika kau kutemu mereka di jalanan 


SEJATI 

Sejati dan seiring,
Kita menjejaki,
Belukar hayat ini,
Demi mencapai,
Yang tersurat dan tersirat.

Kita di sini,
Memantap iltizam,
Kerana hasrat dan murni,
Akan dicapai,
Sedaya yang mungkin.

Esok akan mendatang,
Kita menghimpun kekuatan,
Agar diri terus gagah,
Mendepani kehadiran lembayu,
Yang hadirnya tidak menentu,
Segalanya kemungkinan.


Nama saya ialah Mohd Syafiq . Saya dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur . Saya dilahirkan pada 10 April 1990 . Saya tinggal di Lot 418,Batu 21,Jalan Sungai Lalang,Kampung Sungai Lalang . Saya ada 6 adik-beradik . Saya merupakan anak yang ke-3 . 

Ayah saya bernama Mohd Soffian . Dia seorang yang tidak suka mengambil mudah dalam semua perkara . Ibu saya bernama Norhasni . Dia seorang yang penyayang . Makanan yang paling saya suka ialah nasi goreng ayam . Minuman yang paling saya suka ialah air tembikai laici . Perkara yang paling manis bagi saya ialah mendapat awek . Perkara yang paling pahit ialah saya berpisah dengan awek saya . 

Orang yang paling saya sayangi ialah nenek saya dan adik lelaki saya . Orang yang paling saya benci ialah orang yang menipu dalam cinta . Idola saya ialah Megat A.C.A.B . Kumpulan yang paling saya minati ialah kumpulan A.C.A.B,The Official dan Nirvana . Kawan yang paling rapat dengan saya ialah Mas , Zack , Haziq , Naim dan Ridho . Haiwan yang paling saya suka ialah ayam katik kerana ia 
mempunyai bulu yang cantik . 

Negara yang saya idamkan ialah negara Jepun dan Korea kerana kedua-dua buah negara itu sangat maju . Apabila saya sudah besar saya ingin menjadi seorang angkasawan .