Make your own free website on Tripod.com

DIRI SAYA
 

 

 

         Nama saya Nur Shahiela bt Mohd Rasid . Saya berumur 14 tahun . Saya bersekolah di S . M . K . Engku Husain di dalam tingkatan 2 Bakti.Saya tinggal di Batu ,

22 , Jalan Sungai Lalang , 43500 Semenyih , Selangor Darul Ehsan . Hobi saya ialah ingin menjadi seorang Doktor . Saya dilahirkan di Hospital kajang pada 1 Oktober 1990 . Warna kegemaran saya ialah  biru . Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam dan masakan emak . Minuman kegemaran saya pula ialah milo ais .

        Kenangan manis saya  yang tidak boleh saya lupakan ialah melancong bersama keluarga . Pada tahun 2000  datuk saya  telah meninggal dunia , ini merupakan kenangan pahit yang tidak  boleh saya lupakan .

        Kawan karib saya ialah  Akidah dan Azian . Kawan biasa pula ialah Asvini , Syafiqah , Izzati dan ramai lagi . Saya tak suka orang yang suka menipu , dan suka memperkecil-kecilkan saya . Saya suka orang yang baik hati , peramah , rajin dan jujur .

        Rancangan tv kegemaran saya ialah Explorace , Shin Chan , Doraemon dan drama melayu . Benda yang paling saya suka ialah pemberian yang diberi oleh  rakan-rakan , ibubapa dan guru .

        Jika diberi kesempatan saya ingin melancong ke seluruh dunia . Saya berharap supaya saya dan rakan-rakan akan mencapai cita-cita yang dihajati .

MENGENAI DIRI SAYA

 Nama saya ialah Azian binti  Othman. Saya tinggal di Kampung Batu,3, Jalan Bangi, 43500 Semenyih , Selangor Darul Ehsan. Cita–cita saya ialah  ingin menjadi seorang Guru. Ini adalah kerana ingin mendidik anak-anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan berdisiplin. Hobi saya ialah berkenalan dan beriadah. Saya dilahirkan di Hospital Kajang pada 18 Ogos 1990. Warna kegemaran saya ialah hijau, kerana ia melambangkan kehijauan alam semula jadi, serta biru melambangkan keamanan. Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam dan minuman pula ialah jus buah-buahan dan milo .

Tokoh yang saya kagumi ialah ayah saya, Othman Bin Mohd Nor kerana beliau seorang yang tegas dan pandai menguruskan masa. Pengalaman manis yang pernah saya lalui ialah dapat mengikuti perkhemahan di Excel, Broga. Manakala pengalaman pahit saya pula ialah kedua-dua orang datuk saya telah meninggal dunia.

Saya tidak suka pada orang yang sombong dan suka menunjuk-nunjuk, saya suka kalau seseorang itu jujur, baik hati dan peramah. Kawan yang rapat dengan saya ialah Aisyah, Shahiela, Ayu, Nana, Farah, Izzati, Syafiqah dan ramai lagi.

Rancangan Kegemaran saya ialah Explorace, Majalah 3, Doraemon, Shin Chan dan Dragon Ball.

Guru yang saya hormati ialah semua guru yang berada di SMKEH. Kalau diberi peluang saya hendak menjelajah seluruh dunia. Idola saya ialah Rosyam Nor dan Erra Fazira.

Harapan saya ialah ingin melihat diri dan kawan saya berjaya mencapai cita-cita yang dihajati.

HOH WEI SIANG

 

          Nama saya ialah Hoh Wei Siang. Saya lahir di Seremban. Saya lahir pada tahun 1990. Saya ada satu bapa, sattu emak, satu adik dan satu adik perempuan. Bapa saya ialah Hoh Kiew. Dia ialah satu penoreh getah. Dia berumur 50 tahun. Emak saya benama Nam Giok Cheng., berumur 38 tahun. Adik saya berumur 10 tahun dan adik perempuan berumur Hoh See Ming.

           Hobi saya ialah memasak. Memasak ialah satu hobi yang paling baik kepada saya apabila saya lapang saya akan meminta emak saya ajar saya memasak. Makanan gemaran saya ialah burger. Minuman tergemar saya ialah coffee dan tea. Saya suka warna merah kerana itu bermaksud berani. Tokoh yang saya ingin menjadi seorang tukang masakyang hebat di Jepun.

            Saya suka Jepun kepada sana ada banyak makanan yang sedap dan ada tukang masak boleh ajar saya memasak. Cita-cita saya ialah menjadi satu tukang masak yang terkenal di dunia dan saya harap restiran saya akan berasa di rata-rata tempat.

 

    YAP SOON LOK

 

     Nama saya Yap Soon Lok. Umur saya 14 tahun. Saya lahir di Cheras. Pada tahun 1996 kami sekeluarga pindah ke Semenyih. Saya lahir pada tahun 1990. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husian. Ahli keluarga saya ada lima orang ahli. Saya ada satu ayah, satu emak dan dua orang dan saya.

          Hobi saya ialah mengumpul setem dan main ping pong. Buah-buahan yang saya gemari ialah mango dan tembikai. Mata belanjaan yang saya sukai ialah Mathematics. Warna yang saya ialah biru dan hijau. Saya suka Menukar

Setem dengan kawan saya. Cita-cita saya ialah menjadi seorang juruterbang.Saya paling saying keluarga saya kerana mereka beri semangat kepada saya.

Divonthy Susii

Pada 13 Januari  1990, lahirlah seorang insan yang diberi nama Divonthy Susii Patnaik a/p Padmacharana.  Bayi tersebut adalah saya.  Saya dilahirkan di Hospital Lumut, Perak Darul Ridzuan.  Saya kemudiannya dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim sehingga tahun 1996.  Pada tahun 1997, kami sekeluarga telah berpindah ke Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

Saya memulakan pendidikan formal saya yang pertama di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih di darjah 1 Tanjung.  Sekarang, saya berumur 14 tahun dan sedang meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain di Tingkatan 2 Bakti.

Pada waktu lapang saya akan membaca pelbagai jenis bahan bacaan antaranya buku cerita , ensiklopedia dan artikel yang berunsur pendidikan. Saya begitu meminati topik yang berkaitan dengan fisiologi homosapiens.Jadi saya bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah. Tetapi, matlamat jangka pendek saya ialah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Pada tahun lepas saya telah mengikuti perkhemahan di The Woods Resort Ulu Yam dan segala aktiviti yang telah dijalankan di sana telah saya sematkan diingatan sebagai satu pengalaman yang manis yang saya tidak akan lupakan.Selamanya.....

Pengalaman pahit saya ialah pada tahun 1998. Sewaktu saya berada di darjah 2 Anggerik. Amirin, salah seorang kawan saya telah menjadi target bagi Ismail untuk membaling bucu kayu meja yang tetanggal. Tetapi malangnya kepala saya pula yang terkena bucu kayu tersebut dan kepala saya pun berdarah. Saya dikejarkan ke Hospital Kajang dan saya menerima 5 jahitan di kepala. Menurut doktor tersebut, luka tersebut hanya beberapa sentimeter dari saraf optik saya . Saya amat bernasib baik dan bersyukur kerana tidak kehilangan pengelihatan saya.

Itulah sedikit sebanyak tentang diri saya. Sekian, terima kasih.

Negara kita negara merdeka,
Hidup sejahtera rakyat jelata,
Kepada warga teruskan usaha,
Teguhnya Malaysia tanggungjawab kita.

Negara kita terkenal sudah,
Di mata dunia namanya gah,
Usahlah kita berpecah belah,
Kelak nanti buruklah padah,

Wahai rakyat tua dan muda,
Jauhkan sengketa, lalai, dan leka,
Manfaatkan pelbagai sumber yang ada,
Kuasai teknologoi kembangkan minda.

Budi bahasa janganlah jelik, 
Janganlah sampai berakal pendek,
Kemajuan dikejar budaya dikelek,
Itulah prinsip kehidupan terbaik.

Ingatlah pesan tokoh berjasa,
Daulatkan Malaysia sepanjang usia,
Generasi muda harapan nusa,
Haruslah teguh jati dirinya.

Negara kita negara merdeka,
Menjadi kebanggaan seluruh warga,
Bekerjasama bersatu tenaga,
Wawasan 2020 menjadi nyata.

Chong Keat Yong 2B Diri Saya

Nama saya ialah Chong Keat Yong. Umur saya ialah 14 tahun. Saya tinggal di Taman Permai. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engka Husain. Saya suka makan pelbagai jenis makanan dan buah-buahan seperti bihun goring, durian, rambutan, dan mango. Warna yang saya paling suka ialah hitam dan putih. Di tempat tinggal saya, ada pelbagai kedai makanan di pekan kerana sana ada berbagai-bagai jenis makanan yang enak. Saya beragama Buddha. Hobi saya adalah bola jaringdan membaca komik. Saya menghormati ialah ibu bapa saya kerana dia selalu bersusah payah untuk menyara kami sekeluarga. Tokoh yang saya hormati juga ialah pengusahawan kerana mereka dapat menjadi jutawan di seluruh dunia.
Keluarga saya ada 6 ahli keluarga. Ahli keluarga saya adalah bapa, emak, abang, adik lelaki, adik perempuan,dan saya.
Cita-cita saya adalah menjadi seorang pengusahawan, kerana saya ingin menjadi seorang jutawan di seluruh dunia. Saya pun ingin saya yang buka punya syarikat dapat di rata-rata tempat.

Lee Kah Yao 

Nama saya Lee Kah Yao. Saya berumur 14 tahun. Saya tinggal di 128 Kampung Baru 43500 Semenyih Selangor. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Saya berada di kelas 2Bakti. Hobi saya ialah main bola keranjang, main ping pong, dengar music, dan baca buku.Kawan baik saya ialah Yap Zjun Hong. Saya paling suka makan benda yang kurang minyak dan ada vitamin. Saya beragama Buddha. 
Idola saya paling suka ialah seorang yang main bola keranjang di NBA iaitu Kobe Bryant. Saya paling benci orang yang bercakap-cakap dan sombong. Hari yang saya paling rindu ialah semasa tahun 6 pergi perlancong di Pulau Pinang dan Langkawi. Saya suka warna biru. Mata belajaran yang paling suka ialah Mathematik. Saya paling kecewa ialah semasa saya pertandingan bola keranjang kerana jurulatih sentiasa melatih kami tapi kami senang dikalah. Benda yang saya paling saying ialah kasut sukan bola keranjang kerana bapa saya guna banyak wang untuk menbeli kasut itu.
Cita-cita saya ialah menjadi seorang pemainan bola keranjang di dalam NBA oleh kerana saya hendak melatih dengan bersungguh-sungguh tapi saya pun sentiasa ambil berat terhadap keputusan peperiksaan. Kerana saya hendak memikirkan pada masa depan saya.

Pang Sze Herng 2B 

Nama saya ialah Pang Sze Herng. Umur saya ialah 14 tahun. Saya tinggal di No49,rumah murah 43500 Semenyih Selangor D.E. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Saya berlajar kelas 2B. Saya dan keluarga saya beragama Buddha. Hobi saya ialah bermain bola sepak dan berenang. Warna yang saya paling suka ialah kuning. Makanan yang saya gemar ialah durian, kelapa, ayam goring, nasi goreng, kubis dan sebagainya. Minuman yang saya gemar ialah milo, kopi, minuman ringan dan sebagainya. Orang yang saya menghormati ialah ibu bapa dan guru kerana mereka selalu mengajar saya menjadi seorang yang baik. Tokoh yang saya hormati juga ialah guru kerana dia memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar. Kawan baik saya ialah Eng Chee Yang. Mata pelajaran yang saya paling suka ialah Matematik.
Keluarga saya ada lima ahli. Ahli keluarga saya ialah ibu, bapa, bapa saudara, abang, dan saya. Tempat yang saya suka pergi ialah Kuala Lumpur kerana di sana ada banyak pasar raya untuk membeli-belah, juga ada banyak tempat pelancongan.
Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor kerana dapat menyelamatkan nyawa orang. Oleh itu, saya ingin belajar dengan bersungguh-sungguh. 

Nama saya Hiew Yoke Lai. Saya seorang remaja yang berumur 14 tahun. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21 April 1990. Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya. Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih. Melancong merupakan hobi saya. Saya pernah melawat ke pelbagai tempat di Malaysia. Saya pernah menyertai rombongan sekolah semasa Tahun 6 ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Selain itu , saya juga gemar membaca buku rujukan yang berfaedah kepada pelajaran saya .Saya mempunyai banyak kawan karib di sekolah. Ramai di antara mereka adalah orang yang peramah ,baik hati dan rajin belajar .Guru yang saya hormati ialah Pn.Rubiah binti Ahmad. Beliau merupakan guru tingkatan saya yang tegas tetapi penuh dengan kasih sayang . Saya mestilah belajar dengan  bersungguh-sungguh serta menjadi seorang yang berilmu pengetahuan . Saya ingin menjadi seorang akauntan yang berkaliber apabila saya dewasa nanti kerana saya berminat dalam matapelajaran Matematik. Saya berharap impian saya dapat tercapai kelak.

Kawan saya bernama Runia, 
Rumahnya dibuat daripada batu; 
Pelbagai jenis binatang di dunia, 
Apa binatang tulangnya satu? 

Masa lapang bermain wau, 
Sementara ayah membaiki jala; 
Masa kecil berwarna hijau, 
Bila dewasa merah menyala? 



Negara yang aman
Serta yang maju
Tiada peperangan 
Juga permusuhan antara satu sama lain. 

Rakyat yang berbilang kaum
Hidup dengan bersatu padu
Mengastasi segala masalah bersama-sama.

Marilah kita sama sama
Maju bangsa dan cinta negara!

CHEN TZE WEI

     Nama saya ialah Chen Tze Wei.Saya berumur 14 tahun .Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain.Alamat saya ialah 22,Jalan 3, Taman Semenyih Jaya,43500 Semenyih Selangor.Saya dilahirkan di Hospital Kajang pada 21 /2/1990.Nombor telefon saya ialah 03-87236189

Hobi saya ialah membaca dan menonton rancangan televisyen.Makanan kegemaran saya ialah masakan ahli keluarga saya.Warna merah ialah warna yang saya paling suka kerana bagi saya ia melambang mesra dan kawan. Saya mempunyai banyak kawan,antaranya ialah Pau Yuen,Ching Yee,Sek Fen,Tiang Lin,Michelle,Siew Ting ,Siew Wum,Cui San ,Chui Kei dan Yoke Lai.Tetapi saya cuma ada seorang kawan karib iaitu Pau Yuen.Dia merupakan kawan yang meneman saya walaupun saya gembira atau sedih .Pujaan saya ialah BLUE dan Black Eyed Peas kerana nyanyian mereka sangat merdu dan penuh dengan perasaan mereka semasa menyanyikan lagu .Cita-cita  saya ialah menjadi seorang peguam yang boleh menolong orang yang tidak bersalah,reverse an unjust verdict.

HIEW PAU YUEN

Hi!Nama saya ialah Hiew Pau Yuen.Saya tinggal di Taman Permai dan dilahirkan pada 24.12.1990.Terdapat 6 orang ahli dalam keluarga saya iaitu mak,bapa,kakak,dua orang abang dan saya.Hobi saya ialah menunggang basikal dan bersiar-siar.Soya selalu bersiar-siar bersama rakan saya pada hari Sabtu.Makanan yang saya gemari ialah Sup Cendawan manakala minuman pula air Kendul.Pelakon yang saya gemari ialah Andy Lau.Beliau pandai berlakon sama ada dalam situasi yang gembira atau sedih.BLUE adalah kumpulan penyanyi yang paling saya suka.Seperti orang lain,saya juga mempunyai kawan.Antara kawan saya ialah Tze Wei,Siau Lan,Mei Ching,Siew Cheng,Chui Kei.Chui San dan Yoke Lai.Tetapi kawan karib saya hanya seorang iaitu Tze Wei.Dia seorang yang pandai dan baik hati.Dia sentiasa menolong saya semasa saya berada dalam keadaan yang susah.Cita-cita saya ialah menjadi seorangDoktor.Saya ingin menjadi seorang doktor untuk membantu orang yang sakit.Soya juga mempunyai pengalaman yang manis iaitu pergi ke Cherating dengan saudara.Pengalaman yang pahit pula kena kejar anjing semasa menunggang basikal.Cikgu yang saya suka ialah Puan Rubiah.Beliau mengajar kami Bahasa Inggeris dalam kelas.Beliau merupakan seorang guru yang bertanggungjawab dengan sentiasa mengambil berat tentang pelajaran kami.Saya rasa sangat gembira belajar dalam 2Bakti kerana kebanyakan pelajar sangat baik dan ada yang menjadi 'pelawak'dalam kelas menyababkan kelas kami sentiasa ceria.


Pantun Teka-Teki


Pak Ali beli kari,
Isterinya nak kari itik;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa anak selalu dipijak?

Pak Mat buat roti,
Nasi di dalam mangkuk;
Kalau tuan bijak berperi,
Apa ular dalam mangkuk?

Kawan saya bernama Rani,
Rumahnya dibuat daripada batu;
Kalau tuan bijak dan pandai,
Apa binatang tulangnya satu?

Siti sedang menjahit baju,
Kamal pula mencuci kereta;
Masa kecil berwarna hijau,
Bila dewasa merah menyala?