JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA DI SEMENYIH

oleh Abd Malek Abd Hanif malekhanif@yahoo.com

Semenyih turut menerima limpahan rahmat daripada pembangunan pesat Kuala Lumpur . Lebuhraya dari Kajang ke Seremban telah dijalankan dengan rancak. Tahun Mac 2004, lebuhraya dari Kajang ke Semenyih boleh digunakan oleh orang ramai tanpa membayar tol. ( sehingga 2004 ) Tetapi pembinaan peringkat Semenyih ke Seremban menghadapi masalah kewangan dan mungkin ditunda ke tahun hadapan.

Persimpangan bertingkat dibina berdekatan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ) . Seterusnya melalui Sungai Semenyih di Jalan Bangi Lama. Sebuah jambatan akan dibina di situ.

Selain itu Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kajang ( SILK ) bermula dari 660 m ke timur Jalan Sungai Besi / Jalan Balakong / The Mines dan melalui sepanjang Jalan Balakong yang akan dinaiktaraf sehingga ke Jalan Cheras berhampiran dengan Sungai Long. Lebuhraya ini kemudian menghala ke timur di selatan Sungai Long sehingga bertemu dengan Persimpangan Bertingkat By Pass sebelum bertemu dengan Sungai Semenyih dan Sungai Ramal. 

Jarak keseluruhan lebuhraya SILK ini sepanjang 37 km juga boleh menghubungkan Lebuhraya Kajang - Seremban di Persimpangan Bertingkat Kajang By Pass. Lebuhraya ini akan beroperasi dengan sistem tol terbuka di 4 buah plaza tol. Terdapat 12 persimpangan bertingkat yang dicadangkan untuk dibina disepanjang jajaran lebuhraya ini. 

Pada ketika ini ( 2004 ) 'jam' seringkali berlaku di Semenyih iaitu di lampu isyarat ke Pasaraya Econsave Semenyih. Kesesakan berlaku terutama pada waktu pagi untuk pergi bekerja dan waktu balik dari pejabat. Pada hari Sabtu, anda digalakkan tidak pergi ke 'titik sesak' Semenyih iaitu di hadapan Pasaraya Econsave , Semenyih.

Apabila Semenyih Central siap pada 2005, sebuah jambatan dikatakan akan dibina sebagai jalan pilihan. Ketika ini sebuah jambatan telah dibina antara balai polis Semenyih dengan Kampung Tanjung. 

Apabila insenarator di Broga mula beroperasi pada 2007, kesibukan jalan raya akan lebih ketara kerana lebih 500 lori akan keluar masuk dari seluruh Lembah Kelang dan Selangor menuju ke Insenarator Broga, Semenyih. Pada ketika itu, jalan baru amat perlu diadakan.

Penduduk Semenyih yang hendak menggunakan keretapi komuter, bolehlah pergi ke Stesen keretapi di pekan Bangi Lama. Keretapi komputer ini menuju ke Seremban dan ke Kuala Lumpur. Sebuah lapangan letak kereta ada disediakan di kawasan stesen kertapi tersebut. Walau bagaimanapun pengangkutan keretapi tidaklah sepopular di Jepun. Rakyat Malaysia masih suka menaiki kenderaan sendiri untuk ke mana-mana atau ke pejabat.