Make your own free website on Tripod.com
  
 




INSINERATOR BROGA SEMENYIH

oleh Abd Malek Abd Hanif malekhanif@yahoo.com

1. Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg. sampah setiap hari 
2. Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. 
3. Tahun 2001 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. 
4. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. 
Kuala Lumpur (2,634 tan/hari) 
Johor (2,002 tan/hari)
Perak (1,596 tan/hari)
 Kedah (1,383 tan/hari). 

Penghasilan sampah atau sisa pepejal bergantung :
1. keluasan sesebuah kawasan 
2.jumlah penduduk
3. aktiviti yang dijalankan.

Jenis sampah yang terhasil juga berbeza mengikut kawasan. Kawasan bandar, sampah pepejal yang terhasil adalah lebih kompleks berbanding di luar bandar. 

Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk:
kertas                                 bahan-bahan kaca
kayu-kayu                           sisa binaan 
bahan-bahan plastik           sisa-sisa makanan  
bahan-bahan aluminium dan sebagainya. 

Di Malaysia, sampah yang dihasilkan dihantar :-
1. ke 161 tapak pelupusan sisa pepejal di
2. ke pusat pembakaran (incinerator). Dua sistem ini amat popular di Malaysia. 

Tapak pelupusan sampah 
Sarawak 28 tapak.                        Johor 26 tapak
Perak 18 tapak                            Pahang 14 tapak 
Kelantan 12 tapak

Di antara 161 tapak ini, :
77 tapak pembuangan sampah terbuka (open dumping)
49 tapak terdiri dari pelupusan terkawal (controlled tipping)
19 tapak mempunyai “bund” dan sisa pepejalnya dikambus setiap hari,
10 tapak mempunyai kemudahan paip pengumpulan “leachate” dan paip pengudaraan 
mempunyai sistem rawatan “leachate”. 

Banyak namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. 

Kesan buruk tapak pelupusan terbuka :
-sistem tanah -air di kawasan tersebut
-bau busuk -penyakit mata
-kulit -mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak. 

Akibat masalah ruang yang semakin terhad, Malaysia kini beralih kepada teknik pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal sebanyak 3-10 tan/hari/unit. Terdapat 7 pusat pembakaran mini iaitu di : 
Pulau Langkawi Pulau Tioman
Pulau Pangkor Pulau Labuan. 

Di Pulau Labuan juga terdapat sebuah pusat pembakaran yang menggunakan kaedah “Thermal Oxidation”. Pusat pembakaran ini mampu mengendalikan 40 tan sisa pepejal sehari. 

Sebuah pusat pembakaran berteknologi tinggi (Thermal Treatment Plant) akan dibina di Kampung Broga, Semenyih, Selangor. Pusat pembakaran ini mampu menguruskan 1,500 tan sisa pepejal dalam sehari. Ia akan beroperasi pada 2007.

Kebaikan pusat pembakaran ( insenerator ) :
1. membakar sampah dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah terbuka
2. boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi sekitar 500-600 darjah celsius. 
3. separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari. 
4. Abu hasil dari pembakaran itu pula dikatakan 99 peratus selamat untuk ditanam 
5. mampu membakar kuman-kuman yang terdapat dalam sisa bagi mengelakkan masalah penyebaran penyakit. 
6. mengatasi masalah jerebu
7. Tiada masalah bau busuk 
8. Tiada pelepasan gas dioksin. 

Kos pembinaan pusat pembakaran mini di Langkawi - RM5.7 juta. (-mahal)
Kos pembinaan pusat pembakaran di ibu kota - RM500 juta hingga RM1 billion. (-lagi mahal )

Akibat pembakaran sisa yang tidak sempurna. 
1. jerebu / pencemaran udara
2. gas dioksin
3. Di Jepun, pelepasan gas dioksin dikaitkan dengan penyakit kanser
4. kecacatan bayi dalam kandungan, masalah kulit 
5. memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif manusia.
6. mencemarkan tumbuhan, hasil tenusu dan ikan. 
7. merosakkan alam sekitar. 

Pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah berubah mengikut masa. Teknologi yang digunakan di dalam pengurusan ini juga semakin canggih. Penggunaan teknologi dan system pengurusan yang canggih adalah semata-mata untuk mencapai kualiti alam sekitar yang baik bagi negara Malaysia . Kerajaan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat ini. Walaubagaimana pun, rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang sama. Haruslah diingat bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini. Oleh itu, tanggungjawab menjaga alam ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bermula di rumah, sisa yang dihasilkan perlu diuruskan dengan baik agar pengurusan pada peringkat yang lebih tinggi menjadi mudah dan berkesan.


INSINERATOR MAISHIMA . OSAKA, JEPUN

Loji Insinerator Maishima, Osaka, Jepun dibina 1997. Lanskapnya ibarat sebuah taman tema, bukan timbunan sampah. Kelihatan kren seberat 12 tan mengangkut sampah daripada lubang setinggi 15,000 meter . Kebersihan tidak terkata , ibarat kebersihan sebuah hospital.

Loji Maishima berharga RM10 juta itu dibina pihak berkuasa tempatan, menggunakan konsep reka bentuk oleh seorang arkitek Austria, yang menekankan pentingnya keceriaan dan kemeriahan warna.

Loji Maishima kini menjadi pusat pembelajaran dan maklumat berhubung insinerator dan daya tarikan pelancong! Loji ini menerima ramai pelawat tempatan dan luar negara.

Terdapat 10 loji insinerator di Osaka saja dengan kapasiti 6000 tan sehari bagi keperluan 2.5 juta penduduknya. Loji pertama di bina di Morinomiya pada 1965. Pada masa ini, Loji Maishima adalah yang terbesar di Osaka melupus 450 tan walaupun kapasiti maksimumnya antara 800 hingga 900 tan sampah sehari, sementara yang lain, purata 300 tan sehari. Kami juga dibawa melawat loji di Hirano yang mula beroperasi pada 1968 dengan kapasiti 300 tan sehari.

Seperti kata Naib Presiden Loji Maishima, Osaka, Kenzo Kwata: siapa yang suka sampah. Imej kotor dan buruk dan busuk.. 

Lalu dibina insinerator istimewa, mesra, ceria dan mampu menarik orang kepadanya, bukan menjauhi orang. Kita mahu dekat dengan alam semula jadi. Banyak pokok ditanam di atas bumbung loji ini termasuk pokok limau. Ia dihiasi 500 tingkap pelbagai bentuk, saiz dan warna dengan 200 daripadanya berfungsi. Juga dibina tiang-tiang konkrit pelbagai saiz dan warna siap dengan kubah berwarna emas. 

Tidak hairanlah kebanyakan loji insinerator di Jepun dibina dalam kawasan perumahan. Tidak ada zon penampan. Di Maishima sendiri, lokasinya bersebelahan apartment dan kawasan industri. Kawasan apartmen yang terletak dibelakang loji insinerator Maishima, Osaka juga ditanam padi .

Kwata berkata, sebagai pampasan kepada penduduk setempat, menjadi suatu yang biasa apabila Pihak Berkuasa Tempatan bertanggung jawab membina kemudahan awam untuk penduduk setempat. Pembinaan pasar mini, gimnasium, kolam renang di bahagian atas loji atau bersebelahan adalah pemandangan biasa di loji insinerator di Jepun. Namun, di Maishima kemudahan itu tidak ada berikutan ia lebih kepada kawasan industri.

Pengeluaran haba Loji Maishima digunakan untuk membekal tenaga elektrik yang dijual kepada syarikat jana kuasa dengan pendapatan AS$24 juta. Kira-kira 30 peratus daripada bekalan elektriknya untuk kegunaan penduduk Osaka. 

Loji ini beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun kecuali tiga hari kerana cuti tahun baru. Menggunakan 111 pekerja, yang bekerja mengikut giliran. Ia dibuka untuk lawatan orang ramai.

Dengan menggunakan insinerator, abu bahan bakar dapat dikurangkan sehingga 90 peratus, ini bermakna masih perlu ada kawasan kambusan sampah (sanitary landfill). Di Jepun, abu masih dikambus kerana biar pun ia boleh dibuat batu bata, belum ada nilai komersialnya. Di setengah kawasan, abu digunakan untuk kerja tebus guna tanah. 

Loji insinerator itu dipasang sistem rawatan gas yang terbaru, yang bukan saja menghapuskan gas berbahaya, kandungan dioksin dan bahan toksik yang dikeluarkan maksimum 0.001 nanogram bagi setiap meter padu, terlalu sedikit untuk menjejaskan kesihatan. Dengan menggunakan insinerator juga, bau busuk sampah dapat dihalang keluar dengan suhu panas yang tinggi sehingga 1000 darjah celsius dapat memecah komponen bau.

Penggunaan loji ini juga dapat memulihara alam sekitar apabila air kumbahannya dirawat terlebih dulu sebelum dilepaskan ke sistem kumbahan awam. 

Kos pembinaan Insinerator Maishima 60.9 bilion yen (RM1.84 bilion) itu. Naib Presiden Insinerator Maishima, Kawata Kenzo menjelaskan terdapat dua loji pembakaran sampah yang menyerupai taman tema di dunia. Meniru loji pembakaran sampah di Vienna, Biro Pengurusan Alam Sekitar Bandar Raya Osaka tidak teragak-agak menggunakan kreativiti artis dari Austria untuk merekabentuk yang sama di Maishima.

Kira-kira 4 tahun untuk dibina sebelum boleh beroperasi sepenuhnya. Insinerator Maishima mengandungi tujuh tingkat, dua tingkat dibina bawah tanah, keluasan bangunan kira-kira 16,700m dengan keluasan lantai 56,000m. Terbinanya insinerator unik itu adalah ilham Master Friedensreich Hundertwasser yang bekerja keras untuk mengharmonikan teknologi dengan ekologi dan seni melalui rekaannya. 

Hundertwasser percaya semua benda yang diwujudkan di dunia ini tidak sama bentuknya selain tidak mempunyai garisan tegak, justeru beliau menggabungkan garisan berkelok dalam setiap rekabentuknya. Warna kehijauan turut digunakan pada bangunan tersebut sebagai simbol harmoni bagi alam semula jadi.

INSINERATOR HIRANO , JEPUN

Pusat insinerator Hirano ,kebersihannya hampir mencapai standard sebuah hospital. Pengurus loji pembakar sampah tersebut, Hidono Kioshi percaya setiap insinerator perlu mempunyai penampilan yang harmoni, ceria, kemas dan bersih. Untuk memastikan pembinaannya insinerator menepati ciri-ciri tersebut, pelan asal bangunan semestinya perlu memperuntukkan suasana kehijauan 

Tidak kelihatan orang mencuci lantai atau menyapu sampah dan sukar sekali untuk menemui tong sampah di kawasan sekeliling. Berbanding dakwaan aktiviti di loji pembakaran sampah boleh mencetuskan pencemaran selain berbahaya kepada orang ramai, insinerator di Hirano menawarkan jawapan sebaliknya. 

Insinerator berkenaan dibina bersebelahan sawah padi yang begitu subur dan sedang lebat berbuah. Dan yang paling menarik sebuah pusat penjagaan warga tua turut dibina di kawasan berkenaan. Apa yang lebih menarik untuk meninjau kawasan seluas 43,000m pengunjung dikehendaki membuka kasut masing-masing dan menggunakan selipar yang dikhaskan.

KESIMPULAN

Banyak pelajaran diperoleh daripada lawatan ke Loji Maishima dan Hirano. Kalau Jepun, misalnya di Osaka sendiri, sudah menggunakan insinerator pada 1903 lagi tanpa keburukan ketara, mengapa kita di Malaysia tidak boleh mencontohinya.

Dengan kapasiti sampah yang semakin bertambah, kaedah konvensional seperti tapak pelupusan bukan lagi penyelesaian mutlak. Pada masa ini, setiap orang menghasilkan purata 1.2 kilogram sampah sehari di Lembah Klang. Dengan jumlah itu, tidak mustahil tidak akan ada lagi tanah bagi melupus sampah dalam tempoh beberapa tahun ini . 

Tidak dinafikan kita masih perlukan landfill walaupun adanya insinerator, tetapi jumlah sampah untuk dikambus sudah jauh berkurangan sehingga 90 peratus dan ini boleh menjimatkan kawasan. Pada masa ini pun, satu-satunya kawasan landfill yang bersistematik di Selangor ialah Air Hitam Sanitary Landfill di Puchong, milik Worldwide Landfills Sdn Bhd dengan kapasiti 2,600 tan sehari untuk Selangor dan Kuala Lumpur.

Rujukan : 1. Utusan Malaysia Online
2. Berita Harian