Make your own free website on Tripod.com
 SEK.MEN.KEB. ENGKU HUSAIN                   
Unit beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain akan menganjurkan  satu xpdc yang pasti mencabar semua  pelajar sekolah ini.

Ekspedisi Gunung Nuang akan diadakan pada 29 - 31 Mei 2004 iaitu semasa cuti sekolah. Setiap unit beruniform  diminta mencalonkan  5 pelajar sesi  pagi dan lima orang pelajar sesi petang.  Sekiranya sambutan menggalakkan ,  penyertaan  mungkin akan   terbuka kepada semua.

Pn Arpah Ali selaku  Penolong Kanan Ko Kurikulum  bertindak sebagai  penganjur.

Setiap  peserta dikehendaki membayar  yuran penyertaan sebanyak RM30.00 . Jika  keadaan mengizinkan , mungkin akan dapat tajaan daripada beberapa pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Sebelum ini tidak ada XPDC seperti ini dianjurkan . Ini adalah julung-julung kali  xpdc ini dilakukan ke puncak  gunung,. .

Biasanya  perkhemahan hanya dilakukan di  pulau-pulau atau kawasan air terjun. Contohnya  ke Pulau Pangkor dan  Pulau Besar. Ini merupakan cabaran   yang cukup menarik. Hanya beberapa guru sahaja yang pernah mendaki Gunung Nuang. Antaranya ialah Cikgu Abd Malek.

Jika rakyat Malaysia sudah sampai ke puncak Gunung Everest pada tahun 1997, maka kini giliran pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain menjejakkan kakiknya ke  puncak Gunung  Nuang,

Gunung Nuang adalah  puncak gunung tertinggi di Selangor. jika anda sampai di  sana,ia cukup memberi erti kepada anda semua - puncak  gunung tertinggi di negeri Selangor.

Gunung Nuang terletak di  hulu Sungai Langat. Kita mestilah melalui  Ponsun, Empangan Sungai Langat dan berhenti  berehat  di  bahagian empangan . anda boleh berkhemah di sana. Keesokan paginya anda boleh menruskan perjalanan ke puncak Gunung Nuang.

Dari puncak Gunung Nuang anda akan dapat melihat Kuala Lumpur. Jika cuaca baik,  Menara tertinggi di dunia akan jelas kelihatan.  anda patut berbangga dengan ketinggian Menara Kembar Petronas.

malekhanif@yahoo.com     6 April 2004.Jam 11.03 pm

 
 
Kemalangan Jalan raya

Seorang pelajar  tingkatan 1 telah kemalangan jalan raya pada hari Khamis 1 April 2004 .  Pelajar tersebut  bernama  Zainal bin Zakaria yang duduk di Jalan Bangi.

Ketika kejadian,  allahyarham  sedang berbasikal membawa besi buruk untuk dijual di kedai besi. Besi  yang dibawanya agak panjang . Ketika hendak melintas ,  sebuah motosikal telah  tersangkut pada besi yang dibawanya.

Akibatnya ,  allahyarham  telah  terbaring di jalan raya berhampir dengan dengan  lampu isyarat Jalan Bangi Lama.

Kemudian kepala allahyarham telah dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan  lalu di situ. Pemandu lori tersebut tidak  sempat mengelak.

Cikgu Badrul Hisham  yang sempat melihat jenazah yang masih terbaring di jalan raya, melihat darah  banyak keluar. Kepalanya  menjadi herot dan matanya sedikit terkeluar.

Dari  beberapa sumber, allahyarham  berketurunan Indonesia. Jenazah allahyarham dikebumikan pada malam itu juga.

Ramai sanak-saudara yang datang  semasa pengkebumian allahyarham   di tanah perkuburan Sungai Purun. Ramai orang Indonesia sekitar Semenyih dan Kajang datang menziarahi keluarga beliau. Antaranya  ialah Encik Syawal dan keluarga Encik Anas.

malekhanif@yahoo.com  6 April 2004 Jam 11.12 pm