Make your own free website on Tripod.com
 SEK.MEN.KEB. ENGKU HUSAIN                   
ANAK CIKGU SARAS KE UKRAINE

Anak Cikgu Sarah yang bersekolah di sini    telah menyambung pelajarannya di negara Ukraine  dekat negara Rusia.

Anaknya bernama  Mythely  dan merupakan pelajar pintar di sekolah ini sejak   dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Cikgu Sarah mengajar subjek bahasa Inggeris  dan  ada membuat kelas   tambahan di  rumah. Jadi anaknya  memang  bijak dalam bahasa Inggeris  dan beberapa   subjek yang lain.

Mythely akan belajar di Republik Ukraine iaitu di bandar Kiev  selama 5  tahun dalam bidang perubatan. Universiti ini disahkan   layak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sebagai mana orang India yang lain, Cikgu Sarah  juga  impikan  setiap   anaknya menjadi  doktor. Lantran itu beliau     telah memberi perhatian  penuh   terhadap  isu kewangan.  Setiap   gaji yang diterima  setiap bulan,  diperuntukan untuk pendidikan anak-anak.

Lantaran itu beliau  tidak terganggu  untuk mencari biasiswa. Difahamkan   Cikgu Saras memperuntukan RM100,000 untuk biaya anaknya di sana.

Syabas kepada Cikgu Sarah  dalam hal pendidikan anak-anak ini.

Pada tahun 2003, Kelab Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain telah menganjurkan lawatan ke pulau Langkawi. Cikgu Saras dan  dua anaknya  twlah  turut serta di sana.

Antara  tempat yang telah dilawati ialah  Cable Car di  Gunung Mat Chingchang.  , Dataran Helang    , kilang simen   dan lain -lain lagi.

saras1.jpg (26935 bytes)
saras2.jpg (33206 bytes)
saras3.jpg (24339 bytes)

Lagi gambar di Langkawi.

Cikgu Saras  telah menghadiri kursus guru pencen pada April 2005. Ibi bermakna pada tahun  depan ( 2006 )   beliau akan bersama. Antara guru lain yang akan bersara pada  tahun depan  ialah Cikgu Lim Kok Tiong  dan pengetua Puan Asnah Harun.

malekhanif@yahoo.com

ROMI BARU SAHAJA BERKAHWIN
Romi  merupakan   warden asrama SMK Engku Husain  telah melangsungkan perkahwinan  dengan   gadis pilihannya   di Kuala Selangor pada Februari 2005  yang   lalu.

Pelajar-pelajar asrama   telah menyewa sebuah bas  bagi menghadiri majlis perkahwinan   tersebut  yang diadakan pada hari Sabtu.

Gadis pilihannya itu merupakan kenalan yang  memberikan ketenangan   dan mampu menjana keluarga bahagia.Itulah hasrat murni Romi ketika menyatakan  hasratnya  untuk berkahwin..

Semoga Romi berbahagia  hingga ke anak  cucu , eh .... hingga ke akhir   hayat.

Semua pelajar asrama memanggilnya abang Romi. Isterinya mungkin bernama Juli kut.

romi.jpg (23316 bytes)
romi1.jpg (40412 bytes)
CIKGU NORHASHIMAH BELAJAR PHD
 Cikgu Norhashimah Ismail memang tekun dan dedikasi   dalam  soal pendidikan.Pada tahun 2002 Cikgu Syimah belajar peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia di Serdang   selama dua  tahun   dan konvokesyennya  pada tahun 2004.

Di sekolah , Cikgu Syimah   bertugas sebagai guru perpustakaan . Sebelum ini  perpustakaan banyak dikendalikan oleh Cikgu Zainal Nordin.

Sebelum itu Cikgu Syimah bertugas sebagai  guru penasihat  Persatuan Puteri Islam Malaysia.  Aktif betul persatuan   tersebut pada ketika itu . Ada pelbagai    kegiatan yang dilakukan  sam ada di peringkat  sekolah  mahupun di peringkat   daerah.

Kini Cikgu Syimah telah menghadiri   temuduga    untuk mendapatkan  biasiswa JPA  kerana   dia telah mendaftarkan namanya di UPM dibawah penyeliaan Dr Jamaliah Abdul Hamid.

Di sekolah ini  ramai guru-guru yang telah memiliki  sarjana sebagaimana  seruan Menteri Pelajaran dahulu , Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Antaranya ialah Cikgu Zainal Nordin, Cikgu Abd Malek Abd Hanif , Cikgu Norita, Cikgu Murugan. Cikgu Cecilia , Cikgu Fazilah , Cikgu Zaida Nor, Cikgu Khuzaimah, Cikgu Teh Fhui Kim  dan lain-lain.

malekhanif@yahoo.com


SAHABATKU MOHD TAHA ABU BAKAR
 telah ke rahmatullah

Pada hari Isnin 12 April aku dikejutkan dengan berita Cikgu Taha telah meninggal dunia. Ketika itu aku dalam perjalanan ke SRA Semenyih untuk menghantar anak-anak dan isteri ke sekolah tersebut. Di simpang lampu isyarat, Cikgu Samsiah Jantan yang kereta Kancilnya di sebelah memberitahu bahawa Cikgu Taha telah meninggal dunia. Seakan tidak percaya dalam diriku. Mana mungkin, rasanya baru saja aku berbual-bual dengannya pada dua-tiga hari yang lepas.Tak kedengaranpun dia masuk ke hospital.

Aku menahan rasa terkejut. Aku buka telefon dan dapati ada SMS dari Rusli Ahmad " Innalillah, sahabat kita Taha telah meninggal dunia pada jam 2.00 pagi tadi 12 April 2004. Rupanya aku telah dapat SMS pada jam 5.00 pagi tapi tak perasan pula mesej tersebut. Mungkin aku sedang lena tidur. 

Aku mula telefon beberapa orang sahabat untuk meminta kepastian dan memang sah dan pasti. Cikgu Mohamad Taha meninggal dunia pada 12 April 2004 Jam 2.30 am. Alamat rumahnya lot 72, Kg Sentosa, 43500 Semenyih , Selangor Darul Ehsan. Dia meninggal dunia kerana darah tinggi dan sakit jantung. Lahir pada 07 September 1956. Umurnya sekarang 48 tahun. Kematiannya dilaporkan ke balai polis oleh adiknya Abdul Razak bin Abu Bakar. S/N : 33/2004 SD: 4753/2004. Dilaporkan pada jam 8.35 pagi.

Begitulah hidup kita di dunia. Tak semena-mena sahaja kita dipanggil untuk menemui Ilahi. Semalam mungkin kita bergembira dengan keluarga dan rakan-rakan. Tapi entah esok lusa belum tahu lagi.

Semalamnya beliau pergi ke kelas tuisyen dan dia memang banyak mengajar tuisyen bahasa Melayu. Dia salah seorang daripada ketua pemeriksa kertas Bahasa Melayu SPM daerah Hulu Langat. Banyak kali dijemput memberi ceramah dan bengkel bahasa Melayu.

Seorang pelajarnya memberitahu bahawa semalam ( ahad ) , " Saya lihat dia elok sihat menunggang motosikal. Pada waktu maghrib sembahyang di Surau Kampung Sentosa , berdekatan dengan rumahnya. Oleh kerana imam Lebai Din tidak ada, maka dia menjadi imam pada waktu maghrib itu ". 

Begitulah sahabat kita Mohamad Taha yang warak , dahinya hitam kerana banyak sujud dan sembahyang malam. Dia juga ada kumpulan usrah yang melakukan aktiviti seminggu sekali. Biasanya dia mengambil bahagian dalam al Quran kerana pernah mengaji tajwid al Quran di Kuala Lumpur. Dia pernah mengajar di Sekolah Menengah Sains Selangor. Sekolah itu menjadi tempat pelajar USM mengikuti telesidang video conferencing pelajar PJJ sekitar tahun 1991-1997.

Jantung kita memang perlu dijaga dengan rapi. Dalam pemeriksaan kesihatan di Sekolah Menengah Engku Husain pada tahun 2003, dia ada mengatakan yang dia ada darah tinggi. Tapi tidak pula menyatakan ada sakit jantung. Namun begitu mungkin dia cuba merahsiakannya kerana ramai orang lelaki cuba merahsiakan penyakit mereka. Malahan enggan berjumpa dengan doktor. Itulah yang dilaporkan oleh surat khabar. Mungkin betul begitu. Bapa saudaraku juga seorang guru besar Ramli bin Mohd Baki jugha meninggal secara megejut di Teluk Intan, Perak beberapa tahun yang lalu.

Beberapa tahun sebelum ini dia ada mengikuti kelas Taichi Xigong di Sekolah Rendah Kampung Baharu. Untuk mengikuti kelas tersebut perlu membayar bayaran pendaftaran tertentu. Ketika guru-guru lelaki tengah bersemangat bermain badminton dia turut bermain badminton beberapa kali. Di sekolah dia menjadi guru penasihat Persatuan Silat Gayung. Antara yang pernah mengajar silat ialah Fairul Hafizan Mohd Din dan Encik Mohd Rasul daripada Bukit Aman.

Tekanan hidup dan tekanan kerja perlu diselia dengan rapi. Kita harus berwaspada. Dia ada menyatakan bahawa dia tak larat menguruskan buku-buku pelajar tingkatan empat dan lima. Pelajar-pelajar ini tidak menyiapkan buku latihan mereka. Kalau buat latihan tapi tak memuaskan. Hendak dimarah tak boleh, dah besar . Satu hari dia ada ambil tindakan tertentu terhadap pelajarnya dan dia yang kena balik. Serba salah dibuatnya. Kebanyakan kelas-kelas yang hujung ini diberi kepada guru lelaki dengan alasan guru lelaki dapat 'handle' masalah disiplin pelajar. Pelajar-pelajar ini dinaikkan ke tingkatan empat secara automatik tanpa sebarang tapisan. Terima ajelah hakikat tersebut.

Pada jam 7.30 pagi aku ke rumahnya untuk menziarahi jenazahnya. Ada beberap orang jiran telah sedia menunggu dan membaca surah Yassin. Aku ambil sebuah buku Yassin yang ada lambang UMNO di kulitnya. Ironi sekali.. Beberapa lama kemudian datang ramai guru-guru dari SMK Engku Husain menziarahinya. Pelajar lelaki dan perempuan terutama yang tingkatan empat dan lima datang dengan menaiki motosikal dan ada yang menumpang kereta cikgu. Masing-masing menyatakan kesedihan dan rasa tidak percaya.

Pada jam 10.00 pagi jenazah dimandikan di hadapan rumah. Kemudian sesiap yang menatap wajah huat kali terakhir dipersilakan. Ada juga cikgu dan pelajar dari Pusat Giat MARA Beranang dan Sekolah Menengah Kiblah Jalan Sungai Merab. Anak allahyarham pernah bersekolah di sana. Aku turut sms beberapa orang guru walaupun aku agak mereka dah tahu. Memang mereka telah tahu kecuali Cikgu Amat Wali yang tinggal di Bandar Rinching.

Kira-kira 11.00 pagi jenazah disembahyangkan di Surau Kampung Sentosa. Ustaz Osman menjadi imam sembahyang. Kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Jalan Sungai Lalang, kira-kira 2 km dari Balai Polis Semenyih. Liang lahad sudah siap sedia. Ada dua liang lahad. Rupa-rupanya ada dua kematian pada hari ini. Sistem menguruskan jenazah di Masjis Raja Muda Musa Semenyih memang agak sistematik. Setiap akhi kariah boleh menyertai skim Tabung Khairat Kematian. Yuran sebanyak 24.00 setahun. Jika berlaku kematin akan dibayar 500.00 untuk menguruskan kereta jenaza, kain kafan, mengorewk liang lahat, memandikan jenazah, sembahyang jenazah dan lain-lain perkara. Memang cukup teratur. Liang lahad pula tersusun dan telah ditandakan. Jadi nampak lurus dan tidak putus-putus. Jenazah sempurna dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari.

Bacaan talqin dibacakan . Soal jawab dengan simati dan garis panduan bersemuka dengan malaikat nanti di alam kubur adalah untuk peringatan yang hidup sebenarnya. Ia amat menusuk kalbu dan menyebabkan kita berfikir bahawa kita ini hidup sementara sahaja. 

Al fatihah untuk allahyarham Cikgu Mohd Taha.

 

malekhanif@yahoo.com     18 April 2004.Jam 1023 pm

 
Lihat  gambar kenangan cikgu-cikgu :
Cikgu Mahani
Cikgu Latifah
Cikgu Hendon
Cikgu Arpah
Cikgu Abd Malek


Cikgu Rofeah   balik dari Mekah

Cikgu Rofeah  telah menyahut seruan agama  dengan menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu mengerjakan  haji.

Mulanya ramai  cikgu-cikgu yang tak perasan ke mana Cikgu Rofeha  tak datang mengajar.

Sekembalinya   dia  dari Mekah,  Cikgu Rofeah  telah sedekahkan     cenderamata dari Mekaha seperti sejadah,  tasbih,  buah tin   dan lain-lain kepada  guru-guru.

Terima kasih Cikgu Rofeah. Tahun depan  doakan   moga  giliran kita pula ke Baitullah.

Cikgu Pelatih UKM

Cikgu pelatih dari UKM sedang menjalani  latihan praktikal di SMk Engku Husain   ini selama  dua bulan  sehingga Mei 2005.

Mereka mengambil  jurusan Pendidikan Jasmani  dan Kesihatan dan Pendidikan Siviks.

Mereka ialah Azrul  dan Hamirul .

Semoga mereka mendapat pengalaman mengendalikan kelas PJK  dengan semangat yang berkobar-kobar  dan tabah.

Cikgu Law Chun Ying   kembali bertugas.

Cikgu Low Chun Ying kembali bertugas setelah menjalani  rawatan mata.

Matanya  menghadapi masalah  untuk melihat terutama pada waktu  tengah hari. Rasa pedih  dan melekit.

Olhe itu beliau   telah mendapatkan  rawatsan pakar mata   dan sehingga kini doktor membenarnya  kebali bertugas.

Cikgu Amat Sain kemalangan

Siapa tak terkejut bila dapat sms bahawa Cikgu Amat Sain  kemalangan di sekolah pada 10.00 pagi. 2004

Dia  terjatuh ketika turun dari tangga. Tergelicik.  Ambulans datang ke sekolah dan bawa ke Hospital Kajang. Alhamdulillah tidak ada apa-apa dan diberi cuti beberapa hari.

Kemudiannya diberitahu  Cikgu Amat Sain  pergi berurut  dengan beberapa  tukang urut.