Make your own free website on Tripod.com
 SEK.MEN.KEB. ENGKU HUSAIN                   
CIKGU RAHMAT JADI WAKIL RAKYAT
 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah tuah seorang guru merangkap  kaunselor  di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Cikgu Rahmat Musa. Ramai orang  berkempen ke sana dan  ke sini, lobi sana dan lobi  sini untuk menjadi calon pilihanraya , tapi  akhirnya Cikgu Rahmat - seorang  guru, bukan  ahli porporat menjadi  calon pilihan raya kawasan DUN Dusun Tua.

Beliau  menjadi setiausaha UMNO Bahagian Hulu Langat. Kemudian menjadi Exco Majlis Perbandaran Kajang. Dalam menangani rungutan   Insenarator di Broga, Semenyih, beliau telah dilantik sebagai salah seorang jawatankuasa  bertindak untuk menerangkan dan membincangkan  permasalahan tersebut.

Dua tiga hari sebelum pilihan raya , dalam  perbualan di kantin sekolah ,  ketika ditanya adakah dia berpeluang menjadi calon memandangkan  nama Datuk Dr Zainah Abidin Ahmad mungkin digugurkan. Selamba Cikgu Rahmat memberitahu bahawa poster dirinya  telah  siap dicetak. Ketika itu macam rasa tak percaya sahaja.

Seramai 21 orang guru bertanding atas nama Barisan Nasional. Ramai tu.  Ini termasuklah Cikgu Azman Wahid yang menjadi calon Bukit antarabangsa, satu kawasan baru.  Aku pernah bersama Cikgu Azman Wahid ketika beertugas menjadi pengawas peperiksaan di Sekolah Menengah Pandan Perdana  dua tahun lepas.

Cikgu Rahmat duduk di di Kampung Rinching Hilir dan berasal dari Beranang. Lulusan Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Kaunseling Pendidikan.  Sebelum itu   beliau belajar di  sebuah maktab perguruan. Sebelum mengajar di Sekolah Menengah Engku Husain,  beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Semenyih. Jadi ramailah murid  yang turut berkempen untuk kemenangan beliau di DUN Dusun Tua.

Kemenangan seorang guru sebagai wakil rakyat  semoga dapat menambat hati semua guru-guru  khususnya di daerah Hulu Langat. InsyaAllah  guru sepertinya   belum tercemar sebagaimana harapan PakLah untuk menerapkan Islam Hadhari di kalangan  rakyat Malaysia. Syabas kepada Cikgu Rahmat  yang disiytiharkan memang  dengan majoriti 9043  di Dewan Majlis Perbandaran Kajang pada 23 Mac 2004. Semua saluran mengundi di Dusun tua memihak kepada  Cikgu Rahmat. Ini termasuklah kawasan panas Darul Hidayah.

malekhanif@yahoo.com     18 April 2004.Jam 11.33 pm

 
 
Cikgu Ishak Awang suka berjenaka ?

Kalau bersembang dengan Cikgu Ishak Awang , memang tak kering  gusi.  Cikgu Ishak Awang lulusan UPM dan   pernah melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam bidang bahasa.

Cikgu Ishak  merupakan  anak kelahiran Pulau Pinang, di bahagian Bagan, Butterworth. Isterinya orang Sungai Ramal  dan kini  membeli rumah di Bandar Rinching.

Sejak Cikgu Rahmat menjadi YB , Cikgu Ishak dengan segera mengaku Cikgu Rahmat adalah  saudaranya.  Akan dibuat salasiah baru bagaimana dia boleh bersaudara dengan wakil rakyat baru itu.

Dia cukup bangga dengan kejayaan sahabatnya itu menjadi wakil rakyat. Tambahan pula Cikgu Ishak pernah ke Medan, Indonesia ketika di aktif  dalam politik di Sungai Ramal.

Keramahan Cikgu Ishak menyebabkan ramai murid-murid mengelilinginya .Antaranya ialah Syikin  dan Hanafi.  Ada sahaja perkara yang hendak digaduhkan dengan Hanafi tentang perayauan  pelajar tersebut. Tapi Hanafi buat selamba sahaja  apabila Cikgu Ishak menyindirnya.

Cikgu Ishak amat sedih kerana  sekolah kehilangan  seorang ketua pembangkang, guraunya tak habis-habis.