Make your own free website on Tripod.com
SEK.MEN.KEB. ENGKU HUSAIN                 
 

..

Cikgu Ainuddin

Cikgu Ainuddin

Cikgu Ainuddin kembali semula ke Sekolah Menengah Kebangsaan engku Husain . Sebelum ini   Cikgu ainuddin menyambung pelajaran di Kolej Perguruan Darul aman,    Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan  terkahir di Universiti Putra Malaysia selama tiga tahun bagi mendapatkan  ijazah pertamanya.

    Jurusan  beliau ialah kaunseling.   Minatnya berputik   dengan kaunseling setelah diberikan bimbingan  oleh En Jantan Abdul Rahman dan Cik Norlian Hashim.

    Sebelum ini Cikgu Ainuddin menjalani latihan perguruan asas di Maktab Perguruan Kinta  di Jalan Dairy, Ipoh.  Beliau merupakan  junior kepada Cikgu Abd Malek, Cikgu Zuklifli Ibrahim, Cikgu Halimah dan Pn Kalawathy. Ketika di maktab, beliau pernah mengajar di  sebuah sekolah di Parit, Perak-  latihan mengajar.

Selepas tiga tahun di  maktab , Cikgu Ainuddin dihantar ke pedalaman Sabah iaitu di Tawau. Tawau ialah kawasan  yang diwakili oleh  Yang Berhormat En Railey Haji Jeffrey.

Cikgu Ainuddin berasal dari Sungai Jai , Beranang.  Kampung  ini   berhampiran dengan  dengan sempadan  antara Selangor dengan Negeri Sembilan.  Di bahagian ulu ialah  Ulu Beranang, di bahagian hilir disebut Hilir Beranang. Di bahagian tengah ialah Kampung Dacing.

    Pernah orang berpantun ,

            Hulu Beranang ,   Hilir Beranang
            Tengah- tengah Kampung Dacing
            Apa kojo yang paling sonang
            Apa laei, kalau tidak - memancing    .... heh he

              Cikgu Ainuddin  sentiasa senyum dan berkaca mata.  Kaca matanya menampakkan beliau seorang yang intelek.

     Pernah satu ketika, di satu anak sungai kecil  - Cikgu Ainuddin 'keteguran' . Tubuhnya menjadi lemah longlai  tetapi mampu melompat songsang dan lipat kuang.  Kejadian itu  sungguh aneh baginya.  Kini  beliau kembali ke tempat asal dan berbakti kepada anak bangsa .

 

.

malekhanif@yahoo.com     6 April 2004.Jam 11.03 pm

 
Pengetua

Seseorang pengetua mestilah :