Make your own free website on Tripod.com
SEK.MEN.KEB. ENGKU HUSAIN                 
 

GURU PENOLONG KANAN 
BIDANG TUGAS :

  • Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa pengetua tiada di sekolah.
  • Mengutamakan tugas-tugas akademik.
  • Mengajar di kelas yang telah ditetapkan
  • Membantu menyelia proses pengajaran dan pembelajaran
  • Membantu pengetua menguruskan tugas-tugas pentadbiran
  • Memastikan panitia mata pelajaran menjalankan tugas masing-masing.
  • Membantu menyelenggarakan bahan-bahan bantu mengajar.
  • Membantu Menyediakan jadual waktu dan aktiviti kokurikulum untuk guru-guru, guru sandaran, guru pelatih .
  • Membantu mengurus tugas-tugas berkaitan dengan penilaian atau peperiksaan termasuk pendaftaran PMR dan SPM.
  • Membantu merancang kelas pemulihan (terdapat 1 kelas pemulihan sekarang)
  • Membantu pengetua di dalam penyelenggaraan kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD, JPS atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Membantu menyediakan jadual waktu pengajaran untuk semua guru.
  • Membantu menyediakan jadual waktu ganti untuk menggantikan guru-guru yang tidak hadir ke sekolah.
  • Membantu merancang takwim sekolah.
  • Mengendalikan yuran-yuran pelajar.
  • Membantu menguruskan inventori sekolah.
  • Membantu merancang kebersihan dan keceriaan sekolah.
  • Membantu mengadakan kursus perkembangan staf.
  • Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PPD, JPS atau Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
BIDANG TUGAS :

  1. Menjalankan tugas pengetua sekiranya pengetua dan penolong kanan 1 tiada di sekolah.
  2. Mengajar kelas yang telah ditentukan
  3. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar.

  4. Menguruskan biasiswa pelajar.
  5. Memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sekolah.
  6. Berjumpa dengan ibu bapa bagi menangani masalah disiplin.
  7. Mengawasi pemilihan pengawas sekolah.
  8. Menyediakan senarai kokurikulum
  9. Memastikan semua pelajar mengambil bahagian di dalam kokurikulum.
  10. Mengadakan kursus motivasi untuk pelajar.
  11. Bertanggungjawab di dalam pengurusan buku SPBT.
  12. Mengurus pertukaran pelajar.
  13. Memeriksa buku kedatangan pelajar.
  14. Membantu merancang takwim sekolah.

 

PENYELIA PETANG
BIDANG TUGAS

Menjalankan tugas pengetua di sesi petang dan semasa pengetua atau penolong kanan tiada di sekolah.

  1. Mengajar kelas yang telah ditentukan.
  2. Menyediakan jadual waktu induk dan jadual waktu ganti.
  3. Mencerap guru-guru sesi petang.
  4. Membantu merancang takwim sekolah.
  5. Mengikuti kursus yang dianjurkan oleh PPD, JPS dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam kokurikulum.
  7. Memastikan semua pelajar mematuhi peraturan -sekolah.

malekhanif@yahoo.com     6 April 2004.Jam 11.03 pm

 
Pemimpin

Seseorang pemimpin mestilah :

1. mampu memberikan kelainan  berbanding dengan orang yang lain.
2. boleh membawa perubahan yang ketara dalam organisasi yang dipimpin.
3. Sanggup memikul beban tugas yang lebih daripada orang lain.
4. Ada rasa akauntabiliti.
5. Mempunyai ilmu dan pengalaman yang lebih luas  berbanding dengan orang yang dipimpinnya.

Prof.Madya Dr Zaidatol Akmaliah Lope Pihie

Organisasi

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.

Pengurusan

Pengurusan adalah satu bidang yang luas, merangkumi bidang-bidang sains sosial seperti sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan juga psikologi. Kemahiran di dalam pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan di dalam buku-buku teks. Malahan kemahiran ini dapat diperolehi melalui pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa menjalankan tugas.
Peranan pengurus bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan kakitangan, bahkan ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat di dalam gambaran tugasnya seperti peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong kakitangan atau sebagai seorang pemimpin atau tokoh.