Profil

Pengetua

Guru

Pelajar





Karya

Komunis

Broga

Semenyih

Buku tamu

 

Email login:

Password:
Klik sini jika mahu email percuma ?

Hari Guru Menjelang tiba - Isnin 16 Mei 2005

Cikgu Ainudin Mohd Ibrahim dua kali datang mengajar di sekolah ini.

Dia berasal dari Sesapan Batu Rembau, Beranang. Oleh itu sekolah ini merupakan antara sekolah terdekat di sini. Selain SMK Engku Husain, sekolah lain ialah SMK Khir Johari Beranang. Mengajar anak buah dan suku-sakat sendiri tentu rasa lain.

Selepas menamatkan latihan perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh beliau telah dihantar ke Sarawak . Dalam tempoh tersebut dia telah berkenalan dengan wanita yang cukup ceria, iaitu isterinya sekarang. Sebenarnya mereka ini 'sekampung , orang kampung den '.

Ramai juga guru-guru yang dari MP Kinta. Antaranya ialah Cikgu Zulkifli Ibrahim, Cikgu Halimah Johan, Cikgu Jaafar, Cikgu Kalawathy dan Cikgu Abd Malek.

Setelah bertugas di Bumi Kenyalang, Cikgu Ainuddin kembali semula ke Semenanjung. Dia ingin kembali dekat dengan ibu bapa dan mentuanya. Siapa lagi yang hendak menjaga ibu bapa jika tidak anak-anak. Peluang seseorang guru menjaga ibu bapa adalah lebih mudah kerana setiap ceruk rantau ada sahaja sekolah.

Tambahan pula di kampung telah disediakan tapak rumah untuk anak-anak. .

Setelah kembali ke Beranang dan mengajar di Semenyih, Cikgu Ainudin menyambung pelajar di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang kaunseling. Pada ketika itu bidang kaunseling cukup popular di kalangan guru dan amat diperlukan. Boleh dikatakan 'minta ajelah , pasti dapat'. Ramai juga yang tidak berkenan dengan kaunseling ini kerana terpaksa mendengar masalah orang dan simpan rahsia rapat-rapat.

Setelah menggulung ijazah kaunseling , dia kembali bertugas semula di sekolah ini. Tempatnya tentulah di Bilik Kaunseling. Sebelum itu dia pernah mengajar pelajaran Geografi dan pernah buat kaji selidik tentang pencemaran Sungai Semenyih.

Oleh kerana prihatin beliau terhadap kebajikan anak-anak kampung, beliau telah terlibat untuk memajukan kampung. Dalam beberapa pemilihan pemuda , Cikgu Ainudin terpilih menjadi ketua cawangan . Itulah untungnya jadi guru kaunseling , ada 'sense of humanity' .

Bagi meningkatkan lagi kerjaya, Cikgu Ainuddin beralih arah ke Kementerian Pendidikan. Post untuknya lebih mencabar berbanding di bilik kaunseling. Itulah matlamatnya. Tambahan pula ramai guru-guru yang bertanya bila lagi hendak ke atas.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Cikgu Ainudin. Warga SMK Engku Husain terasa akan kehilangan beliau.

 

malekhanif@yahoo.com  Tarikh update : 7 April 2004 Jam 1.20 am.