Make your own free website on Tripod.com
 
.Biodata dan karya ciplak pelajar twobees  
 
 
Bacalah feeling mereka nih ..
BIODATA 3 GADIS
 
~SYAFIQAH~
 

  Nama penuh saya ialah Norsyafiqah bte Abdullah. Saya dilahirkan di Leelas Medical Centre pada  25.12.1990 tepat pada pukul 11.40 malam.Kini saya & keluarga menetap di Semenyih, Selangor. Saya menuntut di S.M.K. Engku Husain. Makanan kegemaran saya ialah mihun sup manakala minuman kegemaran saya ialah nescafe ais. Bestfriends saya ialah Izzati , Fazila & Fariha. Hobi saya ialah membaca novel. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang guru yang berjaya. Saya menyukai semua warna kecuali hitam. Subject yang saya gemari ialah matematik. Rancangan TV yang saya tak boleh “MISS” ialah EXPLORACE. Moto hidup saya ialah “belajar biar beribu,bercinta biar satu”. Harapan saya ialah dapat menjejakkan kaki ke universiti yang terbaik di dunia.

~IZZATI~
 

Nama penuh saya ialah Nurul Izzati bt. Sulaiman. Saya dilahirkan pada 18.3.1990 di Hospital Kajang. Kini saya & keluarga menetap di Semenyih, Selangor. Saya menuntut di S.M.K. Engku Husain. Makanan kegemaran saya ialah laksa manakala minuman kegemaran saya ialah horlick ais. Hobi saya ialah membaca novel. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah yang berjaya. Saya menyukai semua warna kecuali hitam. Rancangan TV yang saya tak boleh “MISS” ialah Charmed & Explorace. Subjects yang saya gemari ialah BM,SJ,GEO,MT & SN.Bestfriends saya ialah Syafiqah,Fazila & Fariha. Apabila dewasa, saya ingin memiliki sebuah kereta‘FERRARI’ & sebuah mahligai seperti istana serta ingin memasuki sebuah universiti yang terbaik di dunia. Kata-kata hikmat yang mendorong saya untuk berjaya dengan lebih cemerlang ialah “study smart, study hard”.

~LAILA~               

 

Nama penuh saya ialah Nurfitriani Laila bt. Abdul Rahman. Saya dilahirkan pada 25.4.1990 di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan , Kuantan , Pahang. Kini saya & keluarga menetap di Semenyih, Selangor. Saya menuntut di S.M.K. Engku Husain. Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam manakala minuman kegemaran saya ialah jus lobak merah. Bestfriend saya ialah Aida Eziana. Dia seorang yang memahami & saya sentiasa memerlukan dia ketika mengalami masalah. Subjects yang saya gemari ialah SN,AM & SJ. Impian hidup saya ialah membina sebuah tangga kejayaan yang cemerlang manakala prinsip hidup saya ialah datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan yang cemerlang. Ucapan saya bagi semua pelajar ialah “berkenalan dgn buku,bertunang dgn ujian,diambang perkahwinan dgn exam,berkucupan dgn sijil & berbahagia dgn kejayaan and invacation at me”.

SELOKA PUTERI 2 BAKTI    

Assalammualaikum pembuka bicara,
Buat tatapan rakan & taulan,
Diharap semua ketawa gembira,
Seloka puteri 2 Bakti kami perdengarkan.
  
Kelas terbising gelaran diberi,
2 Bakti empunya diri,
Puan Rubiah ‘mummy’ kami,
Sifatnya tegas tidak dinafi.

Chui San ‘monitor’ kami,
Amoi cun 2 Bakti,
Subject Science paling digemari,
Keputusan cemerlang sentiasa dimiliki.

Nurul Izzati ‘assistant’ kami,
Kulitnya putih gebu sekali,
Seperti tepung nak buat kuih kaswi,
Di tambah kelapa sedap sekali.

Syafiqah , Fariha & juga Laila,
Bercerita,ketawa tak ingat dunia,
Jika dibantu Elni & Nana,
Gamatlah 2 Bakti jadinya.


Hiew Pau Yuen bendahari kami,
Mengutip duit macam ceti,
Chen Tze Wei teman sejati,
Diberi gelaran ‘cendol basi’.


Bagaikan isi dengan kuku,
Chui Kei,Yoke Lai sentiasa bersatu,
Aqila (O) diam selalu,
Aqila (S) ceria selalu.

Orangnya tinggi lampai sekali,
Itulah Divonthy nama diberi,
Kamaleswari duduk di sisi,
Bila bercakap lupa diri.
  
Shahiela,Azian buka suis setiap hari,
Bestfriend mereka Asvini Sri,
Rambut menggerbang pendek sekali,
Lebah masuk tidak disedari.   

Orangnya kurus tak tinggi-tinggi,
Jennifer nama diberi,
Bab melukis amat digemari,
Itulah Uma empunya diri.
  
Hayati nama diberi,
Student baru 2 Bakti,
Orangnya cun cantik sekali,
Subject Geografi paling digemari.
  
Sampai disini 2 Bakti berhenti,
Tangan dah lenguh idea dah mati,
Salah & silap harap diampuni,
Disini kami menyusun 10 jari.

Hasil Nukilan:SYAFIQAH 2BAKTI 

SAJAK

UNTUKMU SAHABAT
 



 Ingatan yang ikhlas ini khas untuk
Dirimu di sana dari sahabatmu.
Diiringi doa kasih mesra,
Terangilah ruang hatimu dari kegelapan,
Dengan cahaya keimanan agar dirimu lebih cekal,
Dan tabah dalam mengharungi kehidupan .
Laksanakanlah segala tanggungjawabmu,
Sebaik – baiknya diiringi dengan kejujuran.
Semoga persahabatan kita diberkati illahi.
  
Hasil Nukilan: IZZATI 2 BAKTI

PANTUN
 


 
  
Pagi hari mencari rotan,
Rotan menjalar di pokok sena,
Menyesal dahulu jadi pendapatan,
Menyesal kemudian tidak berguna.
  
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.
  
Dayung perahu 7 haluan,
Membawa rokok bersama rempah,
Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.
  
Pergi ke hutan ternampak beruk,
Beruk melompat ke dalam perigi,
Usah lakukan perangai buruk,
Diri sendiri yang akan rugi.
  
Hasil Nukilan: LAILA 2BAKTI